
Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013
yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada
mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana
sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang
kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu
tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga
kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.

Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan
14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu
Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP
termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil
Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.
Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu
besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana
di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52
orang wakil PR berbangsa Cina dan India.
Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak
mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu
apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah
pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang
berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan
sokongan.
Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para
pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan
akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti
yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang
untuk kepuasan si abang besar DAP.

PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang
cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang,
hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu
Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga
tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara
ini.
No comments:
Post a Comment