Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 10, 2016

Khairi Jamaluddin (KJ) 'Sokongan tak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO'




Pendedahan menarik Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir tentang Khairi Jamaluddin (KJ) yang menyatakan 'Sokongan tak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO' baru-baru ini dalam perhimpunan agung UMNO 2016.

Dato' Seri mendedahkan bahawa dalam pertemuan beliau dengan KJ yang berlaku tahun lalu secara sulit, KJ akui langsung tidak percaya dengan alasan yang telah diberikan Najib Razak berkenaan skandal 1MDB dan derma RM 2.6bilion yang dilihat memperbodohkan rakyat.

KJ sendiri dalam pertemuan tersebut akui akan meletakkan jawatan kerana tidak tahan untuk membela seorang pemimpin yang dia tahu salah guna kuasa. Malahan dari maklumat yang diterima Dato' Seri bahawa KJ telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Najib. Namun Najib telah menggunakan Zahid Hamidi untuk memujuk KJ menarik kembali surat perletakkan jawatan tersebut.

Apakah pemimpin yang hipokrit seperti KJ orang UMNO nak percaya ?

sumber

Friday, December 9, 2016

PM DS Najib dan 'hipster' naik MRT

Najib dan 'hipster' naik MRT:  
Antara yang bersama wakil web 'hipster' seperti PenMerahdotcom, BeautifulNara dan TheVocket.
 http://mk-cdn.mkini.net/1066/caf1e955ba0d7c85e4cc9d0804a02511.jpg 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa beberapa “rakan atas talian” beliau mencuba kereta api besar MRT, seminggu sebelum dibuka pada 16 Disember depan.

Mereka naik di stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara untuk meninjau projek itu sebelum fasa pertama laluan Sungai Buloh-Kajang (dari Sungai Buloh ke Semantan) dibuka Jumaat depan.

 https://s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/nr-www/wp-content/uploads/2016/12/MRT-pic-1-598x399.jpeg 
Antara yang bersama beliau adalah wakil daripada web-web 'hipster' seperti PenMerahdotcom, BeautifulNara dan TheVocket.
Turut menyertai mereka pengacara radio HotFM, 'jugambar Instagram' serta sertai pemimpin pelajar.
“Sepanjang perjalanan, kami sempat bersembang santai mengenai hala tuju pengangkutan awam negara, terutamanya kesan dan impak besar yang akan dibawa oleh MRT kepada negara, dan lebih penting lagi kepada gaya hidup rakyat semuanya,” katanya.
Dalam blognya hari ini, beliau berkata, MRT akan menambah baik kesalinghubungan, apatah lagi bila bas pengantara disediakan di setiap stesen MRT.
“Lebih daripada itu, MRT juga akan melengkapi kemudahan pengangkutan awam sedia ada dan memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi sepertimana yang kita impikan.

“Saya tak sabar menanti 16 Disember ini untuk anda semua dapat merasai sendiri masa depan pengangkutan awam negara.
“Jom naik MRT!” katanya.


PM: Malaysia menuju pembangunan lestari

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia kini sedang menuju pembangunan yang lestari.
Ia kerana katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) mengiktiraf kepentingan memelihara sumber asli dan negara kini menunjukkan komitmen jangka panjangnya.
"Saya percaya bahawa kami telah mengambil langkah-langkah penting dan jalan yang benar untuk membangunkan kepakaran global.
“Ia perlu untuk menggerakkan Malaysia dan Asia ke hadapan dalam pembangunan lestari, untuk melindungi dan memelihara planet ini.

"RMK-11 ini turut mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkasakan kehidupan rakyat, memberikan jati diri dan dan meningkatkan potensi semua untuk berkongsi faedah daripada kemakmuran negara kita.
“(Selain itu) untuk mewujudkan negara yang inklusif dan alam sekitar yang mapan dengan ekonomi maju menjelang tahun 2020,” kata Najib dalam ucapannya ketika merasmikan Pusat Pembangunan Lestari Jeffrey Sachs di Universiti Sunway, Selangor.
Jelasnya, pihaknya turut menyedari kepentingan memelihara sumber semula jadi untuk generasi akan datang dari bencana alam, justeru RMK11 menekankan strategi pertumbuhan hijau.
"Ia melambangkan komitmen Malaysia terhadap alam sekitar yang sihat dan kemampuan jangka panjang," katanya.
Pusat Pembangunan Lestari Jeffrey Sachs yang ditubuhkan turut menjalinkan kerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan menjadi hab serantau di Asia Tenggara untuk mendalami pengetahuan teknikal dalam bidang pembangunan yang lestari.

