Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, December 12, 2018

Luahan hati ahli lembaga pengarah Tabung Haji @ 'Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah.'

Luahan hati ahli lembaga pengarah Tabung Haji

Dr Ashraf Md Hashim  | 
Diterbitkan  | 


   
Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji. Ini menunjukkan
kita sayang kepada organisasi ni. Secara ringkas, saya simpulkan:

Lembaga
Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper (PWC), iaitu sebuah
firma audit antarabangsa yang bebas politik dan mempunyai kredibiliti
untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji (TH).

Tiada
arahan untuk mencari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat
sebenar. Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana
dalam laporan kewangan.

Sahabat-sahabat boleh lihat nota lembaga
pengarah dalam dokumen yang dibentangkan dalam parlimen. Boleh minta
dari mana-mana ahli parlimen terdekat.

"Kawal Selia" oleh Bank Negara bukan bermaksud Tabung Haji akan berada di bawah Bank Negara (BNM).

Tiada dalam Akta Tabung Haji yang menyatakan bahawa Tabung Haji berada bawah BNM.

Cuma
lembaga pengarah mahukan secara self regulated, dari segi urus tadbir,
untuk BNM buat audit ke atas operasi TH. Sebagaimana BNM buat audit ke
atas semua bank-bank komersial yang lain. Melalui audit tersebut, salah
silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan.

Dalam bab
ini, BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada
salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat
dilakukan.

Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan. Ia menjalankan tugas berpandukan Akta Bank Negara.

"Kawal
selia' ini tidak bermaksud TH di kawal oleh BNM. Semua keputusan akan
dibuat oleh TH sebagaimana diperuntukkan oleh Akta TH.

Sepanjang
lebih kurang empat bulan saya dalam lembaga pengarah tabung haji, dengan
mesyuarat lembaga dan jawatankuasa lembaga yang hampir setiap minggu,
saya boleh sahkan bahawa tiada lansung campur tangan politik, Mujahid
Yusof, apatah lagi menteri kewangan.

Untuk makluman, sebelum
dilantik, ana telah dipanggil oleh CPE. Selepas sesi "berkenalan",
mereka maklumkan hasrat untuk melantik saya ke dalam lembaga pengarah TH
dengan mandat:

"Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah".

Alhamdulillah, dengan mandat tersebut, ana bersetuju. Saya nampak, begitu juga pendirian ahli-ahli lembaga yang lain.

Doakan kami semoga dapat menunaikan amanah yang berat ini sebaiknya.


PROF DR ASHRAF MD HASHIMAhli Lembaga Pengarah Tabung Haji
Ahli Komiti Shari’ah International Islamic Liquidity Management Cooperation
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
Ahli Komiti Shari’ah Tabung Haji
Ahli Persatuan Perbankan Islam Malaysia
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Ada permintaan BERSATU masuk Sabah - Muhyiddin


 
Diterbitkan  | 


   
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan ada permintaan untuk
parti itu melebarkan sayap ke Sabah susulan tindakan 14 wakil rakyat dan
pemimpin kanan Umno negeri itu bertindak keluar parti.

Muhyiddin
yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan untuk Bersatu ke Sabah
bergantung kepada beberapa perkara dan memerlukan pertimbangan Parti
Warisan Sabah (Warisan) dan komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri
bawah bayu itu.

"Yang penting kita tidak mahu timbul pertembungan
kepentingan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan
sumbangan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin Yassin Kuala Lumpur
(TSMCG) kepada 10 badan amal, di Kuala Lumpur hari ini.

Umno
Sabah dilaporkan lumpuh apabila pengerusinya Hajiji Mohd Noor bersama
sekumpulan wakil rakyat dan ketua bahagian meninggalkan parti itu untuk
menjadi anggota politik bebas.

Hajiji yang juga ketua Umno Tuaran
berkata tindakan keluar parti berkuat kuasa hari ini melibatkan lima
anggota parlimen, sembilan Adun dan dua senator.

Mengulas
lanjut, Muhyiddin menyifatkan perkembangan itu sesuatu yang baik untuk
PH, khususnya apabila kesemua yang keluar parti itu menyatakan sokongan
kepada parti yang menjadi kerajaan pusat.

Terdahulu, Muhyiddin menyerahkan replika cek sumbangan daripada TSMTG berjumlah RM100,000 kepada wakil 10 badan amal.

Antaranya
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Pusat Jagaan Titian OKU
Normah Adlan, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas dan Pusat
Kebajikan Singh Malaysia.

- Bernama


Rahman Dahlan: Ada masih tidak kena dengan Umno

Rahman Dahlan: Ada masih tidak kena dengan Umno:

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •  



  • Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan yang namanya tidak
    berada dalam senarai pemimpin dan wakil rakyat Umno Sabah yang bertindak
    meninggalkan parti itu secara beramai-ramai percaya tindakan
    rakan-rakannya itu adalah isyarat bahawa ada sesuatu yang masih tidak
    kena dengan Umno hari ini.

