Adakah Parti UMNO yang merupakan parti keramat orang MELAYU sudah mula bermain api "Berbohong", "Memfitnah" dan "Tuduhan Palsu" .
Sep 26, 2016
Setelah
meneliti tuduhan ke atas dua individu yang didakwa cuba menjatuhkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Bin Razak, exco Pemuda Umno Datuk
Armand Azha Abu Hanifah hari ini membatalkan niat mereka membuat laporan
polis mengenai dakwaan tersebut.
Semalam Malaysiakini melaporkan
Pemuda Umno akan membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan
tempatan dan proksi sebuah gergasi korporat kerana didakwa terlibat
dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Kata Armand Azha berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu menjadi penaja untuk “gerakan” menyingkirkan Najib.
Pasukan
JDT meraikan kejayaan selepas menjuarai Liga Super 20016 pada
perlawanan menentang T.Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin
semalam. - Foto Bernama
SEJUMLAH 24,280 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim
(JDT) membanjiri Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin di sini malam ini,
bagi meraikan kejayaan pasukan mereka mempertahankan Piala Liga Super
buat kali ketiga berturut-turut.
Tidak seperti selalunya, sambutan kali ini diadakan sejurus tamatnya
perlawanan antara JDT menentang T-Team, yang menyaksikan skuad Mario
Gomez itu menang 5-1.
Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership
(FMLLP), Kevin Ramalingam menyampaikan Piala Liga Super kepada Presiden
Kelab JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim selepas tamat perlawanan.
Sambutan kejayaan JDT kali ini akan disambung dengan perarakan pasukan
itu mengarak piala menggunakan sebuah bas ke Dataran Bandaraya Johor
Bahru.
Perarakan menyusuri beberapa jalan dan tempat termasuk Jalan Bomba
Larkin, Jalan JPJ Lama, Jalan Tun Razak, bangunan City Square, Jalan
Wong Ah Fook, Tropical Inn, Jalan Trus, Kotaraya, Jalan Ibrahim, Jalan
Tun Dr Ismail, Jalan Lot 1, Hospital Sultan Aminah, gerbang Istana Bukit
Serene dan KFC sebelum terus memasuki kawasan dataran.
Di dataran, skuad kendalian Mario Gomez itu diraikan secara
gilang gemilang dengan penganjur akan membuat persembahan bunga api
secara besar-besaran bagi menghangatkan suasana.
Datuk Husam Musa berkata dakwaan bahawa saman yang dikemukakannya
bersama Matthias Chang untuk membawa pulang aset serta wang
diselewengkan dari dana 1MDB ditolak adalah tidak benar.
Kata bekas exco kanan Kelantan itu apa yang berlaku adalah penarikan
balik saman berkenaan secara sukarela dan ia boleh dikemukakan semula
pada masa depan.
"Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan
(terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta
dan wang yang diselewengkan dari 1MDB.
"Usaha ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.
"Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka bergembira
wang negara hilang dan berharap kes penyelewengan wang negara ditutup
begitu saja," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam berhubung isu berkenaan.
PENJELASAN PENARIKAN BALIK SAMAN SECARA SUKARELA*
Respon segera Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia memeranjatkan saya.
Ia menunjukkan saman kami untuk membawa pulang aset dan wang yang diselewengkan dari 1MDB meninggalkan kesan ke atas kerajaan.
Namun begitu, kenyataan bahawa saman kami ditolak adalah tidak tepat.
Apa yang berlaku adalah penarikan balik secara sukarela atau
VOLUNTARY DISMISSAL di bawah Rule 41(a)(1)(A)(i) of the Federal Rules of
Civil Procedure, Amerika Syarikat, tanpa prejudis. Ini bermakna kami dibenarkan untuk memfailkan semula kes ini.
