Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, July 19, 2018

JPM minta AS sokong Najib jika BN menang tipis





JPM minta AS sokong Najib jika BN menang tipis: EKSKLUSIF | Lima hari sebelum PRU 9 Mei, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri telah menulis surat kepada pengarah CIA.

Norman Goh & Alyaa Alhadjri  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

EKSKLUSIF | Lima hari sebelum
pilihan raya umum 9 Mei, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana
Menteri yang disebut sebagai unit risikan telah menulis surat kepada
pengarah CIA, Gina Haspel.


Surat tiga halaman yang dilihat Malaysiakini itu menyatakan
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memenangi pilihan
raya dengan hanya undi secukupnya untuk membentuk kerajaan.


Bagaimanapun, surat itu meminta AS menyatakan sokongan terhadap
pentadbiran Najib walaupun cuma menang dengan 'majoriti mudah atau hanya
satu kerusi'.


"Saya berharap pihak tuan akan dapat melaporkan kepada setiausaha
negara mengenai kerumitan mengurus pilihan raya ini oleh Perdana Menteri
Najib dan keperluan untuk mendapat dukungan AS bagi kerajaan sekarang
walaupun kami memenangi pilihan raya dengan  mudah majoriti atau hanya
satu kerusi.


"Sebarang petunjuk bahawa kerajaan AS akan terus menyokong Perdana
Menteri Najib dan kerajaannya pasti akan memperkuat kestabilan kami dan
meningkatkan hubungan mesra sedia ada yang didorong oleh hubungan erat
antara kedua pemimpin," katanya.


Sumber rapat  dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengesahkan surat berkenaan adalah sahih tetapi enggan mengulas lanjut.


Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam,
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) mendakwa tidak tahu
mengenai surat tersebut dan berkata risikan sepatutnya memastikan
keselamatan negara dan bukan mengenai soal pilihan raya.


"Saya tidak fikir risikan harus terbabit dalam usaha memenangi pilihan raya.


"Perisikan tidak sepatutnya melakukan apa-apa dalam pilihan raya.
Pilihan raya adalah mengenai kehendak rakyat, pilihan raya adalah
mengenai demokrasi,"kata Saifuddin.


Surat dialamatkan kepada pengarah CIA yang dilantik pada akhir Mei di
bawah pentadbiran Donald Trump itu turut menyentuh mengenai
Mahathir bekerjasama dengan pembangkang.


"Tuan mesti dimaklumkan dengan baik bahawa Mahathir, pada dasarnya
bukanlah seorang tokoh pembaharuan yang dapat meningkatkan kepentingan
negara kerana beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan diri
sendiri.


"Sementara itu, pembangkang berharap dapat mempergunakan kehebatannya
(Mahathir) dalam politik untuk mengalahkan perdana menteri Najib," 
kata surat yang ditulis oleh ketua pengarah bahagian penyelidikan JPM,
Datuk Hasanah Ab Hamid.


'Mahathir anti-barat, Najib pro-AS'


Surat itu turut menyebut Mahathir yang berusia 93 tahun pada masa
lalu merupakan seorang yang "anti-Barat, anti semitik, kuku besi dan
mendiamkan kritikan melalui kekerasan, tidak mempedulikan hak asasi
manusia dan kedaulatan undang-undang. "


"Sepanjang tempohnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri disalahgunakan
untuk agenda politiknya sendiri dan membenarkan beliau memerintah
Malaysia selama lebih dua dekad," katanya.


Sebaliknya, surat itu mengatakan sepanjang 9 tahun pentadbiran Najib,
beliau menunjukkan rekod yang baik bukan sahaja dasar asing yang
progresif tetapi juga menyumbang kepada keselamatan melalui penglibatan
aktif dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau ini .


Walaupun pengkritik termasuk Mahathir (gambar) menuduh Najib
berpaling kepada China, surat tersebut menyatakan bekas perdana menteri
itu akan memihak kepada AS.


"Tidak seperti Mahathir, Najib dikenali sebagai sekutu Amerika yang kuat dan akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini.


"Tanpa Najib yang bertanggungjawab ke atas negara ini, Amerika
Syarikat akan kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia
Tenggara memandangkan Filipina telah melepaskan diri dari Washington,
Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk membuat impak dan Thailand
serta Indonesia dibelenggu masalah domestik mereka sendiri.


"Sementara itu, negara-negara Indo-China kecuali Vietnam terlalu cenderung ke arah China, "katanya.


Menurut surat itu, Malaysia juga mengalu-alukan kehadiran AS di
rantau ini, terutamanya di Laut China Selatan untuk memberi keseimbangan
terhadap ketegasan maritim China.


Malaysiakini, Sarawak Report turut disebut


Surat itu juga menyebut Malaysiakini dan Sarawak Report dengan mendakwa pembangkang menyebarkan cerita negatif mengenai dasar politik dan sosio-ekonomi melalui portal berkenaan.


"Terdahulu, mereka (pembangkang) telah menubuhkan NGO seperti BERSIH
Global untuk menganjurkan pemberontakan seperti Arab-Spring di Malaysia.


"Pada tahun 2016, harapan pembangkang untuk menjadi kerajaan kelihatan agak menjanjikan kerana Mahathir menyertai mereka.


"Ironinya, selama 20 tahun gerakan 'reformasi' oleh Anwar Ibrahim
adalah untuk menentang dan melawan kezaliman Mahathir," tambahnya.


Saifuddin, dalam temu bualnya dengan Malaysiakini, berkata kerajaan sekarang mempunyai pandangan berbeza mengenai soal risikan.


"Sekiranya kita mempunyai unit perisikan atau jabatan, yang bukan
perkara luar biasa bagi mana-mana kerajaan, risikan mestilah mengenai
memastikan keselamatan negara dan rakyatnya dan bukan mengenai politik,"
katanya.


Menteri itu juga mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) akan mengkaji semula peranan anggota polis Cawangan Khas
dalam memantau ahli-ahli politik.


"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak (Menteri Dalam Negeri) (Tan
Sri) Muhyiddin (Yassin) tetapi saya percaya beliau melihat aspek ini di
mana urusan utama pasukan polis adalah mengenai keselamatan dan bukan
untuk memastikan pihak tertentu memenangi pilihan raya atau sesuatu
seperti itu," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...