Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 12, 2018

Apa makna laungan Hidup Melayu kini? Hidup!Hidup Pemimpin Melayu Islam (UMNO+PAS)

Apa makna laungan Hidup Melayu kini?:

Raja Bahrin Shah  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   



ULASAN | Satu demi satu institusi
yang menjadi harapan besar orang Islam dan Melayu menjadi mangsa salah
guna kuasa serta diseleweng oleh kerajaan lalu.

Dulu Mara,
kemudian Felda, dan kini Tabung Haji. Kalau ada 300 syarikat milik orang
Islam dan Melayu seperti ini, mungkin kesemua 300 itu juga akan
lingkup.

Pengurus serta pengarahnya orang Islam dan Melayu. Namun
orang Islam dan Melayu itulah nampaknya mengkhianati pemegang umat
Islam dan Melayu yang berharap kepada mereka.

Siapa lagi kalau bukan "orang kita" daripada kumpulan perompak sama yang menyamun 1MDB.

Sama
seperti dalam kes hutang negara yang melebihi RM1 trilion yang didedah
kerajaan Pakatan Harapan (PH). Namun apabila ia didedahkan Umno mendakwa
kerajaan menakutkan pelabur asing.

Soalnya: Adakah kita mesti tunggu hutang negara mencecah RM7 trilion baru wajar didedah?

Dalam
kes TH pendedahan dibuat Dr Mujahid Yusof tentang liabititi ditanggung
agensi itu didakwa Ketua Pemuda Umno Asraf Wajdi Dusuki sebagai akan
menakutkan pendeposit dan boleh mencetuskan krisis.

Nampak sikap bersepakat
Soalnya: Kalau tidak didedahkan sekarang Umno dan PAS mungkin - pada kemudian hari - menuduh PH yang bersalah.

Dalam
kes 1MDB pula presiden PAS berkata biarlah Najib menghabiskan penggal
pentadbirannya sebagai perdana menteri sambil berharap dia
memperbetulkan kesilapannya.

Sejarah menunjukkan memang Najib
menghabiskan penggalnya. Dan selepas itu isu 1MDB menjadi lebih parah
dan hutang menjadi berlipat kali ganda.

Nampaknya penyokong PAS
dan Umno yang mendakwa diri mereka pembela agama dan bangsa sepakat
dalam pendekatan mereka dalam isu salah guna kuasa.

Kes Tabung Haji dan 1MDB menunjukkan pola itu.

Gambar fail
Mereka
tidak memandang berat isu tersebut apabila suspek ialah orang yang
dirasakan sama seperti mereka - kononnya pejuang Islam dan Melayu.

Mereka
tidak peduli bahawa pendeposit TH - antaranya - ialah peniaga kecil,
petani dan nelayan miskin. Dan mereka hampir semuanya beragama Islam dan
berbangsa Melayu.

Salah guna kuasa hanya mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dan menjadikan Melayu dan Muslim terbabit lebih merana.

Satu bangsa sama agama
Isu kewangan Mara, Felda, 1MDB - dan sekarang TH - setakat ini tidak pula membawa PAS dan Umno berhimpun serta berarak.

Sedangkan ia adalah kerugian "real" dan diakui sudah parah. Di mana pembela Islam dan Melayu dari PAS dan Umno?

Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diksriminasi Kaum
(Icerd) tidak dilaksanakan pun dan Putrajaya sudah mengesahkan ia tidak
diterima, namun himpunan tetap diadakan.

Isu RUU355 dibentang namun ditangguh tiga kali di parlimen melalui adegan yang nampaknya melibatkan kerjasama PAS dan Umno.

Himpunan RUU355 di Padang Merbok
Selepas itu himpunan diadakan di Padang Merbok kerana kononnya PH menghalang RUU355.

Hari ini selepas PRU ke-14 berlalu, hilang senyap langsung isu RUU355.

