Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 21, 2018

‘Jangan banyak cakap...bayar balik wang rakyat!’ @ Jangan hina veteran kami, kerana veteran UMNO, pemimpin sekarang berkuasa

‘Jangan banyak cakap...bayar balik wang rakyat!’:

Bekas menteri itu menempelak ketua wanita Umno yang menyelar pemimpin veteran parti kerana lantang membidas kerajaan.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz
menempelak Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang menyelar
beberapa pemimpin veteran parti itu kerana begitu lantang membidas
kerajaan dan parti.


"Jangan banyak cakap... bayar balik setiap sen wang rakyat itu!” kata Rafidah kepada Malaysiakini.


Beliau merujuk laporan sebuah portal bahawa Perbadanan Feedlot
Kebangsaan (NFC) masih berhutang lebih RM248 juta kepada kerajaan
daripada RM250 juta pinjaman mudah yang diberikan.


Suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi
syarikat itu, manakala anak-anak mereka pula adalah pengarahnya.


Walau bagaimanapun, SPRM “membersihkan” Shahrizat daripada sebarang
pembabitan dalam pemberian kontrak itu dan pinjaman RM250 juta kepada
NFC.


Terdahulu hari ini, pada satu majlis di Lembah Pantai, Shahrizat menyelar veteran Umno kerana begitu lantang membidas kerajaan dan parti selepas meletak jawatan kabinet mereka.


 
Apa cete tentang LEMBU rugi berjuta2. Anak lembu banyak mati dalam kapal laut
Jadi jangan HINA veteran UMNO kami

Tanpa menyebut nama, Shahrizat turut membidas Rafidah.


“Tapi mereka ini, ada yang saya baca tu, pompuan (perempuan).


“Pun! Adoi! Masa pegang jawatan dia bergempak-gempak. Dia dah tak ada
jawatan, macam-macam pula fitnah dia nak buat,” kata Sharizat.


Rafidah menjawab dengan berkata tidak ada orang yang harus berfikir bahawa kerajaan dan pemimpinnya tidak boleh dikritik.


"(Ini) khususnya apabila isu berkaitan dengan skandal - seperti
skandal lembu - dan semua perkara yang menjadi pengetahuan umum di
seluruh dunia.


"Jangan beritahu saya 'sindrom burung unta' kini telah menjejaskan
semua mereka yang dikaitkan dengan PM, bahawa mereka benar-benar lali
dengan apa yang diperkatakan dunia?


"Hak demokratik saya untuk bercakap, dan menegakkan kebenaran," katanya.


Rafidah secara terbuka membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan Shahrizat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dan telah
mengisytiharkan sokongannya kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr
Mahathir Mohamad.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...