Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, September 23, 2018

'Najib tak sepatutnya berpura-pura'

'Najib tak sepatutnya berpura-pura':

 ULASAN | Ketara sekali bekas PM itu gagal dalam ujian perakaunan kerana terkeliru untuk membezakan Kumpulan Wang Disatukan dan Akaun Hasil Disatukan.

Lim Guan Eng  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Datuk Seri Najib Razak
masih enggan menjelaskan sebab mengapa hanya ada RM450 juta dalam Akaun
Hasil Disatukan ditinggalkan BN kepada Pakatan Harapan pada 30 April
2018.


Ia adalah penyusutan sebanyak 96 peratus - atau RM11.41 bilion -
berbanding RM11.86 bilion yang ada dalam akaun itu pada 31 Dis 2017.


Najib pasti menganggap rakyat Malaysia mudah terperdaya untuk mempercayai dakwaannya bahawa:


  • Nilai ringgit ditentukan oleh harga minyak;
  • Beliau tidak tahu-menahu bahawa kerajaan terdahulu gagal memulangkan
    semula bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan cukai
    pendapatan sebanyak RM35.5 bilion kepada rakyat
  • GST ialah sistem pencukaian yang lebih baik dan kurang membebankan
    berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dalam aspek kenaikan
    harga
  • Kerajaan Persekutuan tidak akan berhadapan dengan krisis fiskal dan hutang lebih RM1 trilion.
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 telah membuktikan bahawa rakyat tidak
sanggup lagi ditipu dengan dakwaan bahawa 1MDB adalah satu syarikat yang
mampan dan bagus untuk negara walaupun kerajaan pusat terpaksa membayar
segala hutangnya yang berjumlah RM50 bilion.


Najib juga nampaknya menghadapi kesukaran untuk membezakan antara
Akaun Hasil Disatukan dan Kumpulan Wang Disatukan apabila mendakwa, pada
31 Dis 2017 Kerajaan Persekutuan mempunyai RM18.06 bilion untuk
dibelanjakan, dan bukan RM11.86 bilion seperti saya dedahkan.








Najib juga salah apabila menganggap bahawa jumlah wang dalam Kumpulan Wang Disatukan boleh digunakan.


Ketara sekali, Najib gagal dalam ujian perakaunan kerana keliru
dengan perbezaan Kumpulan Wang Disatukan dan Akaun Hasil Disatukan.


Mengikut undang-undang, kerajaan cuma boleh menggunakan Akaun Hasil Disatukan untuk perbelanjaan pengurusan.


Penyata belum diaudit


Akaun Hasil Disatukan mempunyai dana berjumlah RM11.86 bilion
sehingga 31 Dis 2017 namun ia merosot kepada RM450 juta pada 30 April
berikutan perbelanjaan berlebihan kerajaan untuk tempoh empat bulan
(dari Jan 2018 hingga April 2018).


Jelas, ini adalah perbelanjaan yang digunakan untuk cuba membantu BN memenangi PRU ke-14 yang lalu.


Najib juga mendakwa bahawa beliau bukan lagi menteri kewangan apabila
penyata kewangan bulanan untuk 30 Apr 2018 yang belum diaudit itu
disediakan.


Beliau juga mendakwa terkejut apabila mendapati kerajaan BN cuma
meninggalkan wang berjumlah RM450 juta (dalam Akaun Hasil Disatukan)
kepada kerajaan HARAPAN. Ini sama sekali tidak benar.


Najib tidak sepatutnya berpura-pura menjelaskan kedudukan fiskal
sebenar dengan menegaskan bahawa BN meninggalkan puluhan billion ringgit
kepada kerajaan HARAPAN sedangkan hakikatnya cuma ada RM450 juta saja.


Bayangkan, kerajaan HARAPAN hanya ada RM450 juta sahaja untuk dibelanjakan bagi membayar emolument (gaji) dan pencen sedangkan keperluan sebenar ialah lebih RM8 bilion sebulan.


Adakah Najib masih keliru untuk membezakan atau memahami apa
sebenarnya kandungan Hasil Akaun Disatukan walaupun beliau memegang
jawatan menteri kewangan selama 10 tahun?




Najib - tanpa usul periksa - mempersoalkan kesahihan penyata kewangan
Apr 2018 yang belum diaudit dan secara tidak langsung menuduh saya
memanipulasi angka-angka tersebut.


Sebagai bekas menteri kewangan, beliau sepatutnya arif bahawa penyata
kewangan bulanan Kerajaan Persekutuan disediakan secara berasingan oleh
Jabatan Akauntan Negara.


Beliau sepatutnya tidak mempersoalkan kredibiliti penyata kewangan bulanan tersebut.


Najib sekali lagi gagal untuk menyedari bahawa menteri kewangan masih
belum mengangkat sumpah apabila penyata kewangan bulanan untuk 30 Apr
2018 yang belum diaudit itu disediakan.


Najib sebaliknya harus menjelaskan mengapa terdapat penyusutan
sebanyak 96 peratus (atau RM11.41 bilion) dalam Akaun Hasil Disatukan
bagi tempoh antara 31 Dis 2017 hingga 30 April 2018, dan hanya
meninggalkan RM450 juta kepada kerajaan HARAPAN.



LIM GUAN ENG ialah menteri kewangan dan anggota parlimen Bagan.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...