Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, June 25, 2018

MOF sentiasa utamakan Bahasa Melayu - Menteri


 

Guan Eng perjelas kontroversi kenyataan dalam bahasa Cina

Lim Guan Eng  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

ULASAN | Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.


Adalah tidak benar dakwaan bahawa Bahasa Mandarin telah menggantikan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Kementerian Kewangan dan ini boleh
dibuktikan dalam laman web rasmi Kementerian Kewangan.


Kenyataan rasmi Bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada Bahasa
Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala
diterjemahkan ke dalam Bahasa Mandarin jika ada keperluan.


Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi Bahasa Melayu
kepada Bahasa Inggeris ataupun sekali-sakala dalam Bahasa Mandarin boleh
diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian
Kewangan telah ditukar ke bahasa Bahasa Mandarin.


Jika adapun, terjemahan ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada
keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma
teknikal.


Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina
atau media sosial dan tidak diguna pakai dalam laman rasmi Kementerian
Kewangan.


Ingin saya tegaskan bahawa semua kenyataan dalam media rasmi saya
bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya
diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu.


Pendirian mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.


Akan tetapi, saya akan menggunakan bahasa lain dalam akaun media
sosial saya dan juga Bahasa Mandarin dalam komunikasi saya bersama
akhbar Cina.


Saya telah mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin pada 24 Jun 2018 tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan.


Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin
tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran
berkenaan dengan status yang dimuat naik dalam laman sosial saya pada 24
Jun 2018.


Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia.



LIM GUAN ENG ialah menteri kewangan.


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Siti Kasim ditahan atas dakwaan culik, halang tugas polis


 
Published on Jun 23, 2018

Peguam Siti Kasim ditahan polis atas dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Tangkapan itu, yang disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi Facebook Live, didakwa berkaitan dengan seorang wanita yang merupakan anak guam Siti.

Siti didakwa beberapa mengurung anak guamnya itu secara paksa.

Namun, berdasarkan video Facebook Live itu, seorang wanita, yang dipercayai anak guam Siti yang dimaksudkan, dilihat bersuara dan menafikan dakwaan bahawa Siti menculiknya.

1MDB: Bekas pegawai khas PM direman tujuh hari


 1MDB: Bekas pegawai khas PM direman tujuh hari: Suspek bergelar Datuk yang berusia 42 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 9.45 malam semalam.

Dikemaskini


Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak hari ini direman tujuh hari bagi membantu SPRM berhubung siasatan
skandal kes 1MDB.


Adalah difahamkan bahawa suspek bergelar Datuk yang berusia 42 tahun
itu ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 9.45 malam semalam dengan
kenyataannya dirakamkan.


Majistret Shah Wira Abdul Halim hari ini membenarkan lelaki itu direman sehingga Ahad ini.


Dia disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.


Terdahulu, suspek tiba di perkarangan mahkamah di Putrajaya kira-kira
9.15 pagi berpakaian lokap SPRM berwarna oren dengan tangan bergari.


SPRM memohon reman selama tujuh hari, tetapi suspek bagaimanapun
mengakui dia mempunyai "masalah kesihatan" dan berjanji memberikan
kerjasama penuh kepada SPRM.


Adalah dilaporkan lebih setahun lalu bahawa sebuah syarikat yang
dimiliki oleh suspek menerima RM2 juta dari akaun peribadi Najib, yang
didakwa berasal dari SRC International, anak syarikat 1MDB.


Suspek juga adalah pemilik bersama syarikat yang membangunkan aplikasi mudah alih Najib yang diterbitkan sekitar dua tahun lalu.


Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Negara sebelum dilantik sebagai
pegawai khas kepada Najib pada 2009. Beliau meletakkan jawatan pada 5
Jun lalu.

Sunday, June 24, 2018

“Haaa nindia!! Tun Mahathir punya Tukang kebun” ����❤️��✌��


 
Published on Jun 16, 2018

Ahli Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali umum keluar Umno dan BN


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

  
Anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
mengumumkan keluar daripada Umno bagi menyatakan sokongan terhadap
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kerajaan negeri dan
Pakatan Harapan.


"Saya dengan ini umumkan, bahawa mulai saat ini saya keluar dari Umno
dan BN, dan isytiharkan sokongan saya kepada Tun M dan kerajaan Pakatan
Harapan (serta) MB Perak, Faisal Azumu,"  kata Azmi pada sidang
akhbar yang disiarkan secara langsung oleh Sinar Harian.


Noor Azmi berkata beliau pada masa ini akan menjadi anggota parlimen
bebas dan merancang akan menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).


Keputusan beliau keluar daripada Umno menyebabkan parti itu kini
hanya memiliki 53 kerusi parlimen, manakala BN memiliki 56 kerusi secara
keseluruhan.


Noor Azmi memenangi perlimen Bagan Serai dengan majoriti tipis 172
undi berbanding pencabarnya dari PAS, Rohaya Bakar pada pilihan raya
umum (PRU) lalu.


Ditanya sama ada beliau keluar dari parti itu kerana kecewa dengan
keputusan PRU, Azmi berkata beliau sebelum ini sentiasa dianggap sebagai
'penghalang' dalam Umno.


"Dalam lima tahun ni saya memang tak diterima oleh ahli bahagian,"
katanya yang menjelaskan beliau juga tidak diterima memegang jawatan
dalam bahagian.


Noor Azmi turut mendakwa pada PRU lalu, terdapat usaha oleh Umno Bagan Serai untuk mensabotaj pencalonannya.


Terus berkhidmat kepada rakyat


Bagaimanapun, Noor Azmi berulang kali menegaskan bahawa tindakan
beliau menyokong HARAPAN adalah supaya dapat berkhidmat kepada rakyat
dengan lebih baik.


"Tanya rakyat Bagan Serai. Saya bukan YB Datuk Dr Azmi. Saya Doktor Azmi. Saya yang sunatkan anak cucu-cucu tuan.


"Saya kerja doktor dah 30 tahun. Klinik saya dah hampir 27 tahun," katanya.


Noor Azmi juga berharap dengan sokongan terhadap HARAPAN, kerajaan akan memberikan bantuan kepada penduduk Bagan Serai.


"Tanpa kuasa dan peruntukan yang kuat, kita tak dapat tolong rakyat," katanya.


Menurut Noor Azmi, masalah dihadapi di Bagan Serai melibatkan isu 
pendidikan, pertanian dan sosioekonomi, serta kemudahan bekalan air di
kawasan pedalaman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...