Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, July 21, 2018

'Calon tu kau yang latih!', kata pemimpin Umno pada Azmin


 


Published on Jul 21, 2018
Walaupun berlainan parti politik
namun hubungan baik sesama individu masih dapat dilihat. Ini dapat dilihat
apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengambil kesempatan
bergurau senda bersama pemimpin-pemimpin Umno ketika penamaan calon Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pagi tadi. Antara pemimpin Umno yang
kelihatan ialah Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden
Umno Datul Seri Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Sharkar
Shamsudin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah. Kedengaran
pemimpin-pemimpin Umno mengusik Azmin sebagai calon Presiden PKR dan turut
berseloroh mengenai calon BN DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam yang
pernah bersama PKR pada satu masa dahulu. "Calon ni kau yang
'train'," kata Sharkar mengusik Azmin. Lokman pernah menganggotai PKR dan
memegang pelbagai jawatan namun dipecat pada 2004. Untuk rekod PKR akan
mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini dan media minggu lalu memetik
pembantunya sebagai berkata Azmin tidak akan bertanding jawatan Presiden dan
kekal bertanding Timbalan Presiden. Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis
pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan
Bebas. PKR, BN dan Bebas. Ia melibatkan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni,
calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.
Category

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...