 


Anis Syafiqah bersalah @ Satu Pengajaran Erti Pengorbanan

Tangkap MO1: UM putuskan Anis Syafiqah bersalah
 Hukuman terhadap aktivis itu akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
Dec 8, 2016
Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN), Anis Syafiqah Md Yusof berkata beliau akan membuat perkara-perkara yang bermanfaat dan akan menyambung pembelajarannya sekiranya pihak universiti mengambil keputusan untuk menggantung pengajiannya.
Anis Syafiqah berkata pada mata universiti, beliau dilihat bersalah namun beliau yakin berdasarkan perlembagaan ia tidak menjadi satu kesalahan.
Beliau ditemui selepas prosiding Panel Tatatertib Universiti Malaya berhubung aktivitinya menyertai perhimpunan aman, hari ini.
Katanya, keputusan hukuman tersebut akan dimaklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari. 


http://mk-cdn.mkini.net/1066/4a545036b74746276dd712c4da526c5b.jpg 
Aktivis mahasiswa Anis Syafiqah Md Yusof didapati bersalah terhadap tiga kesalahan disiplin Universiti Malaya (UM) susulan penglibatannya dalam perhimpunan “Tangkap MO1” di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun hukuman sama ada pelajar fakulti bahasa itu akan didenda atau digantung pengajian, hanya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
“Di akhirnya mereka memutuskan saya bersalah dalam ketiga-tiga pertuduhan,” kata Anis dalam prosiding akhir di hadapan tiga panel pagi ini.
Beliau juga mungkin tidak dapat menjawab peperiksaan pada tiga minggu lalu jika keputusan tidak memihak padanya.
Mahasiswa tahun itu bagaimanapun tidak sesekali kesal dengan apa yang berlaku.

“Saya akan teruskan pengajian dan perjuangan. Malah ayah saya juga kata, 'jangan menyesal',” katanya.

Anis berkata beliau akan merayu kepada lembaga disiplin UM.
Beliau dan tiga lagi pelahar dituduh melanggar kod kelakuan pelajar dengan menganjurkan perhimpunan MO1, menyebabkan gangguan awam serta mencemarkan nama baik universiti.
Anis menjadi yang pertama dipanggil panel hari ini, diikuti oleh Suhail Wan Azahar, Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli.
Perhimpunan "Tangkap MO1" dianjurkan bagi mendesak penahanan "Malaysian Official 1" yang dinamakan berkali-kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat.

Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui Datuk Seri Najib Razak ialah MO1 tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.
[Baca berita asal]

MAT SABU : DUNIA ANGGAP RASUAH PERKARA BIASA DI MALAYSIA

                       

HAMBALI : Kenapa kita Tidak Mempertahankan PM?

Kenapa biarkan media asing serang PM?:
ULASAN Di mana semua pemimpin utama BN, NGO yang hebat pamer kekuatan berada ketika imej negara diperkatakan secara negatif oleh media antarabangsa?
http://mk-cdn.mkini.net/1028/51b015f2db9d909ed88d452b45259484.jpg 

Semakin hari semakin terjejas imej negara dan pemimpin gara-gara ‘laporan jahat’ media antarabangsa.

Syarikat media sama ada dari AS, Britain dan negara jiran - Singapura - wajar dibawa ke muka pengadilan antarabangsa untuk diberi pengajaran kerana menyiarkan berita palsu dan bersifat spekulatif ke seluruh dunia.

Terbaru, ia berkaitan laporan kononnya China akan membantu 1MDB membuat pembayaran balik kepada syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC).

Laporan oleh Financial Times (FT) berpusat di Britain itu dikeluarkan di tengah pertikaian hutang AS$6.5 bilion antara 1MDB dan IPIC, iaitu syarikat kewangan milik kerajaan Abu Dhabi.

Kerajaan dan 1MDB perlu bertindak terhadap penyiaran berita sama ada oleh FT atau syarikat berita lain yang tidak bertanggungjawab.

Ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik Malaysia, kerajaan, pengurusan 1MDB dan individu yang terbabit.

Berita itu bukan kecil nilainya. Ia bukan sahaja memberikan gambaran buruk kepada 1MDB tetapi turut mengaitkan nama perdana menteri setiap kali ada masalah berkaitan dengan firma berkenaan.

Malah laporan dan ulasan, termasuk oleh South China Morning Post (SCMP) yang berpangkalan di Hong Kong turut membawa tajuk “Has China offered to bail out Malaysia's 1MDB? At what cost?" begitu membimbangkan.

Lebih mengejutkan, SCMP yang memetik seseorang yang dikatakan mengetahui mengenai perkara itu memberitahu akhbar berkenaan, Malaysia akan bertukar aset untuk mendapatkan pembiayaan China bagi tujuan berkenaan.

“China sedang membahagi-bahagikan goodwill di seluruh wilayah sekitarnya... jadi ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Oh Ei Sun, bekas pembantu penting Datuk Seri Najib Razak.

Lebih tinggi dari bidaan tempatan

Beijing memang tidak membuat permintaan yang pelik-pelik untuk bantuan ekonomi itu tetapi pasti ada harapan bahawa Malaysia "perlu tahu apa yang perlu dilakukannya", tegas Oh.

