VIDEO ZUL NORDIN BUAT SERANGAN BALAS
WAJIB TONTON: VIDEO ZUL NORDIN BUAT SERANGAN BALAS
20120616 Zul Noordin diserang di Taman Medan.avi
20120616 Sebab Zul Noordin diserang di Taman Medan.avi
20120616 Kalimah Allah isu Akidah bukan isu bahasa.avi
Kecoh Debat Rakyat, Zulkifli Noordin Di Serbu Penduduk 14/6/2012
Pengikut Pas Terdesak - Zulkifli Nordin
KUALA LUMPUR, 19 Jun - Apakah ini demokrasi Islam.... Mungkin Pas boleh
jawab. Apakah ini demokrasi tulen yang diperjuangkan PKR dan apakah
ini demokrasi ala-ala DAP?
Pertanyaan ini mungkin boleh
dirungkaikan oleh parti pembangkang berhubung kekecohan yang berlaku
ketika Ahli Parlimen Kuli Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin
mengadakan ceramah di Kg Medan, Petaling Jaya Utara baru-baru ini.
Bagi
Zulkifli Noordin, apa yang diungkapkan semasa ceramah berkenaan adalah
berhubung kait dengan kebenaran dan bukannya kepalsuan semata-mata.
"Mereka
(penyokong Pas) tahu apa yang mereka buat ini salah, menjual kalimah
Allah, gadai anak bini dalam politik, buat sumpah talak tiga, sanggup
cerai isteri disebabkan parti, sanggup menukar perjuangan dari Negara
Islam kepada Negara berkebajikan, bila ditanya kebajikan macam mana
sedangkan kebajikan Memali yang kononnya mati syuhada ini pun tidak
dijaga, sebab tu mereka tak boleh jawab.
"Sekarang ini mereka nak
tukar pula Islam sebagai Ad-Din, Islam cara hidup. Saya persoalkan cara
hidup Islam, semua orang nak. Tapi saya tanya soalan mudah, cara hidup
Islam macam mana yang kamu (Pas) gunakan untuk pecat Hassan Ali?.
"Tak
bagi tunjuk sebab, tak bagi peluang bela diri, tak bagi pertahan diri,
tak panggil mesyuarat, tahu-tahu sahaja Hassan Ali telah dipecat. Apa
dosa Hassan Ali? Di mana bukti nak jadikan Islam sebagai Ad-Din?,"
ujarnya mengulas tindakan segelintir penyokong Pas yang telah cuba
menyerangnya di Kg Medan baru-baru ini.
Dalam masa yang sama,
beliau turut mempersoalkan penyakit pluralism yang semakin menular dalam
pakatan, dibawa oleh Anwar Ibrahim, menyamakan semua agama. Kesan
kepada pluralism ini, dan kesan yang boleh dilihat di Indonesia.
"Di
Indonesia, banyak orang yang tak tahu bahawa perbuatan liwat dan
hubungan lesbian dibenarkan. Di sana, homoseks dan lesbian adalah
perbuatan seks yang tidak dihalang. Dibenarkan oleh undang-undang, ianya
bukan satu perlakuan jenayah. Saya beritahu mereka kesannya.
"Kesan
terbesar Anwar Ibrahim. Bila ditanya kepadanya mengenai undang-undang
liwat, dia kata akan mansuhkan, ini undang-undang lapuk. Wall Street
Journal tanya padanya, apa pendiriannya terhadap mereka yang melakukan
hubungan seks bebas, homoseksual dan lesbian, dia kata bukan kerja dia
tangkap orang yang melakukan homoseksual dan lesbian ini," tambahnya.
Dalam
masa yang sama, jelas beliau rakyat boleh lihat sendiri perbuatan ini
berlaku dalam pakatan bagaimana Ustaz boleh beri kaunseling kepada
isteri orang pada jam 3 pagi, boleh makan aiskrim dalam jamban malah isu
Anwar sendiri sudah terpampang video satu dunia.
"Ini bukti
bahaya fahaman pluralism yang sudah menular ke dalam pakatan dan sudah
meracuni Pas. Jadi Pas sudah diresapi parasit-parasit ini.
"Saya
kata kenapa ahli Pas tak bangkit, bukan suruh pertahankan UMNO, bukan
suruh bersama dengan UMNO tetapi mempertahankan parti sendiri yang sudah
hancur yang disebabkan oleh parasit-parasit ini. Ini yang mereka tak
tahan ini. Benda tu benda fakta, bukan saya cakap benda yang teori,"
ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Lagi http://umno-online.com/?p=62909
No comments:
Post a Comment