Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 17, 2018

Isu Doa Pendek Umur Kerajaan PH Dan Ratifikasi ICERD. Ini Jawapan YB Haj...


 


Published on Dec 12, 2018
Wacana Minda Sinar Harian Bersama Presiden PAS YB Tuan Guru
Haji Hadi Awang

PAS dah tak ada apa pada Amanah - Mujahid


 
Published on Dec 16, 2018

Ibarat patahnya arang, hari ini Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof, menegaskan bahawa parti itu sudah tidak ada kena mengena lagi dengan PAS.

Justeru, katanya, tidak patut timbul sebarang perbandingan di antara kedua-dua parti yang mempunyai hala tuju perjuangan yang berbeza.

“Kita bukan bersaing dengan PAS. PAS (sudah) tidak ada apa pada kita hari ini.

"Kita ingin bersaing untuk membawa naratif baru Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Nasional Parti Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh.

Pendiriannya itu ditegaskan sekali lagi kepada pemberita selepas berakhirnya konvensyen hari ini.

Ahli Umno mengintai-ngintai Amanah - Mat Sabu


 

2018-12-16 17:06:48

Ramai
pemimpin Umno cuba mendekati Amanah dan menyatakan hasrat menyertai
parti serpihan PAS itu, maklum presidennya, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, jelasnya, ramai di antara pimpinan Umno datangnya dari peringkat bahagian.

"Di
peringkat besar-besar Majlis Tertinggi itu belum ada lagi,
bahagian-bahagian banyak, tapi memang lah mereka (Umno) saya ingat
sedang runtuh di seluruh negara," kata beliau kepada pemberita selepas
majlis penutupan Konvensyen Amanah 2018 di Ipoh, Perak hari ini.

Terdahulu,
ketika ucapan penggulungannya pada konvensyen tersebut, Mohamad
menyebut ramai anggota Umno sedang 'mengintai' untuk menyertai Amanah.

Menurut beliau, Umno seakan lumpuh selepas kehilangan kuasa persekutuan.

Read more at https://www.kinitv.com/video/68696O74#WYl8W5ZpbvH6GoAh.99

Sunday, December 16, 2018

Panduan memecat presiden Umno

Panduan memecat presiden Umno:

Panduan Kini  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

PANDUAN KINI |
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini beliau hanya akan
turun dari jawatannya jika perhimpunan agung luar biasa (EGM) dipanggil
dan dua per tiga daripada perwakilan menggesanya meletak jawatan.
Walau bagaimanapun, Sinar Harian memetik Zahid sebagai berkata hal ini tidak mudah dicapai kerana terdapat perwakilan "146,000".

Dalam edisi Panduan Kini, Malaysiakini meneroka proses yang diperlukan sekiranya Umno memilih untuk memecat presidennya.

Bolehkah seorang presiden Umno dipecat?

Ya,
boleh. Menurut Fasal 19.12 Perlembagaan Umno, ahli majlis tertinggi -
termasuk presiden dan timbalan presiden - boleh dipecat dengan sokongan
dua pertiga perwakilan dalam EGM.

Secara alternatif, dua pertiga perwakilan di EGM juga boleh membubarkan seluruh majlis tertinggi.

Perkara
9.11 menyatakan bahawa jika keseluruhan majlis tertinggi meletak
jawatan pada masa yang sama, maka pengerusi tetap atau timbalannya mesti
memanggil EGM dalam tempoh 60 hari untuk memperbaharui majlis
tertinggi.

Ini mungkin akan melibatkan pemilihan semula, walaupun
tiada peruntukan khusus mengenai pemilihan semula dalam perlembagaan
Umno.

Bagaimana EGM dipanggil?

Umno boleh mengadakan EGM melalui tiga cara, mengikut Fasal 8.5 perlembagaan parti.

Ia boleh dipanggil oleh presiden, atau dengan permintaan bertulis dua pertiga anggota majlis tertinggi Umno.

Sebagai
alternatif, EGM boleh diadakan atas permintaan separuh daripada 191
bahagian Umno, jika bahagian tersebut telah mengadakan EGM untuk
membincangkan perkara itu.

