Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, November 28, 2016

Kekayaa Rakyat Dewasa Singapura Lebih Sepuluh Kali Ganda Berbanding Rakyat di Malaysia.

‘Kekayaan rakyat Malaysia susut 7.2 peratus pada 2016': Laporan itu menyebut jumlah kekayaan isi rumah di Malaysia menurun AS$26 bilion atau 5.2 peratus.


Laporan Global Wealth yang dikeluarkan pada November menunjukkan bahawa jumlah kekayaan AS$474 yang dikumpulkan oleh rakyat Malaysia, hanya adalah 0.2 peratus daripada kekayaan dunia, kata Institut Penyelidikan Credit Suisse (CSRI).
Laporan itu menyebut jumlah kekayaan isi rumah di Malaysia menurun AS$26 bilion atau 5.2 peratus.
Walaupun laporan itu mengkategorikan Malaysia sebagai kumpulan berpendapatan sederhana atasan dengan produk negara kasar berjumlah AS$20,100 bagi setiap orang dewasa, ia mengklasifikasikan kualiti data kekayaan negara sebagai "miskin".
Menurut laporan itu yang mencatatkan penjanaan kekayaan di seluruh dunia, 19 juta rakyat di Malaysia menjana kekayaan AS$ 24,429 bagi setiap orang dewasa pada 2016.
Perangkaan itu adalah penurunan sebanyak AS$1,894 atau 7.2 peratus berbanding 2015.
Sementara itu, rakyat dewasa di Singapura dilaporkan mempunyai kekayaan purata AS$276,885 pada 2016. Ini adalah lebih sepuluh kali ganda berbanding dengan rakyat di Malaysia.
Purata hutang orang dewasa di Malaysia pula meningkat daripada AS$7,054 pada 2015 kepada AS$ 7,462 pada tahun ini.

Laporan itu menyebut Malaysia, yang sebelum ini dalam kategori "intermediate wealth group" atau "kumpulan kekayaan pertengahan” dengan purata kekayaan dalam lingkungan AS$25,000 hingga AS$100,000 telah terkeluar daripada kategori berkenaan.
Ia kini dalam lingkungan "frontier wealth" atau "sempadan kekayaan" iaitu mereka yang menjana AS$5,000 hingga AS$25,000 bagi setiap rakyat dewasa.
Golongan ini meliputi sebahagian besar negara di dunia dan kebanyakannya terdiri daripada negara yang ramai penduduknya termasuk China, Russia, Brazil, Mesir, Indonesia, Filipina, dan Turki, kata laporan itu.
"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia dan Poland berlegar berhampiran tahap AS$25,000 ini, tetapi hari ini kedua-duanya telah jatuh di bawah tahap itu," katanya.
[Baca berita penuh]

Alhamdulillah Semangat Bangsa Johor : Sultan Johor perkenan Syed Saddiq menghadap

Sultan Johor perkenan Syed Saddiq menghadap: Selepas pertemuan itu, beliau berkata, dirinya yakin bahawa sultan mempunyai kepentingan rakyat di hati baginda.

 http://mk-cdn.mkini.net/929/dd7302d70be0fae4da7916efb583a2f6.jpg 

Sultan Ibrahim Iskandar Johor mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas beliau menghantar surat terbuka yang mempersoalkan tindakan baginda mengharamkan protes jalanan di Johor.
Syed Saddiq yang juga adalah anak Johor, berkata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim juga hadir pada pertemuan di Istana Flinstone di Mersing itu.
 









“Patik sejujurnya amat terharu dan berasa rendah diri apabila Tuanku bersama seisi keluarga diraja sudi bercemar duli berjumpa patik dan meluangkan masa hampir seharian bersama patik, rakyat biasa,” katanya.
Sambil berikrar akan terus berusaha dan berkerja keras untuk pembangunan negara dan negeri Johor khususnya, Syed Saddiq berkata, keluarga diraja itu melayannya sebagai seorang bangsa Johor dan bukannya seorang ahli politik.
Beliau tidak menyatakan bila pertemuan itu berlaku.
“Sebelum patik tiba di Istana Flinstone secara jujurnya, patik cukup takut dan risau.
“Bukan kerana takut akan dikenakan tindakan berkenaan surat tempoh hari. Tapi risau sekiranya memang benar surat itu menyinggung perasaan DYMM Tuanku.
“Bukanlah niat patik ingin merendah-rendahkan Tuanku dengan warkah ikhlas tempoh hari,” kata Syed Saddiq dalam surat terbuka keduanya kepada sultan.
Selepas pertemuan itu, beliau berkata, dirinya yakin bahawa sultan mempunyai kepentingan rakyat di hati baginda.
“Namun, selepas berpeluang menghadap DYMM Tuanku, patik dapati bahawa Tuanku merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat.

