Friday, December 9, 2016
HAMBALI : Kenapa kita Tidak Mempertahankan PM?
Kenapa biarkan media asing serang PM?:
ULASAN Di mana semua pemimpin utama BN, NGO yang hebat pamer kekuatan berada ketika imej negara diperkatakan secara negatif oleh media antarabangsa?
"Saya tak tahu apa yang tertulis mengenai perkara itu. Mungkin anda patut tanya dengan Arul Kanda," katanya.
ULASAN Di mana semua pemimpin utama BN, NGO yang hebat pamer kekuatan berada ketika imej negara diperkatakan secara negatif oleh media antarabangsa?
Semakin hari semakin terjejas imej negara dan pemimpin gara-gara ‘laporan jahat’ media antarabangsa.
Syarikat media sama ada dari AS, Britain dan negara jiran - Singapura
- wajar dibawa ke muka pengadilan antarabangsa untuk diberi pengajaran
kerana menyiarkan berita palsu dan bersifat spekulatif ke seluruh dunia.
Terbaru, ia berkaitan laporan kononnya China akan membantu 1MDB
membuat pembayaran balik kepada syarikat International Petroleum
Investment Company (IPIC).
Laporan oleh Financial Times (FT) berpusat di Britain itu
dikeluarkan di tengah pertikaian hutang AS$6.5 bilion antara 1MDB dan
IPIC, iaitu syarikat kewangan milik kerajaan Abu Dhabi.
Kerajaan dan 1MDB perlu bertindak terhadap penyiaran berita sama ada
oleh FT atau syarikat berita lain yang tidak bertanggungjawab.
Ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik Malaysia, kerajaan, pengurusan 1MDB dan individu yang terbabit.
Berita itu bukan kecil nilainya. Ia bukan sahaja memberikan gambaran
buruk kepada 1MDB tetapi turut mengaitkan nama perdana menteri setiap
kali ada masalah berkaitan dengan firma berkenaan.
Malah laporan dan ulasan, termasuk oleh South China Morning Post (SCMP) yang berpangkalan di Hong Kong turut membawa tajuk “Has China offered to bail out Malaysia's 1MDB? At what cost?" begitu membimbangkan.
Lebih mengejutkan, SCMP yang memetik seseorang yang dikatakan
mengetahui mengenai perkara itu memberitahu akhbar berkenaan, Malaysia
akan bertukar aset untuk mendapatkan pembiayaan China bagi tujuan
berkenaan.
“China sedang membahagi-bahagikan goodwill di seluruh
wilayah sekitarnya... jadi ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Oh
Ei Sun, bekas pembantu penting Datuk Seri Najib Razak.
Lebih tinggi dari bidaan tempatan
Beijing memang tidak membuat permintaan yang pelik-pelik untuk
bantuan ekonomi itu tetapi pasti ada harapan bahawa Malaysia "perlu tahu
apa yang perlu dilakukannya", tegas Oh.
Tidakkah laporan ini seakan mengesahkan spekulasi oleh media Barat dan Singapura setakat ini?
Berkaitan ini, The Straits Times
Singapura semalam turut memetik laporannya sebelum ini (6 Julai 2016)
bahawa sebidang tanah yang dikatakan bernilai berbilion ringgit dimiliki
1MDB di Pulau Pinang menarik minat sebuah syarikat China untuk
mengembangkan perniagaanya di Malaysia.
Tanah seluas 94.7 hektar di daerah Air Itam itu dikatakan menarik
minat perbadanan China termasuk Metallurgical Corp, yang bersedia
membayar harga lebih tinggi daripada pembida tempatan.
Kenyataan ini dikatakan disahkan oleh eksekutif kewangan yang
terbabit dengan rundingan perniagaan itu. Dikatakan, syarikat China mahu
membeli tanah itu dengan harga RM2 bilion (S$671 juta) atau secara
perjanjian pembangunan bersama.
Jika dibangunkan secara bersama, 1MDB dijanjikan keuntungan sebanyak RM3.5 billion.
Laporan oleh The Straits Times Singapura itu sebagai susulan
berita FT yang menyebut bahawa tiga individu yang mengetahui perkara
itu berkata, China dijadikan sumber dana bagi 1MDB.
Ia menambah, satu sumber memberitahu akhbar itu yang Malaysia akan melakukan pertukaran aset bagi pembiayaan itu.
