Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, December 11, 2011

Pengarah Besar Felda khianati Perdana Menteri ???

Pengarah Besar Felda khianati Perdana Menteri ???




Pada mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan FELDA 28 Oktober 2011 di Kuala Lumpur yang telah dibuka oleh Pengerusi KPF Dato’ Dzulkifli Wahab, empat ahli telah di’gugur’kan iaitu Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, Mantan Pengerusi FELDA Tan Sri Dr Yusoff Nor, Presiden FELDA Global Ventures dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad dan Mantan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Mohd. Bakke Salleh.

Ini bermakna, Lembaga Pengarah KPF bawah Pengerusinya Dzulkifli telah mengagalkan rancangan asal Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memberikan hasil dari keuntungan semua perniagaan Kumpulan FELDA terus kepada peneroka melalui pelaburan KPF yang akan diaggregatkan di bawah FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan diapungkan di Bursa Malaysia seawal April 2012. Sebahagian dari rancangan itu ialah melantik Pengerusi FELDA Isa sebagai Pengerusi KPF dan seterusnya menjadi Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings apabila KPF akan memegang 35% dari pegagangan FGVH.

Kemesraan antara Pengarah Besar FELDA dengan Pengerusi FELDA memberikan illustrasi kesefahaman dan kerjasama erat antara pembuat dasar dan pelaksana

KPF telah memaklumkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan surat bertarikh 31 Oktober bahawa Isa dan tiga lain itu di’gugur’kan dari keahlian KPF mereka pada mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 28 Oktober. Ini bermakna Isa secara automatiknya tidak akan boleh dilantik sebagai Pengerusi KPF walaupun dengan kuasa kuasa khas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna bawah pengecualian Seksyen 87 Akta Koperasi 1993.Dipercayai Dzulkifli yang juga Pengarah Besar Lembaga FELDA mahu kekal sebagai Pengerusi KPF atas kepentingan peribadi. Beliau dalam kapasiti Pengerusi FELDA menduduki Lembaga Pengarah 34 buah syarikat Kumpulan FELDA termasuk anak syarikat KPF dan dibayar RM 600,000 sebagai yuran pengarah dan gaji dan elaun mesyuarat hampir RM 100,000 setahun, disamping gaji sebagai Pegawai Kerajaaan Staff 1. Ini bermakna, beliau meraih hampir RM 1 juta dari kedudukan ini dan ini tidak termasuk kepentingan lain seperti motorkar, perjalanan luar negara yang berbayar dan sebagainya.

Duzlkifli jelas telah berdusta kepada wakil wakil peneroka dalam siri ‘Road Show’ bersama Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Urusan FELDA Holdings Bhd. Dato’ Seri Sabri Ahmad di Kuantan (26 Oktober), Kuala Terengganu (27 Oktober), Melaka (29 Oktober), Trolak (31 Oktober) dan akhir sekali di Kuala Pilah pada 12 November bahwa beliau amat menyokong penuh plan penyenaraian FGVH. Ini termasuk akur kepada keputusan Lembaga FELDA agar arahan Perdana Menteri bahawa jawatan Pengerusi KPF dilepaskan dan Isa dilantik, sebagai menepati program ‘peralihan kuasa’ dan menentukan urus tadbir korporat sebagai gerak-kerja pra-penyenaraian.


Pengarah Besar Lembaga FELDA Dato' Seri Dzulkifli Wahab, Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad dan CEO FGVH Dato' Seri Sabri Ahmad semasa sidang media.

Lembaga FELDA dalam mesyuarat pada 25 Ogos memutuskan agar Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi KPF. Ini adalah arahan Perdana Menteri, yang juga Menteri yang bertanggung jawab keatas FELDA.