Tidakkah laporan ini seakan mengesahkan spekulasi oleh media Barat dan Singapura setakat ini?
 
Berkaitan ini, The Straits Times Singapura semalam turut memetik laporannya sebelum ini (6 Julai 2016) bahawa sebidang tanah yang dikatakan bernilai berbilion ringgit dimiliki 1MDB di Pulau Pinang menarik minat sebuah syarikat China untuk mengembangkan perniagaanya di Malaysia.

Tanah seluas 94.7 hektar di daerah Air Itam itu dikatakan menarik minat perbadanan China termasuk Metallurgical Corp, yang bersedia membayar harga lebih tinggi daripada pembida tempatan.

Kenyataan ini dikatakan disahkan oleh eksekutif kewangan yang terbabit dengan rundingan perniagaan itu. Dikatakan, syarikat China mahu membeli tanah itu dengan harga RM2 bilion (S$671 juta) atau secara perjanjian pembangunan bersama.

Jika dibangunkan secara bersama, 1MDB dijanjikan keuntungan sebanyak RM3.5 billion.

Laporan oleh The Straits Times Singapura itu sebagai susulan berita FT yang menyebut bahawa tiga individu yang mengetahui perkara itu berkata, China dijadikan sumber dana bagi 1MDB.

Ia menambah, satu sumber memberitahu akhbar itu yang Malaysia akan melakukan pertukaran aset bagi pembiayaan itu.
Berikutan itu, pihak kerajaan membuat penafian keras terhadap dakwaan ada rundingan mengenai bantuan kewangan dalam pertikaian dengan IPIC antara firma pelaburan milik kerajaan dengan kerajaan atau syarikat dari China.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menafikan laporan FT itu dengan mengatakan: “Sebagai pengerusi 1MDB, tidak ada perkara seperti itu. Berunding dengan China atau apa-apa. Itu sangat jelas.

"Saya pengerusi 1MDB, saya tahu. Jadi tiada apa-apa," kata beliau yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Tiada dalam pengetahuan

Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mendakwa beliau tidak tahu menahu bahawa China dihubungi untuk membantu 1MDB menyelesaikan komitmennya kepada syarikat IPIC.

Dalam kenyataan menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini Johari mencadangkan supaya portal ini menghubungi Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk penjelasan.

"Saya tak tahu apa yang tertulis mengenai perkara itu. Mungkin anda patut tanya dengan Arul Kanda," katanya.

Kata Johari beliau tidak melihat ada sebarang alasan untuk China terlibat dalam pertikaian antara 1MDB dan IPIC.

Ditanya sama ada kerajaan atau kabinet ada membuat sebarang keputusan mengenai pembayaran semula 1MDB atau pertukaran aset bagi bantuan kewangan itu, Johari berkata, tiada sepanjang pengetahuannya.

Berikutan laporan FT itu, anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendesak kerajaan memberi penjelasan mengenai laporan FT.

Katanya berita disiarkan FT itu benar-benar merunsingkan kerana ia seolah-olah mengesahkan maklumat yang diperolehinya beberapa bulan lalu mengenai kemungkinan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di bursa Singapura tahun depan.
Arul Kanda turut menjelaskan, beliau sudah memberi reaksi kepada FT mengenai laporan berkenaan.

Ditanya sama ada beliau menafikan laporan berkenaan, Arul Kanda meminta supaya Malaysiakini merujuk responnya kepada FT.

Dalam berita disiarkan FT semalam, Arul Kanda dilaporkan enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Katanya 1MDB tidak ada apa-apa sebarang komen untuk ditambah kepada kenyataan dikeluarkan berhubung pertikaian agensi pelaburan berkenaan dengan IPIC sebelum ini.

1MDB dan IPIC kini terlibat dalam proses timbang tara di mahkamah London membabitkan pertikaian bernilai lebih AS$6.5 bilion (RM28.72 bilion).

Persoalannya kini, kenapa media antarabangsa menyerang Malaysia bertalu-talu?

Tidak cukup dengan penulisan, mereka turut menyiarkan gambar dan kartun yang sangaja cuba memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan.

Kenapa apabila timbul isu mempersoalkan integriti negara ini, pemimpin parti utama BN - termasuk UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan yang aktif menunjukkan kekuatan - hanya berdiam diri dan tidak melakukan sebarang usaha seperti menyaman media antarabangsa yang membuat fitnah?

Jika menentang pembangkang dalam negara, BERSIH5, isu Rohingya, dana Soros dan sebagainya mereka dilihat aktif mempertahankan kerajaan dan perdana menteri.

Bagaimana pula dengan laporan palsu media antarabangsa yang bertalu-talu menyerang Najib dan Umno?

HAMBALI ABDUL LATIFF adalah bekas pengarang akhbar dan kini menjadi perunding media bebas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...