Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, March 20, 2012

PAS Baru Jumpa 'Kitab' Halalkan Sekongkol Dengan DAP - YBhg Ustaz Mohd Afandi Yusoff



Mohd Afandi Yusoff ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berikutan kegagalannya mentadbir negeri itu sehingga menyebabkan peningkatan gejala sosial, masalah air bersih serta peningkatan kadar jenayah.

Sambil menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sudah tidak berupaya mentadbir negeri berkenaan kerana faktor usia yang sudah lanjut, beliau juga mengingatkan Nik Aziz bahawa satu ketika dulu Nik Aziz pernah menyuruh Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah meletak jawatan.

"Undurlah segera. Bagi mandat kepada Barisan Nasional. Dulu suruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi berhenti...mereka dah berhenti pun.

"Suruh orang lain berhenti tetapi kenapa beliau tidak pula berundur, usia sudah lanjut, orang lain juga mahu memegang jawatan itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menegaskan, kegagalan Nik Aziz mentadbir Kelantan lebih ketara apabila negeri berkenaan mencatat kes pengidap HIV tertinggi selama tiga tahun berturut-turut.

"Kalau bab kes HIV, Kelantan adalah juara segala juara. Sudah tiga tahun mereka jadi juara catat kes paling tinggi.

"Inilah cara Pas tadbir Kelantan. Kita perlukan kepimpinan baru yang lebih baik," katanya.

Beliau turut membidas kerajaan Pas Kelantan pimpinan Nik Abdul Aziz kerana kegagalannya menguruskan air bersih kepada rakyat negeri itu.

"Nak wujud negara berkebajikan konon. Kebajikan rakyat Kelantan pun terabai. Sehingga sekarang mereka masih terima air berkarat.

"Sekarang janjikan pula nak selesaikan masalah air pada 2027...tapisudah 21 tahun mereka tadbir Kelantan, tak cukup lagi masa yang mereka perlukan?," katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...