Berikutan itu, pihak kerajaan membuat penafian keras terhadap dakwaan
ada rundingan mengenai bantuan kewangan dalam pertikaian dengan IPIC
antara firma pelaburan milik kerajaan dengan kerajaan atau syarikat dari
China.
Pengerusi 1MDB Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menafikan laporan FT
itu dengan mengatakan: “Sebagai pengerusi 1MDB, tidak ada perkara
seperti itu. Berunding dengan China atau apa-apa. Itu sangat jelas.
"Saya pengerusi 1MDB, saya tahu. Jadi tiada apa-apa," kata beliau yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Tiada dalam pengetahuan
Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani mendakwa beliau
tidak tahu menahu bahawa China dihubungi untuk membantu 1MDB
menyelesaikan komitmennya kepada syarikat IPIC.
Dalam kenyataan menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini Johari mencadangkan supaya portal ini menghubungi Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk penjelasan.
Kata Johari beliau tidak melihat ada sebarang alasan untuk China terlibat dalam pertikaian antara 1MDB dan IPIC.
Ditanya sama ada kerajaan atau kabinet ada membuat sebarang keputusan
mengenai pembayaran semula 1MDB atau pertukaran aset bagi bantuan
kewangan itu, Johari berkata, tiada sepanjang pengetahuannya.
Berikutan laporan FT itu, anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendesak kerajaan memberi penjelasan mengenai laporan FT.
Katanya berita disiarkan FT itu benar-benar merunsingkan kerana ia
seolah-olah mengesahkan maklumat yang diperolehinya beberapa bulan lalu
mengenai kemungkinan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan
disenaraikan di bursa Singapura tahun depan.
Arul Kanda turut menjelaskan, beliau sudah memberi reaksi kepada FT mengenai laporan berkenaan.
Ditanya sama ada beliau menafikan laporan berkenaan, Arul Kanda meminta supaya Malaysiakini merujuk responnya kepada FT.
Dalam berita disiarkan FT semalam, Arul Kanda dilaporkan enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.
Katanya 1MDB tidak ada apa-apa sebarang komen untuk ditambah kepada
kenyataan dikeluarkan berhubung pertikaian agensi pelaburan berkenaan
dengan IPIC sebelum ini.
1MDB dan IPIC kini terlibat dalam proses timbang tara di mahkamah
London membabitkan pertikaian bernilai lebih AS$6.5 bilion (RM28.72
bilion).
Persoalannya kini, kenapa media antarabangsa menyerang Malaysia bertalu-talu?
Tidak cukup dengan penulisan, mereka turut menyiarkan gambar dan
kartun yang sangaja cuba memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan.
Kenapa apabila timbul isu mempersoalkan integriti negara ini,
pemimpin parti utama BN - termasuk UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan
yang aktif menunjukkan kekuatan - hanya berdiam diri dan tidak melakukan
sebarang usaha seperti menyaman media antarabangsa yang membuat fitnah?
Jika menentang pembangkang dalam negara, BERSIH5, isu Rohingya, dana
Soros dan sebagainya mereka dilihat aktif mempertahankan kerajaan dan
perdana menteri.
Bagaimana pula dengan laporan palsu media antarabangsa yang bertalu-talu menyerang Najib dan Umno?
HAMBALI ABDUL LATIFF adalah bekas pengarang akhbar dan kini menjadi perunding media bebas
Label:
1MDB
Keluarga penumpang MH370 geledah pantai Madagascar cari serpihan
Keluarga penumpang MH370 geledah pantai Madagascar cari serpihan: Mereka tiba di Madagascar hujung minggu lalu.
Anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang lebih dua tahun
lalu, sedang mengeledah pantai Afrika timur untuk mencari bukti yang
mungkin dapat membantu merungkai misteri mengenai nasib mereka.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, yang membawa kepada pencarian di Lautan Hindi yang telah melepas hari ke-1,000 Sabtu lepas.
Keluarga penumpang pesawat yang hilang itu tidak puas hati dan marah kerana kurangnya kemajuan yang dicapai daripada siasatan rasmi.
Sekumpulan mereka - warga Malaysia, China dan Perancis - tiba di Madagascar hujung minggu lalu dengan harapan untuk mencari serpihan serta dan meningkatkan kesedaran terhadap pesawat yang hilang itu di kalangan penduduk tempatan dan organisasi.
