Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, November 23, 2018

Mungkin kita sudah ditipu oleh Jho Low, kata Najib

Wawancara bersama Datuk Seri Najib Tun Razak

   

ULASAN
| Kita tahu, adalah sangat mudah untuk mendapat persepsi yang salah apabila kita hanya membaca tajuk sahaja.Sebab
itu betapa pentingnya untuk kita tonton keseluruhan temubual bagi
memahami konteks jawapan saya dan bukan hanya tertumpu kepada satu
bahagian sahaja sehingga hilang konteks keseluruhan jawapan.

Untuk itu, saya ingin menjelaskan lebih lanjut mengenai salah satu tajuk mengenai temubual saya dengan Sinar Harian hari ini yang menggunakan tajuk “Jho Low menipu saya” atau “Kita telah ditipu oleh Jho Low.”

Tajuk
itu timbul selepas penemubual itu bertanya kepada saya:"Adakah dengan
ini kita mengakui kita telah ditipu oleh jutawan Jho Low ini?".

Ini adalah soalan lanjutan daripada soalan mengenai 1MDB.

'Jho Low tak pernah kerja 1MDB'
Berikut adalah jawapan saya:

“Ya,
kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah kesimpulan kalau kita
ambil kira apa yang kita tahu hari ini, itu sebenarnya.”

“Maksud
saya ialah jika apa yang dinyatakan hari ini adalah satu kebenaran iaitu
perkembangan-perkembangan baru yang kini meluas seperti pegawai tinggi
Goldman Sachs didakwa oleh DOJ dan kerajaan Abu Dhabi menyaman Goldman
Sachs maka jelas Jho Low telah menipu.

“Perlu diingat
bahawa 1MDB tidak pernah berurusan secara terus dengan Jho Low dan
setiap perjanjian dan pembayaran wang 1MDB ialah kepada JV urusniaga
seperti PetroSaudi dan Aabar yang dimiliki oleh kerabat diraja ataupun
kerajaan negara-negara masing-masing.
“Jho
Low juga tidak pernah bekerja untuk ataupun mewakili 1MDB. Sebaliknya,
beliau mewakili pihak Arab kerana dari dulu lagi, beliau rapat dengan
mereka.”

Itu yang saya jelaskan pada wawancara dengan Sinar Harian.

Isu
1MDB memang kompleks tetapi mereka yang mengkaji ataupun berpengetahuan
dengan lebih mendalam pasti faham bahawa setiap aliran wang dari 1MDB
yang didakwa hilang ialah selepas wang itu dipindahkan kepada ataupun
dijamin oleh pihak Aabar dan pemiliknya, IPIC.

IPIC ialah satu syarikat milik kerajaan Abu Dhabi yang amat besar, jauh lebih besar dari segi aset berbanding Khazanah Nasional.

Mereka
yang mengikuti perkembangan 1MDB juga tahu bahawa Jho Low didapati
telah berpakat dengan pengurus atasan syarikat IPIC dan Abu Dhabi serta
bank pelaburan Goldman Sachs untuk menyalurkan sebahagian dana yang
telah dipindah oleh 1MDB kepada Aabar dan IPIC kemudiannya kepada
beliau.

Oleh itu, kerajaan BN dulu pernah membuat dua perjanjian
penyelesaan dengan IPIC pada tahun 2015 dan 2017 bagi mendapatkan
kembali setiap sen wang yang didakwa hilang dari 1MDB.

Dan
semalam, syarikat IPIC dilaporkan bahawa mereka telah menyaman Goldman
Sachs untuk membayar gantirugi kerana dituduh telah bersuhabat untuk
menipu IPIC.

Jika semua tuduhan ini benar maka Jho Low mungkin
telah berpakat dengan Goldman Sachs dan pengurus atasan IPIC untuk
menipu syarikat IPIC.

Sebab itu jawapan saya di awal wawancara itu
ialah, “itu saya kata tindakan perlu diambil, kalau jelas dia (Jho Low)
lakukan kesalahan. Masa itu kita telah lantik peguam, syarikat audit
yang terkenal, dan Goldman Sachs, sebuah investment bank (bank pelaburan) yang begitu tersohor peringkat global.

“Tanggung
jawab bank (itu) ialah menjaga kepentingan Malaysia, jadi kalau dia
gagal menjaga kepentingan Malaysia, macam mana saya nak tahu, patut dia
beritahu ada sesuatu yang tidak betul."

Begitu juga tanggungjawab peguam-peguam dan syarikat audit.



Satu lagi kesalahan Malaysiakini ialah dalam perenggan terakhir apabila menulis:
“Dia
(Goldman Sachs) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya, misalnya
Goldman Sachs, maknanya sistem yang kita wujudkan nak jaga kepentingan
invesment bank, peguam, juru audit semua, mereka telah tidak memainkan
peranan yang sebenarnya.”

Begitu juga dengan peguam-peguam dan syarikat audit yang diupah oleh 1MDB.

Itulah
konteks jawapan saya pagi tadi. Sekali lagi, sesuatu jawapan itu perlu
dibaca atau ditonton pada konteks keseluruhan dan bukan secara berpilih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...