Kerugian
Mara, Felda dan TH adalah tragedi ke atas orang Islam dan Melayu akibat
kerakusan dan salah guna kuasa oleh orang yang sebangsa dan seagama
mereka.

Ia bukan kerana salah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau orang Cina atau India.

Ini
adalah tragedi buatan orang Melayu Islam yang mengkhianati orang
Melayu-Islam lain. Dan Melayu-Islam dari Umno dan PAS masih
berdolak-dalih bangkit membela.

Mereka cuma mahu melaungkan: Hidup Melayu!

Tambahan:

Kenyataan
Anggota Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali hari ini yang
mendakwaan isu TH mungkin rekaan PH sangat tidak munasabah.

Beliau
mungkin tidak sedar selain laporan audit syarikat akauntan antarabangsa
PriceWaterhouseCoopers, sebelum pada ini Bank Negara pun sudah
mengeluarkan amaran kepada TH.

Adakah sekarang PAS mahu berkata Bank Negara juga terlibat dengan komplot rekaan PH?

Sebenarnya itu menunjukkan sikap setia kawan PAS mempertahankan sahabat baru mereka iaitu UMNO.


RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tuesday, December 11, 2018

Ernst & Young nafi jadi juruaudit Tabung Haji @ Siapa Si Luncai Terjun dengan Labu2nya

Ernst & Young nafi jadi juruaudit Tabung Haji:

Diterbitkan  | 


   
Firma Ernst & Young (EY) menjelaskan bahawa mereka
bukanlah juruaudit Lembaga Tabung Haji (TH) dan tidak mengeluarkan
sebarang laporan audit berhubung penyata kewangan TH.
Dalam satu
kenyataan, EY berkata, ia tidak menyemak penyata pendapatan TH dan tidak
terlibat dalam penilaian aset dan liabiliti TH dan aset anak-anak
syarikatnya.

Penjelasan itu dibuat berikutan pelbagai laporan media hari ini mengenai EY dan TH.

Sebaliknya,
seperti yang dinyatakan dalam laporan EY kepada lembaga pengarah TH, EY
menyatakan bahawa ia telah ditugaskan lembaga pengarah badan itu untuk
melaporkan sama ada kunci kira-kira pro forma pada 31 Dis 2015, 31 Dis
2016 dan 31 Disember 2017 telah disediakan dengan sempurna berdasarkan
kriteria yang boleh digunakan atau tidak.

"Lembaga Pengarah TH
menyediakan kunci kira-kira imbangan pro forma pada 31 Dis 2015, 31 Dis
2016 dan 31 Dis 2017 semata-mata untuk menggambarkan kesan pelaporan
pelaburan TH dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang
dapat direalisasikan dan bukannya kos asal pada kunci kira-kira TH.

"EY tidak melakukan pengauditan maklumat kewangan yang digunakan untuk menyusun kunci kira-kira pro forma," kata kenyataan itu.

Tambah
firma juruaudit antarabangsa itu ia melaporkan bahawa pelarasan dibuat
adalah semata-mata untuk maksud menggambarkan kesan laporan pelaburan TH
dalam ekuiti, sekuriti dan hartanah pada nilai aset yang boleh
direalisasikan pada kunci kira-kira TH.

"Laporan EY tidak boleh
disandarkan untuk tujuan pengisytiharan dividen oleh TH pada 4 Feb 2016,
3 Feb 2017 dan 7 Feb 2018 masing-masing untuk tahun kewangan yang
berakhir pada 31 Dis 2015, 2016 dan 2017 kerana laporan EY untuk
tahun-tahun yang berkaitan hanya dikeluarkan selepas tarikh
pengisytiharan dividen.

"EY
mengeluarkan laporannya pada 30 Sept 2016, 12 Jul 2017 dan 23 Mei 2018
berhubung dengan lembaran imbangan pro forma masing-masing pada 31
Disember 2015, 2016 dan 2017," jelasnya.

Menurut firma itu lagi EY
juga tidak pernah menyatakan mengenai kesesuaian perisytiharan
keuntungan yang boleh diagihkan sebagai dividen menurut Akta Tabung Haji
1995.

