WAHABI: SUDAH-SUDAH LA TU.....
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mengambil langkah susulan berhubung idea agar berdialog mengenai polemik Wahabi dengan mempelawa pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady agar bertandang ke Perlis semasa Ramadan bagi menjernihkan isu “kesesatan Saudi.” MInsider
Cukup-cukuplah dengan isu Wahabi ni. MKN pun dah keluar kenyataan, tiada siapa tuduh siapa dan tiada siapapun yang kena label, apatah lagi dicop. Seharusnya cerdik pandai agama bertindaklah dengan berhemah. Tak perlu membincangkan isu remeh temeh ni dikhalayak umum hanya untuk menunjukkan siapa benar, siapa salah. Dari keseluruhan umat Islam di Malaysia ini, berapa kerat yang benar-benar tahu dan faham akan hal-hal yang bersangkutan dengan Mazhab ini?

Selaku bijak pandai, anda akan menjadi lebih bijak lagi jika mengajak umat Islam bersatu dengan mencari persamaan bukannya memecahbelahkan mereka dengan mencari perbezaan. Rasanya dalam isu permazhaban ini, sekiranya benar ingin mengukuhkan umat Islam, dalam apa jua keadaan, lebih banyak persamaan dari perbezaan. Jangan sampai orang yang jahil agama akan bertanya apakah nawaitu sebenar ilmuan Islam ini?
No comments:
Post a Comment