Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, March 1, 2016

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO SERA MERTA DS NAJIB TIDAK TERJEJAS



Saya merasakan cukup malu dengan apa yang terjadi dengan UMNO

Sungguhpun orang kata saya tinggalkan kerana anak saya, tetapi itu bukanlah penyebabnya.

Saya merasa bangga akhirnya saya tinggalkan UMNO.

Hanya penyokong Najib sahaja yang berpeluang di dalam pasukannya.

Saya merasa putus asa dgn parti Najib.

Tanya tentang parti baru, tidak jawapan Tun

Saya akan memastikan Najib tidak akan menjadi PM kali ini.

Saya tidak pasti ada ahli parlimen akan tidak bersetuju dengan Najib kerana mereka dalam ketakutan.

Berkenaan TSMY, ini adalah tindakan awal untuk membuang TSMY.

Keputusan meninggalkan UMNO turut disertai Tun Siti Hasmah.

Pertemuan Tun bersama wakil pembangkang hanya berfokuskan kepada isu menurunkan Najib sebagai PM.

Tiada hal lain dibincangkan.

Keputusan untuk tinggalkan UMNO tidak dibincang dengan sesiapa.

Berkenaan rally, Tun akan sertai acara tersebut jika dijemput.

PC berakhir pada jam 4:55pm 


Separuh ahli UMNO akan keluar parti
 
PETALING JAYA: Separuh daripada tiga juta ahli UMNO didakwa akan meninggalkan parti itu bagi mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anina Saadudin berkata, tindakan itu kerana ahli UMNO sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu sebaliknya ia menjadi parti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

 “UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja. Ia parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja.

“Lebih tiga juta ahli UMNO. Saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Malah saya percaya akan ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti.

“Malah secara peribadi saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib hari ini.

Mengulas lajut Anina berkata, buat masa ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, sebaliknya akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO yang sebenar.

“Kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti kerana roh perjuangan kami adalah UMNO yang tulen. UMNO kini parti Najib ia bukan lagi UMNO yang tulen.

Malah kami juga tidak berhasrat menubuhkan parti baharu,” katanya yang dipecat UMNO. –

 Mahathir, Siti Hasmah keluar Umno dalam protes

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu. Mahathir berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana sayangkan negara ini. Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.

Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang. Baru-baru ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib.

Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International. Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu.


Bekas Perdana Menteri paling lama, Tun Mahathir Mohamad hari ini membuat keputusan yang mengejutkan iaitu sekali lagi keluar daripada UMNO sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Najib Razak.

Katanya, beliau terpaksa keluar UMNO kerana parti itu kini hanya digunakan untuk mempertahankan presidennya sahaja.

UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang dulu, saya tidak boleh lagi jadi ahli parti yang begini, kata Tun Mahathir lagi.

Pada 2008 lalu, Tun Mahathir juga meninggalkan UMNO sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang ketika itu sarat dibelenggu dengan masalah dan karenah  "budak-budak tingkat 4" dalam pentadbiran kerajaan.

Berikutan tindakannya itu, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum kemudiannya dan Tun Abdullah akhirnya setuju untuk berundur pada 2009. 

Sebaik saja Najib mengambil alih kelimpinan negara, Tun Mahathir turut kembali menyertai UMNO semula.

Selepas berbulan-bulan menekan dan mengasak Najib berundur berikutan isu skandal kewangan yang melibatkan dirinya, keluarnya Tun Mahathir daripada UMNO kali ini tidak lain sebagai  isyarat bahawa beliau tidak lagi mahu menggunakan saluran parti itu dalam usahanya menyingkirkan Perdana Menteri.

Tun Mahathir melalui tindakannya ini dengan jelas mahukan UMNO dikalah dan ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang yang akan diadakan kira-kira dua tahun daripada sekarang.

Sudah tentu dalam tempoh mulai sekarang hingga tarikh pilihanraya yang dijangka diadakan pada 2018 nanti, beliau akan terus bekerja kerja menjelalah ke seluruh negara bagi memastikan matlamatnya itu tercapai.

Secara langsung juga, Tun Mahathir sebenarnya mahu membuktikan siapa yang lebih diterima rakyat, sama ada dirinya atau pun Najib.

Maka, Najib seharusnya jangan mengalah dan teruslah memimpin UMNO dan negara sehingga keputusan pilihanraya diumumkan agar apabila tumbangnya UMNO dan BN nanti, namanya akan tercatat dalam sejarah sebagai punca runtuhnya sebuah kerajaan serta bakal menjadi sebutan anak cucu sehingga hari kiamat.

Oleh itu, siapa yang akan mengikut Tun Mahathir keluar UMNO tidaklah penting kerana yang jauh lebih mustahak ialah berapa ramai di kalangan rakyat dan pengundi yang sedia bersama-sama beliau dalam memastikan UMNO dan BN dapat dikalahkan dalam pilihanraya nanti.

Jika semasa beliau keluar UMNO pada kali pertama, keputusan pilihanraya merudum daripada 198 kerusi pada 2004 kepada 140 kerusi pada pilihanraya 2008, berbekalkan 133 kerusi pada 2013 lalu, berapakah yang tinggal pada 2018 nanti?

Di tangan rakyat dalam pilihanraya 2018 nantilah kata putus sama ada kerosakan yang sedang berlaku sekarang mahu terus dikekalkan atau dipulihkan secara total melalui pembentukan sebuah kerajaan baru. (SH 29/02/2016). 


Separuh ahli UMNO akan keluar parti – Anina Faiz Zainudin anina-umnoh PETALING JAYA: Separuh daripada tiga juta ahli UMNO didakwa akan meninggalkan parti itu bagi mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Anina Saadudin berkata, tindakan itu kerana ahli UMNO sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu sebaliknya ia menjadi parti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata. “UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja. Ia parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja. “Lebih tiga juta ahli UMNO. Saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Malah saya percaya akan ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti. “Malah secara peribadi saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti,” katanya kepada FMT. Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib hari ini. Mengulas lajut Anina berkata, buat masa ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, sebaliknya akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO yang sebenar. “Kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti kerana roh perjuangan kami adalah UMNO yang tulen. UMNO kini parti Najib ia bukan lagi UMNO yang tulen. Malah kami juga tidak berhasrat menubuhkan parti baharu,” katanya yang dipecat UMNO. -fmt- --------------------------- Mahathir, Siti Hasmah keluar Umno dalam protes Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya. “Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu. Mahathir berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana sayangkan negara ini. Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur. Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang. Baru-baru ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib. Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International. Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...