"EY juga ingin menarik perhatian kepada Seksyen 22 Akta
Tabung Haji 1995 yang menetapkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh
TH berhubung pengisytiharan keuntungan boleh diagih sebagai dividen,"
katanya.

- Bernama


Nik Omar: Hormati wasiat Nik Aziz mengenai Maahad Darul Anuar

Nik Omar: Hormati wasiat Nik Aziz mengenai Maahad Darul Anuar

Diterbitkan  | 


   
Rentetan kemelut yang melanda Maahad Darul Anuar, Pulau
Melaka, Kota Bharu, peninggalan bekas menteri besar Kelantan Allahyarham
Nik Abdul Aziz Nik Mat, anak lelaki sulungnya Nik Omar menggesa semua
pihak menghormati wasiat ayahnya.
Menjelaskan kedudukan sekolah
itu katanya, asas sekolah tersebut ditubuhkan oleh datuknya Tok Ku Nik
Mat Alim, pada 1963 selepas kepulangan Nik Aziz dari luar negara.

Katanya,
Maahad Darul Anuar dibina atas sebidang tanah yang dihadiahkan ibu
saudara Nik Aziz dan beliau mencadangkan status tanah ini ditukar
daripada hadiah kepada waqaf.

"Ertinya, semua hak tanah berkaitan
sekolah Darul Anuar berstatus waqaf. Justeru, jelas bahawa apa saja
yang berkaitan Maahad Darul Anuar adalah diamanahkan kepada Nik Aziz
secara peribadi dan tiada kaitan dengan keluarga.

"Oleh itu,
tanah, bangunan sekolah dan masjid adalah dibawah pemegang amanah Tok
Guru (Nik Aziz)," katanya dalam kenyataan media hari ini sebagai respon
berhubung isu terkini mengenai pendaftaran pelajar baru oleh pihak tidak
bertanggungjawab di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, semalam.

Pengurusan Keluarga Besar Nikmatilah
Terdahulu,
isu Maahad Darul Anuar berlaku selepas Yayasan Islam Kelantan (YIK)
meluluskan permohonan oleh Keluarga Besar Nikmatillah supaya menguruskan
sekolah berkenaan bermula sesi pengajian 2019.

Bagaimanapun Nik
Omar sebagai pengetua yang mendakwa mewarisi wasiat ayahnya tetap
bertegas untuk mempertahankan Maahad Darul Anuar di bawah pengurusannya
yang mengambil alih sejak 2008.

Sebagai rekod, perkara itu terjadi
selepas Nik Omar muncul dalam kancah politik negara apabila menjadi
calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum lalu.

Sementara
itu, Nik Omar berkata, pada Mei 2008, ayahnya menyerahkan mandat atau
wasiat pemegang amanah Maahad Darul Anuar kepadanya selaku anak lelaki
sulung.

Katanya,
selepas penyerahan oleh Nik Aziz, Maahad Darul Anuar mewujudkan lembaga
pengarah dipengerusikan olehnya dengan persetujuan Nik Aziz sendiri.

"Lembaga ini adalah badan tertinggi dalam menguruskan pentadbiran dan polisi Maahad Darul Anuar.

"Lembaga pengarah tidak pernah pada bila-bila masa berniat menyerahkan pentadbiran Maahad Darul Anuar kepada YIK.

"Sewajarnya
semua pihak menghormati wasiat Almarhum Nik Aziz dan tidak secara
sewenang-wenangnya cuba mengambil alih atau mengganggu Maahad Darul
Anuar," jelasnya.

Justeru katanya, amat dikesali apabila ada
pihak tidak bertanggungjawab (bertindak) menguruskan pendaftaran terbuka
pelajar baharu di dalam kawasan Maahad Darul Anuar tanpa izin lembaga
pengarah.

Ceroboh bertentangan syarak
Malah pihaknya beranggapan tindakan itu satu pencerobohan yang bertentangan dengan syarak dan moral.