Dalam ucapan di Kuala Pilah juga beliau menegaskan “Tiada ‘rampasan kuasa’ berlaku” dan “Menjadi tanggung jawab saya untuk mempercepatkan proses (penyenaraian FGVH termasuk ‘peralihan kuasa’ Pengerusi KPF)”. Namun apa yang sebenarnya berlaku ialah beliau mengkhianati amanah dan janji kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings, yang mahukan semua perniagaan Kumpulan FELDA diaggregatkan sekali untuk diapungkan dan apa apa kebaikan termasuk keuntungan dari syarikat konglomerat berasaskan pertanian ini disalurkan kepada 112,635 melalui pegangan 35% kepentingan mereka dalam FGVH.


The Icon, Jalan Tun Razak

Difahamkan, Dzulkifli bukan sahaja mempertahankan kedudukan imbuhan yang beliau dapat secara langsung sebagai ahli Lembaga Pengarah 34 syarikat Kumpulan FELDA itu semata mata. Ada kemungkinan beliau mempertahankan apa apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga KPF, yang sebenarnya tidak menguntungkan KPF pada jangkamasa panjang. Ini termasuk pelaburan KPF dalam menara The Icon di Jalan Tun Razak, yang difahamkan bernilai RM 400 juta untuk keluasan 500,000 kaki persegi dalam bangunan pejabat yang rata rata kosong itu.

Mereka yang membuat keputusan untuk pelaburan ini bukanlah mereka yang arif dalam perniagaan. Jauh lagi, jika ianya melibatkan pelaburan hartanah bernilai tinggi, terutama dalam kawasan mewah dan kommersial. Tidak dinafikan mungkin ada pihak yang berkepentingan meraih keuntungan peribadi dari pelaburan ini, terutama apabila sudah terbukti ianya amat sukar untuk dipasarkan sebagai ruang untuk disewa.

Siri penerangan pegawai pegawai Lembaga FELDA sebenarnya patut menerangkan dengan jelas kepada warga FELDA terutama peneroka:

1. Tanah milik peneroka tidak terjejas dalam penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Hanya tanah FELDA Plantations yang akan dipajak (dengan persetujuan Kerajaan Kerajaan Negeri tertentu)

2. Nilai pegangan KPF dalam FGV bernilai 15% dari nilai aggregat keseluruhan penyatuan FELDA Holdings Bhd dan FELDA Global Ventures, pra-penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings. Selepas penyenaraian, KPF akan mendapat pegangan nilai 35% dari keseluruhan asset FELDA Global Ventures Holdings yanga kan di’bebas-kunci’kan (unlocked value)

3. Yang akan diapungkan hanyalah saham saham FGVH. Manakala KPF hanyalah pelabur pemegang terbesar dalam FGVH. Ianya sama seperti ASNB merupakan pemegang saham terbesar dalam Maybank atau Sime Darby dimana syarikat gergasi ini diapung dalam Bursa Malaysia dan diuruskan oleh pengurus professional dan dikenakan urus tadbir korporat, sesuai dengan kehendak dan amalan pasaran. Saham syer KPF hanyalah boleh dibeli sebagaimana disyaratkan oleh piagam koperasi itu dan tertakluk bawah Akta Koperasi

4. Lembaga FELDA sebagai agensi Kerajaan Persekutuan dalam agenda membangun sosio ekonomi dan kommuniti masyarakat tanah rancangan FELDA dan fasilitator dan ko-ordinator segala projek dalam semua 317 tanah rancangan dibawah FELDA akan kekal diteruskan, sebagaimana 55 tahun sebelum ini.

Kegagalan memberikan penerangan ini secara jelas sehinggga masyarakat FELDA terkeliru dan merasa tertipu dan marah atas gerak-kerja penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings sehingga Laporan Polis dibuat, wajar dilihat sebagai tindakan secara langsung segelintir pegawai Lembaga FELDA untuk mensabotaj rancangan strategik Perdana Menteri bagi menentukan masyarakat FELDA akan beroleh keuntungan berterusan jangka panjang, melalui pelaburan yang progressif KPF dalam FGVH.

Bagi masyarakat peneroka, mereka wajar merasakan diri mereka dikhianati.


*** Artikel ini adalah di "copy paste" sepenuhnya dari bigdotdotcom
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...