Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 4, 2018

Mahkamah keluar waran tangkap Jho Low, 4 individu

Mahkamah keluar waran tangkap Jho Low, 4 individu:

  Lima pendakwaan pengubahan wang haram dikenakan terhadap ahli perniagaan itu.



Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilaporkan mengeluarkan waran tangkap
terhadap ahli perniagaan kontroversi yang menjadi buruan polis, Low
Taek Jho, atau Jho Low, dan empat individu lagi.

Empat individu itu ialah Eric Tan Kim Loong, 40, Tang Keng Chee, 53, Geh
Chong Heng, 47, yang ketiga-tiganya merupakan pegawai 1MDB dan seorang
wanita, Loo Ai Swan, 45, bekas peguam 1MDB.

Tengah hari tadi,
mahkamah membuat pendakwaan tanpa kehadiran (in absentia) terhadap lima
individu itu. Pendakwaan bagaimanapun tidak dibacakan di depan hakim.

Jho Low berdepan lima pendakwaan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion.

Dia
juga berdepan pertuduhan berasingan bersama Eric Tan Kim Loong yang
merupakan kenalannya, berhubung pengubahan wang haram melibatkan
AS$125.97 juta.

Melalui carian efiling mahkamah, Jho Low dan keempat-empat individu itu sepatutnya didakwa hari ini secara in absentia iaitu tanpa ketidakhadiran tertuduh, di empat Mahkamah Sesyen berasingan.

Adakah kerana Najib terhutang budi? soal Raja Bahrin@Ops 2 tidak mendapat kelulusan Kabinet dan rakyat Malaysia






Raja Bahrin Shah  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   


ULASAN l Kenyataan
Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, semasa menjawab soalan di
Parlimen semalam bahawa Malaysia terlibat dengan Operasi "Ops Yaman 2"
tanpa kelulusan kabinet amat mengejutkan.

Ia melibatkan operasi
logistik sementara "Ops Yaman 1" yang hanya melibatkan operasi evakuasi
kemanusiaan memindahkan rakyat Malaysia keluar dari Yaman dibawa ke
Kabinet.

Dua operasi Ops 1 yang merupakan operasi pemindahan
rakyat secara kemanusiaan, dan Ops 2 yang melibatkan pengangkutan alat
ketenteraan termasuk peluru dan bahan letupan- bom, untuk pasukan
Bersekutu Arab Saudi menyerang Yaman jauh berbeza.

Ops 2 tidak
mendapat kelulusan Kabinet dan rakyat Malaysia yang tidak tahu wajib
diberitahu kerana ia melibatkan pengangkutan alat serta bahan perang
yang boleh dan telah pun membunuh ramai rakyat awam Yaman.

Mengapa
Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein dan juga Najib Razak sebagai
perdana menteri, ketika itu, yang mustahil tidak tahu tentang hal ini,
menyembunyi perkara ini dari rakyat Malaysia dan kabinet isu ini?

Hampir
dua tahun saya menimbulkan persoalan di parlimen adakah tentera
Malaysia terlibat dengan sekutu Arab Saudi dalam operasi menyerang Yaman
di mana kerajaan menafikannya setiap kali saya bertanya.



Kenapakah menteri pertahanan dan perdana menteri menyembunyi dan tidak berterus terang dalam isu ini?

Adakah
perdana menteri terlalu terhutang budi kepada keluarga di Raja Arab
Saudi kerana derma lumayan yang beliau sendiri akui diberi kepada
beliau?

Berbagai bahan bukti saya bawa ke Parlimen termasuklah
laporan tebal yang disediakan untuk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu
(PBB) yang beberapa kali menyebut nama Malaysia dalam laporan tersebut.

Bukti pembabitan Malaysia
Laporan
mendakwa Malaysia bersama dengan negara Barat lain - Amerika Syarikat,
Britain, Perancis dan Arab Saudi terlibat di "command centre" untuk
perang Yaman di sebuah ibu pejabat operasi di Riyadh.

Laporan juga menyebut beberapa soalan telah diajukan kepada Malaysia bersama dengan negara lain yang terlibat perang Yaman.

Laporan
tersebut menyatakan “jenayah perang” mungkin telah berlaku kerana
banyak sasaran orang awam seperti sekolah, hospital, pasar awam dan
dewan orang ramai telah diserang dan dibom dengan kejam.

Perlu
diingat sebagai pembekal logistik kepada sekutu Arab Saudi, yang
termasuk peluru dan bahan letupan yang melibatkan bom, Malaysia terlibat
dan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat awam Yaman yang
tidak bersalah.



Seperti
pembekal dadah yang boleh dikenakan hukum mati, Malaysia sebagai
pembekal bahan pembunuhan seperti peluru dan bahan letupan-bom untuk
serangan Yaman, Malaysia juga memikul beban kesalahan serta dosa yang
besar oleh kerajaan BN dahulu.