Semalam Jiang Hui, seorang lelaki warga Chna yang mana ibunya adalah penumpang MH370, menemui papan kecil di dalam pasir di Pantai Riake, Madagascar yang diharapnya mungkin serpihan dari dalam kabin pesawat yang hilang.
"Saya berasa teruja tetapi pada masa yang sama ia menyedihkan," katanya. "Ia adalah sebahagian kecil dan tidak akan dapat menunjukkan apa yang berlaku kepada pesawat itu tetapi saya amat berharap pihak berkuasa Malaysia, China dan Australia akan cuba untuk mencari lebih banyak lagi."
Grace Nathan, seorang jurucakap bagi Member of Voice 370, sebuah kumpulan sokongan keluarga MH370, menulis di Facebook mengenai penemuan Jiang itu: "Saat emosional bagi kita semua: Kesedihan, kesakitan, kekeliruan, keterujaan, harapan".
Sesetengah anggota keluarga penumpang menuduh penyiasat yang diterajui Malaysia memberi terlalu banyak tumpuan mencari pesawat itu di pencarian laut dalam di luar pantai Australia, dan merayu kepada penduduk di pantai timur Afrika untuk mencari serpihan pesawat dan menyerahkan apa sahaja yang mereka jumpa kepada pihak berkuasa.
Setakat ini, tiga keping serpihan yang ditemui di pantai Mauritius, Tanzania dan pulau Reunion, Perancis, telah disahkan dari pesawat MH370. Penyiasat sedang memeriksa beberapa serpihan lain yang dijumpai di Mozambique dan Afrika Selatan. [Baca berita penuh]
- Reuters

MH370
Mahkamah AS tolak permohonan keluarga Jho Low tangguh kes 1MDB
Mahkamah AS tolak permohonan keluarga Jho Low tangguh kes 1MDB: Hakim tolak usul yang boleh beri mereka masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar negara.

Keluarga hartawan Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, gagal
dalam usaha mereka untuk menuntut aset yang disita oleh kerajaan Amerika
Syarikat (AS) apabila seorang hakim persekutuan AS menolak usul yang
boleh memberi mereka masa untuk mencuba nasib di mahkamah di luar
negara.
Awal minggu ini empat anggota keluarga Low Taek Jho memfailkan usul
untuk menangguhkan pendengaran pada 12 Disember kepada 23 Januari untuk
membolehkan mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk
mencuba dan mendapatkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada
pemegang amanah yang baru.
Dalam keputusannya, Hakim Daerah AS Dale Fischer menolak kedua-dua
usul untuk menangguhkan pendengaran itu dan satu permintaan yang
berasingan untuk melanjutkan tarikh akhir untuk memfailkan tuntutan.
Tiada sebab diberikan dalam kenyataan yang difailkan bertarikh Rabu.
Pendakwa raya persekutuan yang membantah penangguhan pendengaran
tersebut, menegaskan bahawa sudah hampir lima bulan berlalu sejak
Jabatan Kehakiman memfailkan saman sivil mendakwa lebih AS$3.5 bilion
telah disalahgunakan daripada dana 1MDB.
Low Taek Jho adalah antara individu yang dinamakan dalam saman sivil
itu yang bertujuan untuk merampas aset bernilai AS$1bilion yang didakwa
dari dana yang diselewengkan dari 1MDB dan dialihkan kepada hartanah
mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga dan sebuah
jet peribadi.
Keluarga Low Taek Jho itu mahu ke mahkamah di New Zealand dan
Kepulauan Cayman, dengan harapan ia boleh menimbang permohonan mereka.
Keputusan untuk meneruskan perbicaraan pada hari Isnin boleh
menggagalkan rancangan itu.
Peguam mereka, Daniel Zaheer daripada Kobre & Kim, tidak memberi
respons segera terhadap perrmintaan untuk mendapatkan komen.
Selain Low, Jabatan Kehakiman telah menamakan Riza Aziz dalam saman
sivil itu. Aziz adalah anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, Najib, dan merupakan pengasas Red Granite Pictures, yang
mengeluarkan filem blockbuster Hollywood 2013 'The Wolf of Wall Street'.
Saman itu tidak menamakan Najib, tetapi mendakwa lebih daripada
AS$700 juta dana yang didakwa disalahgunakan, disalurkan ke dalam akaun
"Malaysian Official 1".
Najib telah menafikan sebarang salah laku dan berkata Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan antarabangsa. [Baca berita penuh]
- Reuters
Label:
1MDB
Subscribe to:
Posts (Atom)