    Malah dalam beberapa hantaran di
    Twitter, timbalan ketua Umno bahagian Tuaran itu berkata, hala tuju Umno
    masih terumbang ambing dengan banyak isyarat daripada pelbagai pemimpin
    atasan yang mengelirukan akar umbi.

    “Hala tuju parti masih terumbang-ambing. Banyak isyarat yang datang dari pelbagai pihak atasan mengelirukan akar umbi.

    “Sekejap
    ke kiri, sekejap ke kanan, sekejap ke tengah. Enam bulan berlalu, Umno
    masih tidak mampu untuk memberi isyarat yang jelas ke mana halatuju
    parti ini mahu dibawa,” ciapnya.

    Walaupun
    tidak menjelaskan peristiwa dan kejadian mana yang dirujuknya, namun
    sejak kebelakangan ini ada pihak yang mendakwa tindakan pemimpin atasan
    Umno, khususnya presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi yang cuba berbaik
    dengan pemimpin PAS menimbulkan keresahan di kalangan ahli Umno di
    Sabah.

    Menuding jari
    Sabtu
    lalu, Umno bergandingan dengan PAS bagi menjayakan himpunan membantah
    Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd) di
    Kuala Lumpur.

    “Dalam konteks Sabah, keunikan politiknya gagal
    dibaca oleh Umno pusat pasca PRU14. Tidak ada usaha libat urus atau
    engagement yang konsisten dan substantif sejak PRU14.

    “Sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, saya tidak terkejut dengan tindakan pemimpin-pemimpin kanan Umno Sabah yang keluar parti.

    “Saya tidak salahkan mereka. Itu hak mereka apabila mereka sudah menimbang semua aspek politik Sabah.

    “Selepas
    ini akan ramai menunding jari, namun tidak ramai yang akan mengaku
    bahawa kecelaruan hala tuju Umno adalah salah satu penyebab kenapa
    pemimpin Umno Sabah membuat keputusan untuk keluar dari Umno,” katanya.

    Umno Sabah lumpuh
    Umno
    Sabah hari ini lumpuh selepas hampir semua anggota jawatankuasa badan
    perhubungan negeri itu termasuk pengerusinya Hajiji Mohd Noor
    mengumumkan keluar parti.

    Hajiji yang juga Adun Sulaman, berkata
    semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan
    Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti.

    Tindakan keluar parti
    yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan
    Adun dan dua senator, kata Hajiji yang juga adalah ketua Umno Tuaran.

    Lima
    anggota Parlimen itu ialah Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa
    (Sipitang), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Edris (Libaran) dan
    Rahim Bakri (Kudat), katanya.

    Selain Hajiji, lapan lagi Adun ialah
    Masidi Manjun (Karanaan), Japlin Akim (Usukan), Musbah Jameh(Tempasuk),
    Gulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Arifin Arif (Membakut), Isnin Aliasnih
    (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Nizam Titingan (Apas).

    Dua senator Umno yang keluar parti pula ialah Ghani Yassin dan John Ambrose.

    Umno
    bahagian yang kehilangan ketuanya termasuk yang memangku ialah Kudat,
    Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar,
    Kimanis (memangku), Beaufort, Sipitang, Keningau, Beluran, Sandakan,
    Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau, Libaran, Putatan dan Ranau.

    Baki empat lagi bahagian iaitu Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan belum menyatakan pendirian mereka.


    UMNO/BN terus tersungkur di Sabah. Adakah ini termakan sumpah "cash is king" rejim DS Najib.

     

    Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno:

    Diterbitkan  | 
    Dikemaskini



    Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak adalah
    antara pemimpin Umno Sabah yang bertindak meninggalkan parti itu, petang
    tadi.

    Salleh adalah antara mereka yang lantang membela dan
    mempertahankan bekas perdana menteri Najib Razak sebelum BN dan Umno
    tumbang pada pilihan raya umum lalu.

    Najib melantik Salleh, yang
    adalah bekas ketua menteri Sabah, sebagai anggota kabinetnya pada tahun
    2015. Terdahulu beliau dilantik sebagai senator.

    Salleh hadir pada
    sidang akhbar di Kota Kinabalu petang ini bersama puluhan ahli parlimen
    dan Adun Umno Sabah yang mengumumkan keputusan mereka untuk menjadi
    wakil rakyat Bebas.

    Walau bagaimanapun, mereka yang meninggalkan
    Umno itu berjanji untuk menyokong Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Dr
    Mahathir Mohamad.

    Salleh adalah pengkritik lantang apabila Mahathir sering membidas Najib terutamanya, berhubung skandal 1MDB.

    Pada
    pilihan raya 9 Mei lalu, bekas menteri itu tewas di kerusi Parlimen
    Kota Belud dalam pertandingan empat penjuru. Kerusi itu dimenangi oleh
    Isnaraissah Munirah Majilis alias Fakharudy dari Parti Warisan Sabah.

    Sementara itu, Pandikar Amin Mulia, yang juga adalah Speaker Dewan Rakyat selama dua penggal, urut meninggalkan Umno Sabah.

    Menjelang pilihan raya umum 2018, Pandikar mengumumkan hasratnya mahu bertanding semula dan kembali aktif dalam politik.