Antara
lain kerana perkembangan terbaru berkait kes DOJ (Jabatan Kehakiman AS)
termasuk Red Granite telah bersetuju memasukkan permohonan bersama DOJ
untuk mengehadkan pembekuan akaun dan pendapatan syarikat itu kepada
filem The Wolf of The Wall Street dan Friends With Kids sahaja. Akaun keseluruhan Red Granite dan pendapatan Red Granite daripada filem lain adalah dilepaskan.
Friends With Kids pertama kali diketahui ada kaitan dengan wang
berasal dari 1MDB seperti kenyataan dalam permohonan bersama itu.
Permohonan bersama ini menunjukkan Red Granite, untuk satu tahap
tertentu mengakui dua filem ini ada sebab untuk dinamakan oleh DOJ dalam
saman mereka.
Hakim Mahkamah Central District of California, Western Division
pada 16 Ogos 2016, telah memberikan perintah seperti permohonan bersama
itu.
Antaranya, hanya akaun dan pendapatan dari kedua filem itu yang
dimasukkan ke akaun khas sementara menunggu keputusan perbicaraan penuh.
Oleh itu, kenyataan Red Granite bahawa saman kami adalah fractious adalah tertolak. Jika tidak, mengapa Red Granite memasukkan permohonan bersama
dengan DOJ selepas DOJ memasukkan permohonan ex parte ke atas Red
Granite sebelum itu. Kami
perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan ini,
tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang
diselewengkan dari 1MDB.
Usaha ini sepatutnya DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA sebagai pihak yang diamanahkan memelihara kepentingan negara ini.
Malangnya, kerajaan tidak berbuat demikian. Seakan mereka
bergembira wang negara ini hilang begitu sahaja dan berharap kes
penyelewengan wang negara ditutup begitu sahaja. Harapan itu adalah sia-sia.
Sementara itu Chang pula memberitahu Malaysiakini mereka tahu apa yang dibuat berhubung saman berkenaan, malah ia adalah sebahagian daripada perancangan kedua-duanya.
"Jangan bimbang. Ketawa yang terbaik adalah ketawa yang terakhir. Kenyataan media Salleh terlalu awal.
"Kami tahu apa yang kami buat. Tonton klip video ucapan saya
(berjudul) DOJ Bombshell sekali lagi. Tak lama lagi dia terpaksa menelan
semula kata-katanya. Percayalah kepada Tuhan," kata Chang melalui
WhatsApp.
Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on September 22, 2016
1. Saya percaya semua rakyat Malaysia tahu dan sedar bahawa keadaan dalam Negara amat tidak baik.
2. Khususnya mereka tentu tahu bahawa Perdana Menteri telah dituduh
melesapkan beribu juta Ringgit duit Kerajaan (rakyat). Berita ini tidak
boleh dilapor dalam media Malaysia tetapi melalui media sosial hampir
semua rakyat dapat ikuti perkembangan.
3. Sekarang bukan sahaja media asing melapor berkenaan lebih 3.5 bilion
Dolar Amerika sudah dilesapkan oleh Najib, Jabatan Keadilan Amerika
Syarikat juga mengeluarkan laporan rasmi bahawa “Malaysian Official 1”
(yang diakui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Rahman
Dahlan ialah Dato Sri Najib) terlibat dalam melesapkan wang 1MDB
sebanyak lebih dari 3.5 bilion Dolar Amerika.
4. Jika semua laporan media dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak
benar, kenapakah tidak ada sama sekali sebarang usaha oleh Najib membuat
saman malu terhadap mereka.
5. Rakyat Malaysia tahu. Sudah tentu para intelek Malaysia tahu. Sudah
tentu wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin bahagian parti Kerajaan tahu
akan kebenaran tuduhan terhadap Najib.
6. Tetapi apabila diadakan kritik atau tindakan untuk memulih Negara
bertuah ini kebanyakan dari mereka yang tahu kerosakan yang dilakukan
oleh Dato Sri Najib, membisu, tidak sanggup membuat apa-apa, tidak
sanggup pun untuk menyokong usaha yang sedang dibuat bagi memulih
keadaan.
