Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, March 15, 2013

Keturunan Kesultanan Sulu yang Menjadi Mubaligh Kristian.

Anak Kiram III Seorang Kristian? 

Dalam kecoh masing-masing menuntut dan mendakwa bahawa merekalah pewaris kesultanan Sulu yang sebenarnya, tersingkaplah sejarah lama yang tidak mungkin akan dikenang kembali oleh keturunan Kiram. 

Penderhakaan yang dilakukan keturunan sultan Sulu terhadap rakyat Malaysia dan juga Yang Dipertuan Agung menyebabkan penulis juga rasa terpanggil untuk menunujukkan sedikit rasa derhaka kepada mereka.

Disebalik pendakwaan bahawa mereka merupakan keturunan sultan Sulu yang beragama Islam, mereka sembunyikan fakta...mereka cuba melupakan bahawa ada keturunan kesultanan mereka yang menjadi mubaligh kristian.

Keturunan mereka yang memeluk kristian ini telah menggelarkan diri mereka sebagai The Christian Sultan of Jolo. Putera sulung Sultan Badaruddin I dengan gelaran Sultan Alimuddin I inilah yang telah masuk kristian. Pembaptisan Sultan Alimuddin I dilakukan oleh paderi Sepanyol di Manila. Sejurus masuk kristian beliau menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin. Dan berdasarkan undang-undang kesultanan Islam yang dipersetujui, hak Don Fernando termansuh secara otomatik kerana beliau kristian.

Sesuatu yang telah berlaku lama dulu mungkin tiada siapa lagi yang mengingati adanya keturunan sultan Sulu yang kafir. Dalam suasana yang serba tidak kena di bawah pentadbiran Jamalul Kiram III, muncul pula seseorang yang mendakwa sebagai puteri Kiram yang cuba menunjuk pandai.

Jacel Kiram Ramos...beliau dipercayai berasal dari salah silah keturunan Don Fernando yang beragama kristian. Ingat...keturunan Don Fernando tiada hak langsung untuk menyentuh tentang kesultanan Sulu kerana beliau seorang kafir. 

Penampilannya yang berjilbab sekadar mengaburi mata kesultanan Islam Sulu. Hidup dalam serba kemewahan, sedangkan Jamalul Kiram III nak makan pun terpaksan minta ihsan rakyatnya. 


Bagaimana dia mampu hidup serba mewah? 

Siapa yang taja beliau? 

Penasihat Jacel Kiram Ramos adalah seorang paderi Sepanyol. Sedia maklum gerakan kristian memang menjadikan Islam sebagai sasarannya. Islam harus dihancurkan apa cara sekali pun.

Jadi adalah sesuatu yang bukan mustahil gerakan kristian menggunakan Jacel Kiram Ramos bagi memecahbelahkan kesultanan Islam Sulu. Jacel Kiram Ramos adalah agen kristian dalam keturunan Kiram dan beliau dikhabarkan masih lagi menganuti agama keturunan Don Fernando.

Benarkah Jacel Kiram Ramos seorang kristian?

Cubaan beliau untuk campurtangan dalam isu kesultanan Sulu ini adalah sebahagian misi membalas dendam akibat keturunan nenek moyangnya yang berasal dari Don Fernando dinafikan haknya. Jika keturunan Don Fernando diketepikan, jadi biarlah Kiram III juga terpaksa menggigit jari.  

LahadDatu : Filipina Tahan 35 Pengganas Sulu Yang Terlepas Dari Kepungan

PrayForSabah


Ketua Pemerintah Tentera di Mindanao Barat, Leftenan Jeneral Rey Ardo berkata, mereka yang ditangkap itu dipercayai saki-baki pengganas Sulu yang memasuki Lahad Datu.

“Mereka sudah pulang (ke tanah air), mereka bersenjata,” kata Ardo kepada stesen televisyen ABS-CBN.

Menurutnya, ketika ditahan para pengikut pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III itu sedang menuju ke sebuah pulau di negara ini.

Jelasnya, salah seorang lelaki itu cedera kemungkinan akibat pertempuran yang berlaku di Sabah.

Ardo menyatakan, ketibaan pengikut-pengikut Jamalul itu menunjukkan mereka panik kerana pasukan keselamatan Malaysia meningkatkan usaha memburu kumpulan tersebut.

“Mereka takut dan kembali semula ke Filipina untuk mengelak ditangkap di Sabah,” katanya. 
 
- Sumber

Penganas Dan Pembunuh Sulu Kiram lll Akan Musnah...Insyallah

2 helikopter Tentera Darat sertai operasi...Penganas Akan Musnah...Insyallah


LAHAD DATU 14 Mac - Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Februari lepas.
Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. - BERNAMA

Mau Terkencing Kiram Bila Tengok Budak Pegang Syiling 50 Sen Malaysia..

50 SEN TANDA KOMANDO KITA DAH SAMPAI RUMAH KIRAM


Gempar, seluruh filipina hari ni gempar apabila seorang budak menunjukan wang syiling 50sen yang baru milik Malaysia yang diberikan kepadanya oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam ..
Mau terkencing Kiram bila tengok budak ni pegang Syiling 50 Sen Malaysia..
hahahahahhaha
Teringat aku masa Komando kita letak setem Malaysia di Kompleks Pertahanan Udara Singapura 
Di Bukit batok..

Thursday, March 14, 2013

Pawang Suluk Dedah Tangkal Kebal Dipakai Penceroboh Sudah Melebihi "Tarikh Luput"

Jika dinilai semula video di bawah, ucapan Tian Chua ini dilihat seakan- akan cuba menuduh bahawa insiden pencerobohan Sabah adalah konspirasi Kerajaan.


 Untuk kawan2 sendiri menilai samada Tian Chua ni layak atau tidak menjadi wakil rakyat mahupun pemimpin!!!!

Tolong dengar dan teliti apa yang di perkatakan dalam slot minit 3.38 - 3.41!!! 

LAHAD DATU: Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak Menghalang kumpulan pengganas dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.
Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.
Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan pengganas akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka. Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat pengganas yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.
Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.

Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan pengganas. Segelintir pengganas yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.

Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.
Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari, dan setiap hari, mantera khas akan turut dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.

Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah samba berkata "daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".
Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.
"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang barn bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.

" Ketika ular berada ,pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai."
Sumber:
http://my.proniaga.net/2013/03/pener...-rahsia.html#_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...