    Namun, hasratnya tidak tercapai apabila beliau tidak dilantik sebagai calon.

    Umno
    Sabah hari ini lumpuh selepas hampir semua anggota jawatankuasa badan
    perhubungan negeri itu termasuk pengerusinya Hajiji Mohd Noor
    mengumumkan keluar parti.

    Pada sidang media di Kota Kinabalu,
    Hajiji yang juga Adun Sulaman, berkata semua ketua bahagian kecuali
    Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan turut mengumumkan keluar
    parti.

    Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini
    melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan Adun dan dua senator, kata
    Hajiji yang juga adlah ketua Umno Tuaran.

    Lima anggota Parlimen
    itu ialah Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Azizah
    Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Edris (Libaran) dan Rahim Bakri (Kudat),
    katanya.

    Menurut Hajiji selain beliau, lapan lagi Adun ialah
    Masidi Manjun (Karanaan), Japlin Akim (Usukan), Musbah Jameh(Tempasuk),
    Gulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Arifin Arif (Membakut), Isnin Aliasnih
    (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Nizam Titingan (Apas).

    Menurut Hajiji, dua senator Umno yang keluar parti ialah Ghani Yassin dan John Ambrose.

    Umno
    bahagian yang kehilangan ketuanya termasuk yang memangku ialah Kudat,
    Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar,
    Kimanis (memangku), Beaufort, Sipitang, Keningau, Beluran, Sandakan,
    Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau, Libaran, Putatan dan Ranau.

    Menurut Hajiji baki empat lagi bahagian iaitu Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan belum menyatakan pendirian mereka.

    Tindakan
    keluar parti itu turut melibatkan ketua Puteri semua Umno bahagian
    sementara Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata pemimpin
    sayap tersebut belum membuat keputusan.


    Muhyiddin: Status Taman Negara berbeza dengan tanah kesultanan


    Muhyiddin: Status Taman Negara berbeza dengan tanah kesultanan: .

    Geraldine Tong  | 
    Diterbitkan  | 
    Dikemaskini

    Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kedudukan
    Pulau Kukup sebagai Taman Negara yang diwartakan tidak sama dengan
    klasifikasi sebagai tanah kesultanan.

    Beliau berkata Enakmen Taman
    Negara Johor digubal ketika beliau menjadi menteri besar negeri itu
    antara 1986 hingga 1995, untuk melindungi semua taman negara di situ.

    "Ada
    keputusan daripada pihak tertinggi yang mengatakan kita akan
    menjadikannya taman negara. Tetapi ada perbezaan dengan apa yang saya
    buat ketika itu dengan apa yang berlaku sekarang. Statusnya sedikit
    berbeza.

    "Ia boleh kekal sebagai taman negara tanpa dibatalkan
    wartanya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling
    Jaya hari ini.

    "Tetapi untuk menukarnya kepada tanah kesultanan, statusnya sudah sedikit berubah.

    "Walaupun
    mereka mengatakan akan melakukan segalanya agar ia kekal sebagai taman
    negara, pemilikannya telah berubah," katanya lagi.

    Muhyiddin merayu agar Sultan Johor mengembalikan pewartaan Pulau Kukup sebagai Taman Negara.

    Beliau berkata jika pewartaan Pulau Kukup dikembalikan, semua orang boleh memasukinya tanpa memerlukan kebenaran pihak tertentu.

    Katanya, warta itu juga merupakan mekanisme yang lebih baik untuk mengekalkan pulau itu sebagai taman negara.

    "Apa-apa pun, ini adalah pandangan peribadi saya dan sebagai orang Johor, saya bukanlah orang luar," katanya lagi.

    Pulau
    Kukup yang terletak di Pontian adalah salah satu daripada sebilangan
    kecil lahan basah yang masih kekal asli di Asia Tenggara, dan satu
    daripada lima tapak Ramsar di Malaysia.

    Tapak Ramsar adalah lahan
    basah yang mempunyai kepentingan antarabangsa berdasarkan Konvensyen
    mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa PBB.

    'Hilang perlindungan undang-undang'

    Menurut
    laporan, kerajaan BN sebelum ini telah membatalkan pewartaan Pulau
    Kukup sebagai Taman Negara agar ia diklasifikasikan sebagai tanah
    kesultanan.

    Ini
    bermakna pulau itu hilang status di sisi undang-undang sebagai taman
    negara dan statusnya bergantung kepada Sultan Johor - pemilik kepada
    tanah kesultanan.

    Sebelum ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
    Dr Xavier Jayakumar berkata kabinet memutuskan pulau itu perlu kekal
    sebagai taman negara.

    Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan
    Ibrahim kemudian membidas Xavier, mengatakan 'orang luar' tidak perlu
    masuk campur dalam hal negeri itu.

    Dalam sidang media hari ini,
    Muhyiddin juga menjelaskan beliau mewujudkan Enakmen Taman Negar Johor
    untuk memastikan taman seumpama itu dijaga bawah Johor Land Corporation.

    "Jadi apabila saya dengar wartanya dibatalkan, saya berasa marah, untuk apa saja sebab (nyahwarta itu)," katanya lagi.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...