KAMPUS : Agenda Menghasut Membenci Kerajaan Tak Dapat Sambutan !!! Kerusi Lebih Banyak daripada Penonton !!! Kebebasan Akademik Dah Luput ?!!!
Program : Gelombang Ke-2 Tsunami 8 Mac - Benarkah Kebangkitan di Tangan Anak Muda?
Lokasi : Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
Tarikh : 8 Mac 2012 (mengambil sempena tarikh Pru 12 dan tsunami politik negara)
Panelis :
1. Syukri Razab (pengerusi SMM)
2. Safwan Anang (Ydp PMI UM)
3. Fahmi Samsudin (Presiden PKPMI)
4. Rohayu Rusli (Pengerusi Sinergi Gerakan Mahasiswa SIGMA)
5. Adam Adli (koordinator LMP)
6. Masturah A Bakar (koordinator Sister In Movement)
Fahmi berucap tentang keperluan anak muda bangkit dengan mencontohi apa yg berlaku di Timur Tengah..Ucapannya biasa saja, berapi-api dgn menuduh kerajaan sekarang zalim. Jika DS Najib membawa agenda transformasi dan Anwar Berahim bawa agenda reformasi, maka mahasiswa perlu bwk agenda pembebasan melalui 9 tuntutan dlm Malaysia Bangkit. Walaupun nampak agenda pembebasan itu langsung tiada kaitan dengan reformasi idealis Anwar tetapi inilah matlamat mereka untuk merobohkan keamanan yang ada sekarang ini. Bagi mereka, Malaysia ini tidak aman tetapi bagi masyarakat lain semuanya selamat..
Panelis lain bercakap kebanyakannya menyentuh mengenai kerajaan yg zalim dan menindas rakyat. Apa yang mereka ingin sampaikan ialah cubaan menghasut supaya membenci kerajaan sedia ada. Malaysia bangkit mahu supaya anak muda menjadi agen perubahan dalam politik negara kerana kerajaan hari ni tak dengar suara anak muda. Agenda Kebebasan Akademik tak nampak hasil terus anjurkan pula Malaysia Bangkit...akhirnya mereka mengaku bahawa mereka membawa suara POLITIK..bagus!!!
Idealis yang mereka bawa ini hanya pembangkang Pakatan sahaja yang setuju. ASPIRASI tetap pada landasan dengan misi AMAN KAMPUS. ASPIRASI hanya anjurkan AMAN KAMPUS yang boleh dikatakan sempurna dengan mendekati masyarakat, anak muda dan akan datang mahasiswa..Akhir sekali suara Anak Muda (Aman Kampus) akan dibawa kepada Perdana Menteri. Untuk Makluman semua, Aman Kampus bakal masuk ke Fasa 2 yang mana akan ke IPTA dan IPTS yang telah ditetapkan. Berbalik kepada ceramah budak-budak Malaysia Bangkit, walaupun cuba menunjukkan mereka berkecuali, tetapi ucapan yang disampaikan jelas condong kepada pembangkang.
Masturah misalnya mengajak anak muda menukar kerajaan sekarang dalam PRU nanti dengan pemimpin yang lebih adil. Mastura tidak menyatakan takrifan ADIL dari kaca matanya.. Hendak juga HE dengar siapa ikon ADIL tu...
cepat KIRA !!! gambar semasa program berlangsung.... |
Audien yang hadir adalah seramai lebih kurang 4,034 orang..Pengunjung Perempuan hasil amatan rakan HE seramai 2,014 orang yang berada di dalam dewan dari awal hingga habis program..lelaki lebih kurang kurang 2,020 orang saja termasuk rakan HE.. Ada juga penyertaan dari orang dewasa dan aktivis politik (tak dpt dikenal pasti, datang dengan kereta mewah dan sekejap saja).
Secara keseluruhan, pogram ni tidak mendapat sambutan, sangat biasa dan bersifat syok sendiri kerana yang hadir hanya muka2 yang sama saja..sengaja HE publishkan hal ni kerana kesian program mereka tak dapat sambutan...
BUKTI MEREKA BERKECUALI..DEPAN BAJU PUTIH...BELAKANG ADA BENDERA PAS !!! |
ALAHAI....
Muka yang sama sahaja....
Logo Malaysia Bangkit...Warna Biru Muda, Putih dan Merah macam warna Bendera PKR... |
HE : petang semalam, budak-budak Malaysia Bangkit ni konvoi di UKM dengan bersiar-siar dari kolej ke kolej untuk buat Speaker Corner tetapi sayangnya mahasiswa UKM lebih matang dengan mengabaikan kehadiran mereka...rata-rata yang hadir hanya muka-muka itu juga..di sini HE nak ambil kesempatan untuk menerangkan berkaitan isu duit PTPTN yang kononnya LESAP RM 500 sedang hangat diperkatakan tu sebenarnya ialah pemotongan daripada sejumlah wang RM1,500.00 yang telah diberikan kepada Mahasiswa semasa mula-mula masuk dulu...mereka sengaja menaikkan isu ini seolah-olah kerajaan Barisan Nasional terdesak nak PAU duit rakyat!!!setiap Jbtn Bendahari IPT telah dipertanggungjawabkan untuk menjelaskan kepada Penuntut2 mereka..hanya mahasiswa ROBOT dan LESU sahaja yang tak tahu...
No comments:
Post a Comment