7. Sebaliknya ada yang cuba mempertahankan Najib kerana kononnya semasa
saya jadi Perdana Menteri, saya juga buat perkara yang sama. Oleh itu
saya tidak berhak mengkritik, jauh sekali dari menjatuhkan Najib.
8. Saya ingin tanya bilakah semasa saya jadi Perdana Menteri saya
dituduh di dalam dan di luar negeri yang saya curi duit Kerajaan (duit
rakyat) berbilion Ringgit.
9. Saya biasa dituduh juga sebagai perasuah, korup, mempunyai kroni dan
lain-lain. Semasa saya Perdana Menteri saya anggap sebagai orang politik
tuduhan ini adalah perkara biasa.
10. Tetapi hakikatnya tuduhan seperti yang dilempar kepada Najib tidak
pernah dilempar kepada saya semasa saya jadi Perdana Menteri. Bahkan
selepas saya letak jawatan usaha selidik terhadap salahlaku oleh saya
yang dibuat oleh kepimpinan yang menyusuli tidak berjaya mengenal pasti
salahlaku saya berkenaan pengurusan kewangan Negara. Jika ada saya yakin
sudah lama saya diheret ke mahkamah.
11. Sebenarnya saya menolak hadiah tanah di Putrajaya di waktu saya
letak jawatan. Hadiah-hadiah lain juga saya serah kepada Kerajaan
termasuk 24 biji kereta. Saya tidak perlu kekayaan kewangan.
12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri
dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji
saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air,
kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh
Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah
wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan
kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak
membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun
dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.
13. Saya akui ada kala Kerajaan mengalami kerugian kerana tindakan yang diambil oleh saya.
14. Untuk pertahan harga bijih timah, saya arah supaya membeli bijih
timah yang dijual oleh pedagang. Saya tahu mereka tidak ada stok bijih
yang mereka jual. Mereka berharap apabila harga jatuh, mereka akan beli
dengan harga murah untuk dibekalkan kepada pembeli yang telah membeli
diwaktu harga tinggi.
15. Apabila sampai masa untuk mereka bekal kepada pembeli mereka akan
terpaksa membeli dari kita. Kita akan kena harga yang tinggi supaya
mereka akan rugi.
16. Tetapi London Metal Exchange mendakwa kononnya kerana kita membeli
berturut-turut di waktu harga rendah, kita telah cuba “corner the
market”. Oleh itu penjual tidak perlu bekal bijih timah yang mereka
telah jual. Kita rugi.
17. Kilang besi juga rugi kerana kurang pengetahuan berkenaan pengurusan kilang oleh pengurus kita.
18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian
itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah
kerugian perniagaan.
19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB?
Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit
Kerajaan dalam akaun peribadi saya?
20. Najib nafi melesap wang 1MDB. Kononnya raja Arab bagi 2.6 bilion
Ringgit untuk dimasukkan dalam akaun peribadinya untuk dibelanja sesuka
hatinya. Dalam sejarah dunia ini tidak pernah berlaku.
21. Oleh kerana dakwaan bahawa saya lakukan apa yang dilakukan oleh
Najib tidak berasas sama sekali, maka saya berhak bukan sahaja
mengkritik Najib tetapi mengecam salahlakunya dengan berusaha untuk
menyingkirnya.
22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan
laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan
laporan Ketua Audit Negara.
23. Apakah sebabnya yang laporan polis terhadapnya tidak disiasat oleh
polis, tetapi pembuat laporan dan peguamnya disoal, ditahan dan
dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan yang tidak masuk akal.
24. Apakah sebabnya yang Gani Patail, Peguam Negara, diberhentikan dan diganti dengan pelawak Apandi.
25. Kenapakah undang-undang Negara tidak dipatuhi? Sekarang tidak ada
Rule of Law. Kenapakah rakyat diugut dengan Akta Keselamatan baru yang
memberi kuasa untuk tangkapan tanpa dibicara.
