Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, July 6, 2018

Zaharin Persoal Tabung Solidiriti Najib


 

Tabung bantuan guaman Najib kutip RM86,000

Diterbitkan  | 
Dikemaskini



Sejumlah RM86,282 telah dikumpulkan tabung bantuan guaman untuk bekas
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak setakat jam 9.30 pagi ini.


Ini meningkat daripada RM11,000 semalam.


Kutipan derma itu dilancar semalam oleh sekumpulan penyokong yang
diketuai oleh bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan
Rafii.


Katanya, derma itu sebagai tindak balas terhadap Najib yang tidak dapat membayar wang ikat jamin sepenuhnya.


Razlan dalam satu hantaran di twitter hari ini berkata, beliau
menerima banyak mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan khidmat pesanan
ringkas (SMS) tentang hasrat orang ramai untuk menyumbang sebagai
membalas jasa baik bekas perdana menteri itu.




“Lebih 1,000 WhatsApp dan SMS dihantar kepada saya dengan slip
sumbangan, semuanya mendoakan @NajibRazak cekal. Mereka semua ikhlas
menyumbang, ada yang menangis menelefon saya, Najib banyak bantu orang
kita kena bantu dia.


“Tuan penyumbang ini ada baki RM123 sahaja tapi menyumbang RM100
kepada @NajibRazak. Seikhlasnya rakyat terus menyayangi DS Najib
teruskan berjuang,” ciapnya.


Pada hari Rabu, Najib mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan
terhadap tiga tuduhan jenayah pecah amanah dan satu tuduhan
penyalahgunaan kuasa berkaitan transaksi yang melibatkan SRC
International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta.
Najib membayar RM500,000 dan akan membayar bakinya pada Isnin ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...