Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, February 18, 2013

Suara Pakatan Rakyat Menemplak : PAS Yang Rugikan Pakatan Rakyat Bukan Sebaliknya TAPI PAS tetap angguk-angguk.



PAS Yang Rugikan Pakatan Rakyat Bukan Sebaliknya

hadi_awang_pas_keluar_pakatan
PENULIS mendengar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memberikan ‘bayangan’ kepada media bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya kerjasama dalam komponen 3 parti politik yang terjalin sejak 2008 itu, terbukti tidak menguntungkan Melayu/Islam.

Kenyataan itu dibuat beliau di Banggol Pradong, Kuala Nerus Terengganu – lokasi sama Amanat Hadi diucapkan beliau lebih 30 tahun dulu.

 memandangkan kedudukan Melayu dan umat Islam hari ini, langkah ke arah berkenaan amat perlu untuk meninggikan syiar dan mempertahankan kedaulatan Islam.  Pas sepatutnya muhasabah diri dan bercerai daripada Pakatan Rakyat.
Walaupun Hadi kemudiannya menjelaskan kepada wartawan sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.”, ia masih lagi mencetuskan kekeliruan di kalangan penyokong parti tersebut sama ada PAS akan kekal bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

Selain itu, sejak bilakah PAS memperjuangkan Melayu?  Penulis tahu sebelum ini PAS memperjuangkan Islam, tapi Melayu?  Itupun (perjuangan Islam), telah ditukar kepada negara berkebajikan.

Kalau tidak keterlaluan penulis sebutkan, perjuangan ini bukan tentang soal untung atau rugi, melayu atau Islam, tapi perjuangan ini tentang membela nasib rakyat.

Dari apa segi sekalipun, penulis tidak nampak keperluan untuk kenyataan seumpama itu dikeluarkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan Pakatan Rakyat rancak membuat persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang.

Penulis diyakinkan oleh seseorang bahawa kenyataan ini ada kaitan dengan desakan dalaman supaya PAS mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat yang dibangkitkan ahli-ahli parti tersebut, setelah ketiga parti komponen ini gagal mencapai kata sepakat berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Walaupun Pakatan Rakyat secara rasminya telah menerima perkara tersebut menerusi satu kenyataan bersama pada 8 Januari 2013, tindakan Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan berlawanan 3 hari kemudian telah membawa kepada kecelaruan seperti mana yang berlaku sekarang.

Dengan tidak semena-mena, penyokong Pakatan Rakyat yang pada mulanya bersatu hati dalam soal penggunaan kalimah Allah di dalam Bible ini sudah mula berpecah belah.  Lebih teruk lagi, keadaan itu diambil kesempatan oleh pemimpin PAS seperti Datuk Harun Din untuk menganjurkan demonstrasi menyatakan bantahan terhadap perkara tersebut.

Maka itu, penulis suka menyatakan disini bahawa, berdasarkan kenyataan di atas, PASlah sebenarnya yang merugikan Pakatan Rakyat, bukan sebaliknya!!!

Buktinya..

Dengan kerjasama ini, PAS mampu membentuk kerajaan di Kelantan dan Kedah, serta menjadi sebahagian dari anggota kerajaan di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.  PAS berjaya menempatkan pemimpinnya, Datuk Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar di Perak kerana kerjasama dalam Pakatan Rakyat walaupun parti itu hanya mempunyai 6 kerusi DUN di Perak.

Jika semuanya berjalan lancar, PAS akan menjadi sebahagian dari kerajaan persekutuan Malaysia ini, juga dengan melalui Pakatan Rakyat.  Pendek kata, tanpa Pakatan Rakyat, PAS hanyalah seperti mana keadaannya dulu, parti picisan yang bergantung kepada isu-isu agama untuk menarik sokongan rakyat.

Oleh yang demikian, usahlah PAS mendabik dada seolah-seolah parti itu di dalam kedudukan yang cukup kuat untuk mengugut Pakatan Rakyat.  Sebagai parti paling kecil bilangan kerusi dalam Parlimen, PAS tidak layak bersuara lebih kuat dari apa yang sewajarnya untuk mereka di kedudukan terbawah.
Artikel Berkaitan:
  1. Anwar: ‘Jawatan PM Bukan Isu, Yang Penting Rakyat’
  2. PRU13 Bukan Milik Pakatan Rakyat
 

sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...