26. Jika Najib benar tidak bersalah, jangan tukar sempadan pilihanraya,
jangan halang pendaftaran pengundi, jangan sogok wang kepada penyokong
dan pegawai. Jangan guna Jabatan Kerajaan untuk ugut, untuk mencipta
kesalahan cukai, untuk mendera sesiapa yang menyoal salahlaku Najib
seperti dilapor oleh akhbar asing dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.
Kenapa halang laporan berkenaan 1MDB dan wang dalam akaun Najib dari
dilapor, dibincang, dipertikai atau diakui dalam media tempatan.
27. Jika ingin pertahan Najib, adakan saman malu terhadap semua mereka termasuk saya yang menuduh Najib lesapkan wang rakyat.
28. Jangan beri alasan kononnya saya pun buat apa yang Najib buat.
Sebaliknya benarkanlah proses perundangan dilaksana dan Najib dihadap
perbicaraan mahkamah keadilan.
5.Untung sebelum cukai 1993 : Rm 311,200,000 1994 : Rm 282,000,000 1995 :
Rm 307,900,000 1996 : Rm 454,600,000 1997 : Proton umum untung sebelum
cukai telah melepasi RM 1 Bilion pada tahun kewangan berakhir 31.3.1997.
6. Cukai yang telah dikutip oleh Kerajaan dari Proton dalam tempoh 10 tahun ialah sebanyak Rm 18 Bilion.
7. Model kereta Proton yang telah dipasarkan ialah Proton Saga, Waja,
Iswara, Satria, Gen 2, Arena, Juara, Perdana, Exora, Inspira, Preve,
Suprima dan Iriz.
8. Memberi perkerjaan kepada 30 ribu orang dan majoritinya ialah bumiputera.
1MDB
1. 2009 bermula dengan nama Trengganu Investment Authority@TIA dan
seterusnya ditukar nama ke 1Malaysian Development Berhad @1MDB
2. Modal Rm 1 juta
3. Pinjam melalui terbitan bon sebanyak Rm 42 Bilion
4. Beli asset stesen janakuasa letrik@IPP dari Syarikat Genting dan Tanjong berjumlah Rm 18 Bilion
5. Beli tanah TRX,Kem Tudm Sg Besi dan Air Hitam, Penang Rm 1.7 Bilion.
6. Pelaburan diluar negara, UAE, ARAB SAUDI, CAYMAN ISLAND DAN BRITISH VIRGIN Rm 15.4 Bilion
8. Kerugian pertukaran mata wang asing ( forex losses ) Rm 1 Bilion.
9. Jumlah rugi yang dilapor pada tahun kewangan berakhir 2013/2014 ialah Rm 665 juta.
10. Laporan kewangan tahun 2015 dan 2016 belum boleh dikeluarkan lagi.
11.Terkini hutang telah meningkat ke Rm 50 bilion.
12. Janakuasa Letrik @IPP telah dijual kepada syarikat negara Cina dengan harga Rm 9.5 Bilion.
13. Tanah Kem TUDM Sg Besi pun telah dijual kepada syarikat negara Cina.
Siapa sebenarnya penipu, penyangak dan penyamun?
Renungan Untuk Rakyat 1Malaysia...
Mangsa Banjir - Rakyat Sukarelawan
Rakyat Yg Menderma-
Rakyat Yg Risau-
Rakyat Yg Bantu Pemimpin-
Rakyat Yg Kena Berjimat Cermat-
Rakyat Yg Kena Tipu-
Rakyat Yg Disuruh Bersyukur-
Rakyat Yg Selalu Susah-
Rakyat Yg Kena GST-
Rakyat Yg kena bayar Tol -
Rakyat Yg kena bayar hutang -
Rakyat Yg menanggung beban -
Rakyat Yg mengikat perut-
Rakyat Yg tanggung Biawak hidup-
Rakyat.. Bestnya jadi Rakyat 1Malaysia ni..
Semua Rakyat Didahulukan