Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, September 20, 2011

Skandal SPICE CAT:MPPP Belanja 50 Juta,Rugi 480 Juta

Filed Under ( ) by pisau


YDP MPPP akan memanggil satu mesyuarat tergempar apabila 10 daripada 24 Ahli Majlis mendesak agar diadakan persidangan mesyuarat kerana tidak berpuas hati tentang projek SPICE yang menelan belanja 50juta wang MPPP.

Mereka mempersoalkan kenapa wang 50juta milik MPPP dibelanjakan tidak mempunyai ketelusan.Maklumat mengenai projek tersebut langsung tidak dibentangkan sedangkan projek itu menelan belanja yang besar .

Atas desakan daripada ahli majlis,pihak YDP akan memanggil satu mesyuarat agar satu taklimat akan diadakan dalam tempoh 2 minggu.

Yang dipersoalkan mengapa ahli majlis tidak dibekalkan dengan maklumat kajian fisibiliti projek sedangkan MPPP mempertaruhkan wang dalam jumlah yang amat besar tanpa memikirkan risiko.Malah perjanjian projek diantara MPPP dan kontraktor tersebut turut tidak didedahkan .

Ahli Majlis mempersoalkan bagaimana projek ini diluluskan jika mereka sendiri tidak tahu menahu perjalanan proses projek ini.Bagaimana ahli majlis sendiri tidak tahu ketika wang 50juta MPPP menjadi taruhan hingga kerajaan negeri kerugian 480juta.Inikah yang dikatakan good governance Lim Guan Eng?

Tranperensi,Cekap dan Akauntabiliti langsung tidak diamalkan seperti mana Lim Guan Eng bercakap dihadapan rakyat Malaysia di Australia baru baru ini.

Pendedahan Skandal SPICE


Kerajan negeri bakal rugi RM 480 juta . Siapakah yang bertanggungjawab?

Projek sPICE (Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang) bernilai RM 300 juta secara keseluruhannya.

MPPP melabur sebanyak RM 50 juta dalam projek ini dan selebihnya dibiayai oleh Eco Meridian Sdn Bhd anak syarikat kepada SP Setia. Salah satu projek berskala besar yang MPPP laburkan wang dengan begitu banyak.

Satu perjanjian telah diadakan antara kerajaan negeri dengan Eco Meridian sdn bhd pada 19 Ogos 2011 yang lalu.

Antara syarat perjanjian ialah :

1. Kebenaran membina 1500 unit rumah tambahan
2. pemberian tanah secara percuma bagi pembinaan 450 unit kos rendah dan sederhana rendah
( dalam hal ini pemaju akan mengaut keuntungan sehingga mencecah RM 450 juta kerana tanah diberikan secara percuma. Peliknya, mengapakah tanah tidak diberikan secara percuma kepada rakyat yang memerlukan seperti penduduk kg buah pala, kg permatang tinggi damar laut, kampung pokok assam dan beberapa buah kampung yang terlibat. Di pualu pinang rumah kos sederhana mewah boleh mencecah hampir RM 1 juta.

MPPP pula bakal rugi sebanyak RM 10 juta bagi penyediaan tapak rumah secara percuma . Saiz rumah tersebut tidak melebihi 650 kaki persegi dengan harga minimum RM 72 500.00. Soalnya berapa ramaikah rakyat pulau pinang yang bakal menikmati skim perumahan ini?Agihan ini adalah tidak rata. Mengapakah kerajaan negeri tidak meminta syarikat berkenaan membina rumah pangsa yang dapat menampung keperluan rumah di pulau.

Lebih mengejutkan lagi sekiranya MPPP gagal menyediakan tanah untuk membina rumah berkenaan dalam tempoh 20 tahun, maka pemaju berhak tidak membinanya)

3. pembinaan sebuah hotel bertaraf lima bintang dengan kadar nilai tanah yang amat rendah berbanding harga pasaran tanah semasa.
(kalau kes dato seri khir toyo yang dapat beli rumah dan tanah dengan harga murah DAP kata rasuah. Mengapa dalam kes ini tidak dikaitkan dengan rasuah kerana kerajaan negeri menjual tanah dengan kadar yang murah. Apa kaitan hotel lima bintang dengan rakyat pulau pinang? apakah rakyat pulau pinang yang menginap di hotel berkenaan akan mendapat potongan sehingga 90%? Harga tanah di tapak hotel yang bakal dibina ialah RM 300 kaki persegi dan bukan rm 100 kaki persegi. Ini bermakna kerajaan negeri akan mengalami kerugian berjumlah rm 27 juta.) -BadarKhubro

Pisau kata "Mat Sabu akan didakwa d Mahkamah Sesyen Butterworth esok mengikut Seksyen 505,Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam"


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1YYJukqXp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...