Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, July 31, 2018

'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'

Sanggup kerajaan UMNO/BN khianati negara. Sanggup mengharapkan AS sebagai pembela kpd DS Najib untuk terus berkuasa. Sanggup UMNO/BN memburukkan Tun M agar DS Najib terus berkuasa. Sanggup negara dijajah oleh AS yg amat pro kepada Yahudi Israel yg membunuh ribuan rakyat islam palestien. Kami amat tersinggung dan sedih atas apa yg didedahkan ini krn selama ini kami amat menyokong UMNO/BN selama ini hingga PRU13.



'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat': Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, Hasanah boleh disiasat di bawah Seksyen 124C atau Seksyen 121 Kanun Keseksaan.



'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk
Hasanah Abdul Hamid boleh didakwa kerana melakukan pengkhianatan apabila
mengakui surat kepada Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) adalah tulen,
kata seorang peguam.


Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, Hasanah boleh disiasat di bawah
Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba mengganggu demokrasi
berparlimen atau Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melakukan
pengkhianatan.


Beliau berkata, Hasanah tidak sepatutnya menyatakan surat tersebut tiada kaitan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkara itu masih disiasat.


"Malah, pihak polis yang sepatutnya membuat kenyataan itu selepas
siasatan, sama ada Najib terlibat atau tidak, kerana perkara itu
tertakluk kepada beberapa laporan polis yang dibuat terhadap kandungan
surat itu.


"Oleh sebab Hasanah mengakui kandungan surat itu, dia boleh disiasat
di bawah Seksyen 124C atau lebih teruk, melakukan pengkhianatan.


"Dia mesti ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat mengenai siapa
yang berada di belakang dalam memberi arahan untuk menulis kandungan
surat itu. Jika ada bukti yang cukup, dakwa dia atau orang-orang di
belakangnya yang menulis surat itu, "katanya.


Seksyen 124C Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman sehingga 15 tahun
penjara, manakala Seksyen 121 memperuntukkan hukuman penjara seumur
hidup atau hukuman gantung.


'Keselamatan negara, bukan keselamatan parti'


Memandangkan kerajaan kini menentang penggunaan Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Haniff menegaskan polis
masih boleh memohon reman terhadap bekas ketua pengarah MEIO itu selama
14 hari untuk menjalankan siasatan.


Peguam itu menambah agensi perisikan berkenaan harus digunakan untuk
kepentingan keselamatan negara dan bukan bagi menyelamatkan parti
tertentu.


Katanya, itu sebab mengapa beliau tidak bersetuju dengan dakwaan
Hasanah bahawa kebocoran itu bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972
(OSA).


"Malah, orang yang membocorkan surat tersebut melakukan perkara yang
betul, kerana tindakan kerajaan terdahulu seperti mengundang campur
tangan asing.


"OSA boleh digunakan untuk mengekalkan keselamatan negara tetapi
bukan membantu mengekalkan kerajaan melalui cara yang tidak sah dengan
mendapat sokongan asing.


"Ini merupakan contoh penyalahgunaan undang-undang di mana penjawat
awam secara salah melindungi kerajaan BN sebagai sebahagian daripada
keselamatan negara," tegasnya.


[Baca berita penuh]


Lim Guan Eng Dedah RM5 Juta Dibayar Kepada Arul Kanda 1MDB | MENGEJUTKAN


 

Najib sahkan RM5 juta dibayar pada Arul Kanda, kata Lim

Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

PARLIMEN | Bekas perdana menteri,
Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bayaran sebanyak RM5 juta telah
dibuat kepada bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dedah Menteri
Kewangan Lim Guan Eng hari ini.


Ini sekali gus mengesahkan laporan eksklusif Malaysiakini pada bulan Jun lalu yang melaporkan kerajaan bersetuju membayar ex-gratia kepada bekas orang kuat 1MDB itu


"Pada Januari tahun ini RM5 juta dibayar kepadanya (di mana) RM2.5
juta sebagai pendahuluan. Selepas 30 Jun, RM2.5 juta (lagi dibayar),"
kata Lim semasa menggulung perbahasan titah ucapan diraja di Dewan
Rakyat hari ini.


