Akhirnya Azalina Kata Tak Cukup Masa Untuk RUU 355
Akhirnya Azalina Kata Tak Cukup Masa Untuk RUU Hadi...:
Laporan berkaitan..
Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU)
persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi
hal ehwal Parlimen.
Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya
mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi
urusan kerajaan perlu didahulukan.
“Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai,” katanya lapor Sin Chew Daily.
Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.
“Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama
ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen,” katanya.
Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November.
Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan
kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan
untuk urusan lain.
Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk
membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah
mahkamah syariah.
Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan,
RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan
ia untuk dibahaskan.
RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965
bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman
yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati
lapor FMT
No comments:
Post a Comment