Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, December 4, 2018

Mahkamah keluar waran tangkap Jho Low, 4 individu

Mahkamah keluar waran tangkap Jho Low, 4 individu:

  Lima pendakwaan pengubahan wang haram dikenakan terhadap ahli perniagaan itu.



Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilaporkan mengeluarkan waran tangkap
terhadap ahli perniagaan kontroversi yang menjadi buruan polis, Low
Taek Jho, atau Jho Low, dan empat individu lagi.

Empat individu itu ialah Eric Tan Kim Loong, 40, Tang Keng Chee, 53, Geh
Chong Heng, 47, yang ketiga-tiganya merupakan pegawai 1MDB dan seorang
wanita, Loo Ai Swan, 45, bekas peguam 1MDB.

Tengah hari tadi,
mahkamah membuat pendakwaan tanpa kehadiran (in absentia) terhadap lima
individu itu. Pendakwaan bagaimanapun tidak dibacakan di depan hakim.

Jho Low berdepan lima pendakwaan pengubahan wang haram berjumlah AS$1.03 bilion.

Dia
juga berdepan pertuduhan berasingan bersama Eric Tan Kim Loong yang
merupakan kenalannya, berhubung pengubahan wang haram melibatkan
AS$125.97 juta.

Melalui carian efiling mahkamah, Jho Low dan keempat-empat individu itu sepatutnya didakwa hari ini secara in absentia iaitu tanpa ketidakhadiran tertuduh, di empat Mahkamah Sesyen berasingan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...