"Kontrak itu ditandatangani oleh bekas perdana menteri," tambah beliau


Selain Arul Kanda, Lim juga berkata bekas pengarah SRC International
Sdn Bhd, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil masing-masing telah
dibayar sebanyak RM84,583 dan RM74,583.


Beliau berkata Nik Faisal juga menerima gaji bulanan sebanyak RM335,000 dan bonus sebanyak RM533,000.


"Sejumlah RM106,000 dibayar kepada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bagi pihak pengarah (Suboh dan Nik Faisal)," katanya.


Kecoh Mengenai 1MDB ~ Guan Eng Parsoal MP BN Soal Bayaran Hutang 7BILLION 1MDB


Kecoh Mengenai 1MDB ~ Guan Eng Parsoal MP BN Soal Bayaran Hutang 7BILLIO...



Kecoh Mengenai 1MDB ~ Guan Eng Parsoal MP BN Soal Bayaran Hutang 7BILLION 1MDB 



Peguam dakwa keyakinan perisik MEIO kini goyah

 Kjaan UMNO/BN pengkhinat kedaulatan negara. Sanggup memburukan Tun Mahathir untuk DS Najib terus berkuasa. Syukur, Alhamdulillah . Terima kasih Allah .Langkah rakyat membenam DS Najib dan kepimpinan UMNO/BN rupanya satu hikmah yg amat besar. Jika tidak Malaysia dijajah oleh AS yg amat pro kpd Israel yg membunuh ribuan rakyat plastein.



Peguam dakwa keyakinan perisik MEIO kini goyah: Ia berlaku selepas pertubuhan terbabit didedahkan kali pertama sejak ditubuhkan pada 1960-an.

MEIO kini goyah

Faisal Asyraf  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk
Hasanah Abdul Hamid kini bimbang terhadap moral pegawai agensi terbabit,
kata peguamnya Shaharudin Ali.


Kata Shaharudin, kebimbangan itu berlaku ekoran kebocoran surat yang
ditulis Hasanah kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Gina Haspel
beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada
9 Mei lalu.


"Moral dan keyakinan pegawai MEIO di seluruh negara sekarang goyang.


"Mereka berada dalam keadaan ketakutan dan teragak-agak untuk
berkongsi maklumat risikan kerana bimbang (identiti) terdedah," katanya
pada sidang media di Kuala Lumpur petang ini.


Shaharudin berkata ini kali pertama kewujudan MEIO didedahkan sejak ia ditubuhkan pada 1960-an.


Tambahnya apa yang berlaku kini juga menandakan kali pertama dokumen berkaitan agensi terbabit dibocorkan.


Menurut peguam itu MEIO mempunyai lebih 1,000 pegawai perisikan yang beroperasi di seluruh negara.


Bukan bentuk derhaka


Pada sidang media sama Shaharudin juga mendakwa seramai 10 pegawai
kanan MEIO menyaring surat ditulis Hasanah - bertarikh 4 Mei 2018 -
kepada Gina.


Katanya pertukaran maklumat risikan, latihan dan pertukaran pegawai
di antara CIA dan MEIO adalah perkara rutin bagi memastikan negara ini
mencapai tahap kemampuan operasi risikan yang canggih dan boleh
diharapkan.


"Justeru surat MEIO bertarikh 4 Mei 2018 itu bukanlah suatu perkara
yang aneh, dan jauh sekali sepucuk surat yang berbentuk derhaka,"
katanya.


Terdahulu Hasanah - yang menandatangani surat berkenaan - membuat laporan kepada polis berhubung kebocoran dokumen terbabit.


Ditemui media selepas itu Hasanah enggan memberi komen lanjut kecuali
menyatakan surat terbabit tidak ada kaitan dengan bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Razak.


Surat itu ditulis sebagai usaha badan terbabit mendapatkan sokongan AS jika BN memenangi PRU ke-14 dengan majoriti kecil.


[Baca berita penuh]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...