Published on Aug 7, 2018
1MDB bawah pengurusan baru menuntut
kapal mewah Equanimity yang berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini. Syarikat itu
menjadi antara pemohon yang merampas kapal itu ketika berlabuh hari ini. “1MDB
menuntut pemilikan Equanimity kerana mereka percaya wang mereka telah disalah
guna dan dibelanjakan untuk membeli kapal itu,” kata peguam Sitpah Selvaratnam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah turun dari kapal itu. Sitpah
berkata tuntutan itu dibuat berdasarkan saman pelucuthakan Jabatan Keadilan
(DOJ) Amerika Syarikat (AS) tahun lalu. Pengurusan lama 1MDB menafikan sebarang
kaitan dengan Equanimity dan menafikan wangnya telah disalah guna. Pengurusan
lama juga menolak saman sivil DOJ itu. Pengurusan baru 1MDB digantikan selepas
Pakatan Harapan menumbangkan pemerintahan 61 tahun BN buat kali pertama dalam
pilihan raya umum Mei lalu. Peguam Jeremy Joseph berkata, pasukan undang-undang
1MDB telah dilantik oleh Pejabat Peguam Negara untuk mewakili kedua-dua pihak,
syarikat pelaburan itu dan Putrajaya.

Category
No comments:
Post a Comment