Manakah suara lain di Parlimen yang
mendakwa pejuang Islam tentang isu Yaman selama ini? Adakah mereka
bersetuju dengan pendekatan kerajaan Najib juga dalam isu Yaman?

Basah dengan darah Islam Yaman
Tindakan
ini samalah seperti kita sering menuduh Amerika Syarikat membekal
senjata, peluru dan bom kepada Israel untuk membunuh rakyat awam Islam
Palestin. Kalau tangan Amerika basah dengan darah Islam Palestin, tangan
kerajaan BN pula basah dengan darah Islam Yaman yang tua dan juga
anak-anak sekolah.

Perbezaannya ialah rakyat Amerika tahu mereka
terlibat di Palestin tetapi rakyat Malaysia tidak tahu langsung kita
terlibat dan bersubahat besar dalam pembunuhan ribuan anak kecil dan
orang tua awam Islam di Yaman.

Bukan itu sahaja, serangan sekutu
Arab Saudi menyebabkan penyakit serius seperti kolera merebak luas di
Yaman melibatkan jutaan rakyat.

Kebuluran serius melibatkan jutaan rakyat juga berlaku di Yaman hari ini.

PBB telah mengumumkan ini adalah "famine" - kebuluran terbesar yang paling dahshat yang berlaku di dunia hari ini.



Kerajaan
Malaysia telah memanggil balik semua anggota tentera kita yang terlibat
dengan OPS 2 yang berada di Arab Saudi setelah Pakatan Harapan menjadi
kerajaan.

Malaysia patut membuat persediaan menghantar bantuan
kemanusiaan ke Yaman sebaik sahaja keadaan mengizinkan untuk membantu
dan menebus dosa kekejaman yang Malaysia telah bersubahat dan terlibat
melalui kerajaan terdahulu tanpa pengetahuan rakyat Malaysia.

Itulah
sekurang kurang yang patut kita lakukan bagi menebus kesilapan
pembabitan negara kita tampa pengetahuan dan restu rakyat semua.


RAJA BAHRIN SHAH ialah pemimpin Amanah, timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, juga senator dari Terengganu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Monday, December 3, 2018

TERKINI! Zaharin Tampil TEGUR ''Mana Ada Bangsa DAP Yang Ada Bangsa Mela...


 
Published on Dec 1, 2018

TERKINI! Zaharin Mohd Yasin Tampil TEGUR Isu Rusuhan Kuil Seafied, ICERD ''Mana Ada Bangsa DAP Yang Ada Bangsa Melayu, Cina & India''

Penolakan ICER : DMalaysia merupakan salah satu daripada dua negara Islam yang tidak meratifikasi ICERD.

Penolakan ICERD:

 Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara Islam yang tidak meratifikasi ICERD.

Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara Islam yang tidak
meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD).


Pada 23 Nov 2018, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD selepas beberapa minggu berlakunya demonstrasi.


ICERD yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
pada 1965 bertujuan menangani masalah perkauman, namun di Malaysia ia
dilihat sebagai satu ancaman terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
(Artikel 153) dan Islam.



Adakah anda warga cakna dan bermaklumat?


Selain ICERD, terdapat ahli politik yang menyatakan bahawa lima
konvenysen hak asasi manusia PBB lain yang masih tidak diratifikasi
Malaysia juga merupakan ancaman kepada negara.


Adakah anda setuju? Anda boleh membaca tentang lima konvensyen tersebut di bawah sebelum membuat keputusan.


Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa (CPED)  

 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil (ICCPR)

Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR)  

 Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka (ICMW)

Ahmad Maslan PANAS bila maszlee nak masukkan “Isu 1MDB, pemimpin BN meny...


 

Maszlee jamin isu 1MDB masuk sejarah Malaysia

Kow Gah Chie  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Menteri
Pendidikan Maszlee Malik mememberi jaminan skandal 1MDB akan dimasukkan
dalam sejarah Malaysia agar generasi masa depan tidak akan
mengulanginya.
"Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB
akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan
tidak akan mengulanginya.

"Begitu juga dengan jenayah besar yang
dilakukan ahli politik seperti menyamun (harta negara)," katanya di
Dewan Negara ketika sesi soal jawab hari ini.

Maszlee yang berucap bagi kementeriannya berkata demikian ketika menyentuh usaha mengkaji semula subjek Sejarah di sekolah.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Anggota
parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian sebagai mengulas
kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mengingatkan bahawa sejarah
buruk akan diulangi jika rakyat tidak tahu tentang sejarah.

"Jika
kita tidak tahu sejarah, maka berkemungkinan kita akan mengulangi
keburukan sejarah yang pernah dilalui, dan saya ingin tahu ada berapa
sekolah swasta di negara yang mengambil (subjek) Sejarah seperti 60
Sekolah Menengah Persendirian Cina.

"Apakah tajuk dan fakta sejarah yang menjadi kontroversi negara ini?" soal Ahmad.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...