Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, July 27, 2018

Individu didakwa penulis 'surat CIA' mahu lapor polis, buat sidang media

 Rakyat kebanyakkan Amat duka cita tentang surat kerajaan BN kpd CIA. Jika ini palsu dakwaan harus dikenakan kpd penyebar surat ini. Jika surat ini benar, DS Najib harus bertanggungjawab. Bagi rakyat kalu surat itu merupakan rahsia kerajaan, memang patut UMNO/BN ditumbangkan krn meminta penaklukan baharu trhadap Malaysia.



Individu didakwa penulis 'surat CIA' mahu lapor polis, buat sidang media: Seperti yang dinasihatkan oleh peguam, kata bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (ME10).



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (ME10) Datuk
Hasanah Abdul Hamid akan membuat laporan polis berhubung dakwaan yang
menuduh beliau menulis surat yang dihantar kepada CIA menjelang pilihan
raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini.


Menurut Hasanah, tindakan itu diambil selepas mendapat nasihat peguamnya.


Bagaimanapun, berdasarkan laporan The Star Online yang memetik kenyataan Hasanah, tiada butiran tempat dan ketika laporan itu akan dibuat.


Hasanah juga memaklumkan beliau akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu.


"Saya juga akan mengadakan sidang media menjelaskan situasi sebenar," katanya dipetik sebagai berkata.


Butiran sdang media yang dimaksudkan itu juga tidak dinyatakan.


Hasanah berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang
mengaitkan beliau sebagai penulis surat yang dihantar kepada Pengarah
CIA, Gina Haspel.


Surat berkenaan menggambarkan Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin
progresif yang menyokong AS, manakala Dr Mahathir Mohamad digambarkan
sebagai "anti-Barat".


Ketika dihubungi Malaysiakini, Najib bagaimanapun menafikan
mengetahu kewujudan surat itu mahupun dakwaan memberi arahan kepada
Hasanah untuk menulis surat itu.


Menegaskan perkara itu semalam, bekas perdana menteri juga berkata perkara seumpama itu adalah rahsia kerajaan.


"Ini (surat) merupakan rahsia kerajaan. Jika kita dedahkan, bererti tak ada apa yang boleh dianggap rahsia kerajaan," katanya.


[Baca berita asal]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...