Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 11, 2018

Bekas KP SPRM: Pegawai kastam 'balas' Najib, cetuskan isu cincin RM24j


 
Hariz Mohd  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Maklumat berhubung kemasukan cincin berlian bernilai RM24 juta pada
2011 didakwa didedahkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia sendiri
yang tidak berpuas hati, untuk menjejaskan reputasi perdana menteri
ketika itu Datuk Seri Najib Razak.


Dakwaan itu dibuat bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dalam ucapan yang
disampaikan pada tahun itu tetapi kini dimuat naik di laman Youtube.


Ketika ucapan, Abu Kassim berkata pegawai itu telah membocorkan
dokumen "Borang Kastam 1" yang menunjukkan barang yang masuk ke dalam
negara tetapi tidak mendedahkan "Borang Kastam 2", iaitu untuk barang
yang keluar daripada negara.


"Dalam siasatan kita, kedua-dua borang itu ada, tetapi yang
dihebahkan hanya Borang Kastam 1. Niatnya untuk membalas tindakan
perdana menteri (ketika itu) kerana membiarkan SPRM mengambil tindakan
tegas terhadap Kastam," kata Abu Kassim.


Ketika itu SPRM sedang menyiasat 62 pegawai kastam berhubung kes pengubahan wang haram dalam apa yang dipanggil sebagai "Operasi 3B".


Dalam ucapan itu lagi, dipercayai disampaikan kepada pegawai SPRM,
Abu Kassim berkata pegawai kastam yang tidak berpuas hati itu, melalui
kesatuan mereka, telah bertemunya dan peguam negara ketika itu Tan Sri
Abdul Gani Patail untuk memujuk mereka agar menggugurkan dakwaan
terhadap pegawai kastam yang disyaki terlibat.


Apabila usaha itu gagal, mereka didakwa cuba untuk bertemu Najib yang kemudian enggan bertemu mereka.


"Saya yang nasihatkan dia (Najib) agar jangan berjumpa kerana kita
nak pertahankan integriti dan tindakan kita dalam siasatan terhadap
kastam (melalui 'Operasi 3B')," katanya.


"Tiada siapa dalam negara ini akan tahu (tentang cincin itu) jika
pegawai kastam tidak mengambil dokumen tersebut dan edar kepada pihak
lain."


Beliau berkata cincin semahal itu tidak akan dapat dibeli di kedai biasa.


"Apabila kita mahu beli cincin RM24,000, kita ke Poh Kong atau Habib
Jewels. Apabila anda beli cincin RM24 juta, kedai datang kepada anda."


Jika dakwaan Abu Kassim itu benar, ia akan mengesahkan dakwaan isteri
Najib, Datuk Seri Rosmah Mansor dan syarikat barang kemas Amerika
Syarikat, Jacob & Co bahawa cincin yang dibawa masuk pada 2011 itu
hanya untuk tontonan.


Sumber: Ucapan untuk pegawai SPRM


Rosmah tidak pernah menafikan kewujudan cincin itu, tetapi berkata
kritikan - antaranya oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli - bersifat "separuh benar".


Jacob & Co berkata ia - cincin berlian Natural Fancey Blue Grade
Cushion dengan 30.11 karat - untuk dilihat Maira Nazarbayev, ibu kepada
Daniyar Nazarbayev yang ketika itu tunang kepada anak mereka, Nooryana
Najwa.


Daniyar dan Nooryana berkahwin tiga tahun kemudian.


Sementara itu, bekas pegawai kerajaan yang ada ketika Abu Kassim
menyampaikan ucapannya mengesahkan ketulenan video itu dan berkata ia
dihadiri pegawai SPRM.


"Benar apa yang dikatakannya. Itulah yang ditemui IO (pegawai penyiasat)," kata sumber itu.


Katanya, ucapan itu dibuat lama sebelum siasatan terhadap 1MDB bermula.


"Pada masa itu, tiada kes rasuah melibatkan berlian dan ia sudah pun dipulangkan kepada kedai.


"Ketika dia (Abu Kassim) tahu tentang 1MDB selepas ditunjukkan oleh
bukti Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan FBI, dia mahu
meneruskan kes itu. Tetapi pada masa itu, keadaan tidak kondusif dan
itulah sebabnya dia minta bersara awal pada 2016," kata sumber itu lagi.


Abu Kassim merupakan sebahagian jawatankuasa khas tentang 1MDB yang
diketuai Abdul Gani. Ia kemudian dibubarkan kerajaan pada 2015.


Susulan itu, Abu Kassim bersara daripada SPRM.


Selepas kejatuhan BN, kerajaan baru melantiknya sebagai pengerusi Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...