"Sebagai
pewaris wasiat, lembaga pengarah akan mempertahankan hak sebagai
pemegang amanah ke atas Maahad Darul Anuar sebagai legasi pendidikan Nik
Aziz.

"Lembaga
pengarah komited untuk meneruskan amanah itu sebagai satu tanggungjawab
dan akan kekal berpegang pada amanah dan motivasi Nik Aziz dalam
mentadbir Maahad Darul Anuar," katanya.

Sehubungan itu tambah beliau, lembaga pengarah akan terus beroperasi dan mengendalikan pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2019.

"Setakat
ini, pihak lembaga pengarah berpandangan masih mempunyai kuasa
sepenuhnya terhadap Maahad Darul Anuar dan jika sekiranya terdapat
mana-mana pihak yang berpandangan sebaliknya, pihak tersebut
dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada pihak berotoriti.

"Dan
jika sekiranya masih tidak berpuashati dengan dapatan yang diperolehi,
pihak tersebut dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada pihak
Mahkamah di dalam menentusahkan ketuanpunyaan atau pemilikan Maahad
Darul Anuar ini," ujarnya.


Ucapan Penutup Speaker Di Hari Terakhir Persidangan Parlimen, PH-Pembang...


RM19.9 bilion aset Tabung Haji dipindah ke syarikat tujuan khas

RM19.9 bilion aset Tabung Haji dipindah ke syarikat tujuan khas: Kemas kini 5.18pm |

Haspaizi Zain  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Lembaga Tabung Haji memutuskan untuk memindahkan asetnya berjumlah
RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) bawah Kementerian
Kewangan.

Aset tersebut termasuk ekuiti dan hartanah milik badan
berkanun itu, kata Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai
eksekutif Tabung Haji Zukri Samat.

Beliau berkata, aset seperti ekuiti dan hartanah yang kurang berdaya saing akan diuruskan SPV tersebut dalam tempoh tujuh tahun.

Antara aset itu adalah tanah seluas 0.63 hektar (1.56 ekar) di Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur yang dibeli daripada 1MDB.

"Kami
membeli tanah itu dengan harga RM196 juta dan sehingga kini ia tidak
memberi apa-apa pulangan," katanya dalam sidang media di Menara Tabung
Haji di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata penentuan aset
untuk diserahkan berdasarkan dua kriteria - bagi hartanah ia membabitkan
aset yang memberi hasil kurang dua peratus, manakala untuk ekuiti jika
nilainya merosot 20 peratus.

"Aset yang dipindahkan dikenal pasti
melalui dua kriteria. Untuk hartanah ia membabitkan tanah yang
memberikan hasil kurahg dua peratus. Untuk ekuiti pula ia bagi nilainya
sudah terjejas 20 peratus," katanyan dlaam sidang media di ibu negara,
hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata
Tabung Haji mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion, dengan aset
keseluruhan berjumlah RM70.3 bilion tetapi menanggung liabiliti RM74.7
bilion.

Makluman itu berdasarkan semakan Pricewaterhouse Coopers terhadap laporan kewangan pada 2017.

Zukri berkata beliau yakin pemindahan aset kepada SPV selama tujuh tahun mampu menjana pulangan kepada Tabung Haji.

Sebagai
pertukaran, katanya, SPV akan mengeluarkan sukuk tujuh tahun bernilai
RM10 bilion dan RM9.9 bilion dalam saham keutamaan boleh tebus Islam
(RCPS-I).

"Selepas pemindahan itu selesai, Tabung Haji akan dapat seimbangkan akaun dengan aset sama banyak dengan liabiliti," katanya.

Dalam pada itu, Zukri memberi jaminan Tabung Haji mampu membayar hibah kepada pendepositnya tahun ini.

Beliau
juga berkata yakin badan berkanun itu akan kembali di landasan yang
betul dengan seliaan Bank Negara Malaysia bermula Januari depan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...