Sekiranya bahagian meminta EGM diadakan, maka setiausaha agung Umno mesti memanggil EGM dalam masa 14 hari.

Pengerusi
Tetap Umno atau timbalannya boleh memanggil EGM dalam masa 28 hari,
sekiranya setiausaha agung tidak mematuhi permintaan bahagian untuk
mengadakan mesyuarat agung tergempar itu.

Jika gagal kedua-dua pilihan ini, maka bahagian boleh mengadakan EGM sendiri.

Betulkah perlu 146,000 perwakilan untuk mengadakan EGM?

Ini tidak mungkin berlaku.

Pada 2017 dan 2018, hanya 5,739 perwakilan menghadiri perhimpunan agung Umno.

Pada
tahun ini, 2,760 perwakilan merupakan anggota badan utama; manakala 993
lagi dari Wanita, 997 dari Pemuda dan 989 dari Puteri.

Apa akan jadi jika presiden dipecat?

Sekiranya
kerusi presiden Umno dikosongkan, maka Perkara 9.9 perlembagaan parti
menyatakan bahawa jawatan itu akan diisi oleh timbalan presiden
sehinggalah pemilihan parti yang akan datang.

Sekiranya pemangku
presiden bertindak meletak jawatan, maka majlis tertinggi mesti melantik
salah seorang naib presiden untuk memegang jawatan tersebut.

[Baca KiniGuide]


Panduan Kini disusun oleh ZIKRI KAMARULZAMAN.

'Umno runtuh, PAS perlu ke depan perjuang agenda Melayu Islam'.Tahniah PAS , Doa Termakbul.

 Tahniah PAS. Doa PAS termakbul. UMNO terus jatuh ditimpa tangga. UMNO terus mgalami masalah kepimpinan. Angkuh dan sombong kepimpinan tinggi UMNO, UMNO semakin terpinggir. Akar UMBI UMNO dah malu nak memceritakan kehebatan pemerintahan UMNO.



'Umno runtuh, PAS perlu ke depan perjuang agenda Melayu Islam':

Diterbitkan  | 


   
PAS menyifatkan krisis yang melanda Umno kebelakangan ini
telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak
berupaya memperjuangkan agenda Melayu Islam.
Setiausaha Agung PAS
Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan kepada keadaan itu, PAS perlu
menjadi parti utama menggalas tanggungjawab itu.

"Kalau dulu kita
lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang Umno yang menjuarai
perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada
dalam kerajaan.

"Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan
ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti
menyebabkan struktur Umno di beberapa peringkat sudah runtuh," katanya
dalam sidang media selepas menghadiri program Munaqasyah Ucapan Dasar
Presiden, di Alor Setar hari ini.

Rabu lepas, hampir keseluruhan
barisan kepimpinan Umno Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar
parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Semalam, enam lagi wakil rakyat Umno meninggalkan parti.
Ikatan longgar PAS, Umno di Dewan Rakyat
Ditanya
jika perkembangan itu memberi kesan terhadap kekuatan pembangkang di
dalam Dewan Rakyat, Takiyuddin berkata bilangan wakil rakyat Umno tidak
menentukan peranan dan pendirian PAS.

"Walaupun
kita (PAS dan Umno) sama-sama pembangkang, tapi kita mempunyai ikatan
yang longgar di Dewan Rakyat, berapa pun bilangan Umno pendirian kita
jelas, kita berkecuali terhadap isu atau perkara-perkara yang dibawa
kerajaan.

"Kita berperanan menasihat kerajaan, maknanya kita tegur
apa yang tidak betul dan kita sokong apa yang betul, jadi, bilangan
anggota Umno dalam Dewan Rakyat saya tidak nampak memberi masalah besar
kepada kita," katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan keluar
parti oleh pemimpin Umno itu, anggota parlimen Kota Bharu itu berkata ia
memang dijangka berdasarkan landskap politik semasa dan berkemungkinan
akan berlaku lagi selepas ini.

"Mana-mana parti pun apabila berada
dalam keadaan begitu ahli dia akan bertempiaran lari kerana sebagai
orang politik mereka memerlukan platform untuk berjuang," katanya yang
turut mengalu-alukan sekiranya ada anggota Umno yang ingin menyertai
PAS.

- Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...