Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, November 13, 2017

Menteri: Dakwaan Trump Tak Benar

Menteri: Dakwaan Trump Malaysia 'penipu perdagangan' tak benar 



 

   

Kerajaan menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald
Trump yang Malaysia adalah salah satu "penipu perdagangan" sehingga
menyebabkan defisit perdagangan negara itu dengan Malaysia.




"Dakwaan presiden Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai salah satu 'penipu perdagangan' adalah tidak benar.




"Pentadbiran AS sehingga kini masih belum mengeluarkan hasil laporan
rasmi kepada umum mengenai defisit perdagangan AS dan rakan-rakan
dagangnya," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk
Seri Mustapa Mohamed.




Beliau menjawab soalan William Leong Jee Ken (Selayang-PKR) berhubung
langkah kerajaan untuk mempertahankan Malaysia daripada dakwaan
tersebut, yang didakwa menyebabkan defisit perdagangan berjumlah AS$50
bilion kepada AS.




Beberapa bulan lalu, Trump dalam satu kenyataan mendakwa Malaysia
merupakan salah sebuah daripada 16 negara "penipu perdagangan". Negara
Asia Tenggara yang turut menerima dakwaan sama adalah Indoensia dan
Thailand.




Mustapa berkata, statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya
mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$55 bilion dengan negara.




Katanya, Jabatan Perdagangan dan Pejabat Wakil Perdagangan AS telah
menyediakan laporan berhubung perkara itu dan dihantar ke Rumah Putih
pada 29 Jun lalu.




Beliau berkata, penjelasan juga diberikan ketika kunjungan delegasi Malaysia ke Rumah Putih pada September lalu.




"Saya dan perdana menteri menerangkan perbezaan data (defisit)
disebabkan AS mengambil kira import melalui pihak ketiga. Misalnya
barangan elektrik dan elektronik yang dieksport ke sana melalui
Singapura dikira sebagai import dari Malaysia, bukannya Singapura,"
katanya




Katanya lagi, kaedah pengiraan jumlah eksport juga berbeza untuk
kedua-dua negara, dengan Malaysia tidak mengambilkira kos perkapalan dan
insurans manakala AS memasukkan semua kos yang terlibat.




Mustapa berkata, Malaysia komited dengan perdagangan bebas dan tidak
memanipulasi mata wang mahu pun memberi sebarang bantuan yang menyalahi
undang-undang antarabangsa.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/401746#27Vhjui7doPj31Hz.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...