Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, November 24, 2018

Jangan terlalu harap Najib, Rosmah akan ke penjara

Jangan terlalu harap Najib, Rosmah akan ke penjara: ULASAN | Kemanapun saya pergi sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa perdana menteri tidak dipakaikan kameja-T oren lokap SPRM.

A Kadir Jasin  | 
Diterbitkan  | 


   
ULASAN | Kemana pun saya pergi
sekarang, soalan yang kerap ditanya adalah mengapa bekas perdana menteri
Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan
Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak tidak dipakaikan kemeja-T oren
lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut “dikecualikan” daripada memakai pakaian seragam itu adalah isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor.

Kalau orang biasa yang tanya, saya tak hairan sangat. Ini peguam, pendakwa raya dan menteri kabinet pun tanya.

Ada
orang kata, mereka tidak dipakaikan uniform tersebut kerana mereka
tidak dikenakan tahanan reman manakala yang lain pula kata, kerana tidak
ada bahaya mereka melarikan diri.

Ada yang tanya adakah ini pilih kasih atau ada lagi pihak yang memihak kepada mereka?

Tapi
semua kata adalah tidak adil Najib dan Rosmah dikecualikan. Lebih tidak
patut kalau alasan sengaja dibuat supaya mereka tidak perlu
memperagakan pakaian seragam itu.

Betapa tidak. Beberapa orang
kanan Najib seperti (Tan Sri) Isa Samad, (Datuk Seri Panglima) Abdul
Azeez Rahim, Datuk Hasanah Abdul Hamid dan (Datuk) Rizal Mansor semuanya
“diorenkan”.

Saya
kurang pasti kalau Datuk Seri (tengku) Adnan Mansor juga
“dibajuorenkan”. Tetapi rasanya tidak. Kalau tidak silap dia pakai baju
seakan batik berwarna biru.

Banyak lagi kes SPRM yang menanti
Najib dan Rosmah. Jadi kita tunggu dan lihatlah sama ada hasrat orang
ramai melihat Najib dan Rosmah memperagakan seragam oren itu akan
termakbul.

Hak bersuara

Kemudian orang pun bertanya
mengenai Najib yang terus membuat kenyataan seolah-olah dia masih
Perdana Menteri dan keengganannya masuk kandang tertuduh ketika sesi
pengurusan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 16 November lalu.

Berkenaan
Najib membuat kenyataan, saya rasa itu hak dia lah. Dia masih bebas dan
kita pun menghormati kebebasan bersuara. Nasihat saya, kalau mual dan
loya tak payahlah baca komen dia.

Ini cerita orang takut hantu
ketika berseorangan pada malam gelap gelita. Lagi takut, lagi kuatlah
dia menyanyi atau bercakap sendirian.

Bersabit
keengganan dia masuk kandang tertuduh pula, ada orang, termasuk peguam
kata, perbuatannya itu menghina mahkamah. Orang putih kata “contempt of
court”.

Penyelidikan saya mendapati bahawa di bawah Perkara 26
Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947, sabit tuduhan
menghina mahkamah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga minggu
atau denda.

Tapi saya rasa keengganan masuk kandang itu dibuat untuk menguji kesabaran hakim dan mencabar peraturan mahkamah.

Adalah
kebiasaan dalam perbicaraan bagi orang kena tuduh dan peguam mereka
menggunakan pelbagai tipu helah dan isu teknikal bagi melengahkan
perbicaraan dan sekali gus mencetuskan keraguan.

Kita telah tengok
bagaimana kaedah ini digunakan secara berleluasa dalam kes-kes berat
atau sensasi, khususnya yang membabitkan orang politik dan orang
kenamaan lain.

Silap-silap tertuduh sakit perut, sakit jantung,
sakit mata dan macam-macam lagi. Kemudian tukar peguam. Lepas itu bantah
itu dan ini.

Mahkamah teliti

Proses mahkamah
lazimnya perlahan kerana mahkamah perlu teliti. Ada empat peringkat
mahkamah yang perlu dilalui sebelum seseorang itu menjalani hukuman.

Dalam
kes Najib ini sudah pasti dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke
Mahkamah Tinggi. Dengan takdir dia didapati bersalah oleh Mahkamah
Tinggi, dia boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan. Kalah di Mahkamah
Rayuan merayu pula kepada Mahkamah Persekutuan. Kalau kalah juga barulah
masuk penjara.

Jadi, nasihat saya, kita jangan terlalu sangat
menaruh harapan hendak tengok Najib, Rosmah dan sekutu mereka
dicampakkan ke dalam penjara dalam masa yang singkat.

Kalaulah ditakdirkan Pendakwa Raya menang, saya rasa kita berikan sedikit keistimewaan kepada Najib.

Kita
benarkan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang dengan menaiki
MRT kerana kebetulan dia memilih membina MRT di antara Sungai Buloh dan
Kajang yang kedua-duanya ada penjara. 

A KADIR JASIN
bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau
kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

Rencana
ini asalnya dimuat naik di blog beliau." Tulisan ini pandangan peribadi
penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi redaksi
Malaysiakini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...