Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, September 13, 2016

sALLEH : WSJ perlu kemuka calon untuk PRU-14

TUGAS PEMIMPIN BN UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA POLITIK MALAYSIA ... HANYALAH
DENGAN MENGGEMUKAN BUKTI UNTUK MENAFIKAN DAKWAAN WSJ... ATAU SAMAN BUKAN
HANYA MEMBERI PERINGATAN.... KAMI RAKYAT DAH JEMU DENGAN PENDEDAHAN
WSJ.... KAMI MAHU KERAJAAN BN SAMAN WSJ... JANGAN ASYIK CAKAP MACAM TIN
KOSONG... BUNYI KUAT TAPI HAPRAK.... KAMI TAK SABAR KERAJAAN SAMAN
WSJ.... DENGAN BUKTI PENAFIAN




WSJ perlu kemuka calon untuk PRU-14, kata menteri:

Salleh Said mengkritik akhbar Amerika itu kerana berkelakuan seperti ahli politik dan berkempen.

Monday, September 12, 2016

Malaysiakini : WSJ dakwa Rosmah belanja AS$6 juta beli baju, kasut, barang kemas




Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh WSJ.

"Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya.

"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.

Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.

Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.

Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.

Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.

Laporan terbaru itu juga memaparkan biografi Rosmah mengenai sumber dananya untuk membeli-belah.

"Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa yang salah?" petik Rosmah dalam biografi itu.

Menurut WSJ, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor bagi mendapatkan ulasannya mengenai laporan itu dan sedang menunggu jawapannya.

Zamkata: HUSNI DEDAH TAK BOLEH BERSEKONGKONG DENGAN "SUSPECT"

Zamkata: HUSNI DEDAH TAK BOLEH BERSEKONGKONG DENGAN "SUSPECT...:



Bekas  Menteri Kewangan 11,Datuk Ahmad Husni yang merahsiakan sebab pemberhentiannya  dua bulan lalu, kelmarin telah mendedahkan bahawa dia berhenti  kerana 1MDB telah menaikan darah tingginya.
Inilah bukti yang jelas bahawa orang baik dan jujur tak boleh bersekongkong dengan SUSPECT 
 

 


 

 


Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan di Parlimen 7 April lalu mendedahkan struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu kurang memuaskan.
 
1MDB yang bergantung kepada pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat menyebabkan hutangnya melonjak kepada RM42 bilion berbanding aset-aset sebanyak RM51 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014.Entiti itu telah membelanjakan sebanyak RM2.4 bilion untuk pembayaran faedah ke atas hutang.
 
Sehingga bulan Oktober 2015, pendedahan risiko Kerajaan Persekutuan jika 1MDB gagal melunaskan pinjaman, dianggarkan berjumlah RM20.31 bilion tidak termasuk bayaran faedah.
 
Pada Januari 2016, hutang 1MDB mencecah RM50 bilion, berbanding aset RM53 bilion, yang mana 1MDB membelanjakan sebanyak RM3.3 bilion untuk pembayaran faedah ke atas hutang antara 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit).
 
Bagaimanapun, laporan PAC itu mendapati kerajaan telah mengambil langkah serta-merta untuk memperbaiki masalah aliran tunai syarikat yang mula dikesan pada November 2014. 
 
Langkah pertama yang telah diambil ialah membawa masuk pengurusan tertinggi yang baru termasuk pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif, Arul Kanda pada Januari 2015.
 
Seterusnya Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) menumpukan perhatian serius untuk menyelesaikan masalah syarikat dengan melaksanakan kajian strategik pada bulan Februari 2015.
 
Susulan itu, 1MDB dan MKD telah membentangkan pelan rasionalisasi kepada Kabinet pada 29 Mei 2015. Berikut adalah struktur pelan rasionalisasi dalam usaha memulihkan kewangan 1MDB:
 



 
 
 





Blogger UMNO Shahbudin dot com: KELUAR UMNO...




Shahbudin dot com: JOM KITA KELUAR UMNO...:

Sempena Hari Raya Aidil Adha dan diiringi dengan semangat korban, bermula hari ini, saya secara rasminya bukan lagi merupakan ahli UMNO. Pem...





Kerana kesombongan dan keangkuhan kepimpinan UMNO semakin ramai pemimpin, blogger , ahli-ahli kepentingan dan ahli-ahli kampongan keluar UMNO. Adakah survival UMNO sebagai paksi kekuatan Melayu dalam arus politik tanah air ini akan terus bertahan.


Bakar buku perlembagaan: Rushdan isytihar keluar Umno sertai PPBM 

 

Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed akhirnya membuat keputusan untuk keluar daripada Umno semalam.

Beliau mengisytiharkan keluar daripada Umno dalam Program Jelajah selamatkan Malaysia 'Bicara Rakyat Bersatu' anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di padang berhampiran Surau Al Mustofa Ampangan, Negeri Sembilan dihadapan 3,000 penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia, (PPBM) semalam.

PPBM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros) pada 9 September lalu dalam siri jelajah kali pertama diadakan di Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad  dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pada malam bersejarah ini dihadapan ribuan rakyat Ampangan sebagai ahli Umno dan Ketua Cawangan malam ini saya  mengumumkan keluar daripada parti Umno.

"Saya mengumumkan untuk jadi ahli seumur hidup Parti Pribumi Bersatu Malaysia," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Rushdan adalah ahli Umno Cawangan Rista Villa, Bahagian Sepang itu telah dipanggil membela diri oleh Lembaga Disiplin Umno pada 26 Jun lalu kerana, tindakannya membakar buku perlembagaan Umno di Rumah Kelab Universiti Malaya.

 

PENDAFTARAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA @ BERSATU@PPBM


Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi , Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERSATU dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera berslogankan Maju, Adil dan Makmur.
  
Sejarah penubuhan

Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta pergantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016 yang jelas secara terang-terangan mengutuk perbuatan keji dan terkutuk YAB perdana menteri malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang meyeleweng wang pembiayaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Selamatkan Malaysia.

Borang pemohonan untuk mendaftarkan Parti PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti. . Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 9 September 2016

Kepimpinan

Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Nama Jawatan
Pengerusi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir
Setiausaha Agung Kamarul Azman Habibur Rahman
Bendahari Anina Saadudin
AJK Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
AJK Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi

Matlamat Parti Bersatu

  • Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  • Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  • Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  • Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  • Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  • Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;
  • Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  • Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  • Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  • Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  • Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  • Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  • Menjatuhkan Najibon

 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)






 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...