 









“Sangat memahami diri kecil patik, rakyat biasa. Tuanku juga berkenan meluangkan masa memberi nasihat berkenaan masa depan negeri Johor dan kerjaya patik.
“Patik sedar bahawa segala tindakan dan keputusan Tuanku adalah berdasarkan rasa cinta dan kasih yang mendalam kepada bumi titahan Tuanku, negeri Johor,” kata Syed Saddiq.
Walaupun beliau tidak menyentuh mengenai butiran mengenai perbincangan dan pertemuan itu, beliau berterus-terang memuji Tunku Ismail, yang disifatkannya sebagai "visionary".
“Baginda Tunku mempunyai impian dan perancangan tentang segala apa yang dititahnya,” kata Syed Saddiq.
Polis sebelum ini berkata mereka akan menyiasat Syed Saddiq. Ini berhubung surat terbukanya mengenai titah diraja melarang demonstrasi jalanan yang didakwa berbaur hasutan.

Friday, November 25, 2016

Ketelusan dan Berintegriti Kerajaan UMNO Johor Patut Dicontohi Raih RM17.9 bilion, Johor negeri tertinggi catat pelaburan

RM17.9 bilion, Johor negeri tertinggi catat pelaburan@ Tahniah MB Tn Hj Mohd Khaled: Negeri Johor telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM17.992 bilion bagi sektor pembuatan sehingga...

 

 Negeri Johor telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM17.992 bilion bagi sektor pembuatan sehingga September 2016.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin semalam pada sidang Dewan Negeri Johor.

"Pelaburan asing (FDI) bernilai RM8.56 bilion dan pelaburan dalam negara (DDI) RM9.4 bilion"

"Kita jauh meninggalkan negeri-negeri lain, kedua dengan RM3.8 bilion ialah Selangor dan ketiga Pulau Pinang dengan RM3.7 bilion.

Angka itu dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan merupakan nilai pelaburan yang tertinggi dalam negara.

DS Najib Minta Semua Pihak Hormat Institusi Parlimen

DS Najib minta semua pihak hormat institusi Parlimen:
Ekoran insiden MP pembangkang cuba diserang sekumpulan individu di kawasan Parlimen semalam.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan semua pihak perlu menghormati institusi Parlimen.

Katanya beliau melihat insiden yang berlaku di Parlimen semalam yang melibatkan seorang Anggota Parlimen pembangkang cuba diserang sekumpulan individu adalah satu perkara yang serius.



Ahli Parlimen Amanah-Shah Alam, Khalid Samad mendakwa seorang daripada ahli kumpulan yang percayai dari Pasir Salak mengaku dirinya sebagai anak kepada timbalan menteri Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Terdahulu, Khalid hari ini diserang oleh kumpulan terbabit di luar lobi Parlimen apabila beliau keluar dari keretanya.

Isnin lalu, Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada "Kok”.

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga menyaman ahli parlimen Shah Alam itu.

Najib berkata beliau memandang serius kejadian itu dan sebarang tindakan berunsur keganasan terhadap ahli Dewan Rakyat.

"Kejadian itu sedang disiasat dan saya yakin @PDRMsia akan lengkapkan siasatan secepat mungkin," kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitter @NajibRazak malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam, Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah cuba diserang oleh sekumpulan 20 individu sebaik beliau tiba di pekarangan Parlimen.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah mengenal pasti 10 individu yang disyaki terlibat dalam insiden itu dan meminta mereka tampil untuk membantu siasatan.
- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...