SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata
Penolong Setiausaha 1 Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som tidak sepatutnya
menyamakan Nabi dalam apa perkara.Khairul Fahmi sebelum ini dilaporkan
berkata Nabi Muhammad SAW akan turut dilibatkan dalam video seks yang
didalangi Umno, menerusi laman twitternya, 27 Mac lalu."Menyamakan
sesuatu dengan Nabi Muhammad SAW adalah tidak patut sama sekali."Kalau
saya masih berada dalam kepimpinan PAS, saya akan pastikan Kahirul Fahmi
dipanggil untuk beri keterangan kerana ini soal serius iaitu berkaitan
dengan akidah, perjuangan parti Islam dan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13)," kata Hasan.

Sementara
itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menasihatkan
Khairul Fahmi agar bertaubat nasuha kerana tindakan keterlaluannya yang
dianggap menghina Nabi.
Menurutnya, Nabi adalah istimewa dan tidak boleh dibuat perbandingan
kerana Baginda seorang yang maksumiaitu terpelihara daripada segala
dosa.
"Seseorang yang soleh berakhlak mulia, terpuji pasti cukup takut untuk membuat kenyataan seumpama itu.
"Mereka harus menjaga tutur kata, perbuatan dan tulisan mereka," katanya.
Perbuatan Kahirul Fahmi itu boleh dikategorikan sebagai fasik, kata Noh
gadut lagi.Dalam pada itu Khairul Fahmi mengaku menaikkan status itu dan
berkata mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau berbuat
sedemikian."Itu kenyataan saya sendiri. Akaun saya tidak
diceroboh."tunggu saja nanti, sekarang saya tidak mahu cakap apa-apa
lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada
sebab," ujarnya.Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib
berkata perumpamaan yang diberikan Kahirul Fahmi itu tidak sesuai.
Beliau berkata kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno
yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.“Benda ini
(video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya.
Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa
teruknya Umno.
“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno
wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,”
katanya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaslasamualaikum. org yg bijak mampu menilai kenyataan..bg kurg bijak mcm2 alasan dn kenyataan. tp ape sy pekatekan kpd dto nor.sbenarnye die yg plu bertaubat nasuha jng nk menindas ank yatim,jng gune kuase yg ad sewenang2nye menindas org lain. igatlah usia makin hampir.. allah swt itu maha adil.
ReplyDelete