Bersama Timbalan Presiden UMNO - Kelab Sultan Sulaiman 7 Dis 2015
Atau anda boleh ke Youtube ( KLiK
) dan copy embed code di sana dan paste di mana saja blog atau FB (
seperti yang biasa kita buat kalau nak copypaste video Youtube )
Untuk pengetahuan, majlis adalah anjuran
bersama Umno Cawangan Kampung Sungai Rasau bersama Suara Belia Marhaen (
SUABEMA ), Gabungan Anak Melayu Bangkit ( GAMB ) dan Gabungan Ketua2
Pemuda Cawangan Se-Malaysia.
Disebalik 'arahan' supaya jangan disebut
isu RM2.6 bilion sepanjang PAU rupanya, sebaliknya pula yang berlaku
bila RM2.6 bilion menjadi antara isu utama yang dibincangkan. Yang
menjadi dalang buat kecoh bukan orang lain pun tapi Najib sendiri.
Konon sudah beri penjelasan terperinci
semasa taklimat .... konon semuanya sudah dijelaskan .... ternyata
tidak ada apa2 maklumat baru yang diberikan yang boleh menjelaskan
kemelut sedia ada.
Tapi yang buat tambah rencah isu RM2.6
bilion ini adalah cubaan Najib untuk meRAMAIkan bilangan penderma dari
satu orang kepada 'MEREKA'. ( lebih dari seorang )
Ya, saya katakan memang itu satu usaha
licik dari Najib sendiri. Selama ini SEMUA ORANG hanya merujuk kepada
SATU orang penderma saja. Cai2 Najib siap berikan contoh orang yang
kayaraya dari kalangan pak Arab yang banyak menderma untuk berikan
persepsi kononnya itu lah si penderma.
Pada 22 Ogos, Mkini melaporkan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua
pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang
mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri.
Whatever lah ...... apakata minta Zahid atau Najib sendiri komen di MANA BAKI WANG itu dan BERAPA BAKI yang tinggal ?
Kerana Umno ketika ini amat perlukan suntikan derma itu !
Kenapa artikel berkenaan sudah tidak dapat dikesan bila saya cuba klik ?
Hmmm .... bagaimanapun dari carian di blog lain yang sempat copypaste artikel berkenaan, ini adalah perenggan awalnya -
********************
Actually yang di atas tu sekadar nak
buat catatan sekiranya perlu rujukan kelak. Yang ini point utama artikel
sebagaimana tajuk -
Blogger JMD (KLiK)
ada mengingatkan kita kepada wang RM42 juta dari SRC yang turut
didedahkan ada dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. Yalah, kita duk
tumpu pada jumlah yang besar ( USD681 juta ) tapi kita jarang nak
bercakap mengenai jumlah yang lebih kecil iaitu RM42 juta yang berlaku
dalam negara dan waktunya pula baru sangat, tak sampai setahun.
Transaksi dari SRC yang juga tidak dinafikan oleh Najib ini berlaku dalam 3 peringkat -
1 - RM27 juta pada 26 Disember 2014
2 - RM5 juta pada 27 Disember 2014
3 - RM10 juta pada 10 Februari 2015
Yang ini tidak ada kaitan dengan Pak
Arab kan ...... Jadi yang ini derma jugakah ? Dari siapa ? Kenapa
berpunca dari SRC, sebuah syarikat yang asalnya milik 1MDB tapi
kemudiannya dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan ? Apa tujuan
pembayaran itu ?
Fakta yang saya maksudkan sebagai mampu
buat darah panas adalah .......perhatikan dua tarikh transaksi awal itu
.... 26 dan 27 Disember 2014 berjumlah RM32 juta.
Cuba ingat balik apa yang berlaku pada
tarikh itu tahun lepas ....... negara dilanda musibah banjir yang paling
teruk dalam sejarah. Kalau tak silap, masih ramai lagi mangsa yang
tinggal di penempatan sementara sehingga kini.
DAN DI MANA NAJIB ROSMAH PADA TANGGAL 26 DAN 27 DISEMBER 2014 ?
Tidak ada siapa pun tahu pasangan Najib
Rosmah sudah pergi bercuti kalau tak silap sekitar 20 Disember ....
namun percutian mereka menjadi berita gempar bila didedahkan oleh The
Washington Post pada 26 Disember yang menunjukkan gambar Najib sedang
bermain golf bersama Obama di Hawaii !
Bila dah kantoi big time, Najib pun
bergegas pulang seorangan meninggalkan Rosmah di Amerika, dan tiba di
tanahair pada 28 Disember.
Transaksi dari SRC bernilai RM32 juta itu adalah pada 26 dan 27 Disember .........
Anda fikirkan sendirilah ...... saya
hanya bentangkan FAKTAnya saja. MUNGKIN saja dana itu digunakan buat
bantu mangsa banjir, kan ...... secara senyap2, manalah kita tahu.
Maka itu kerana apakah kita gemparkan sumbangan RM2.6 billion kepada poket Najib untuk pilihanraya?
RM 2.6 billion luar biasa kerana selain dari jumlahnya yang sangat
besar dan dimasukan dalam akaun persendirian tetapi diakui datang dari
luar negara.
Pengakuan itu sekali gus menyebabkan sesiapapun tidak yakin bahawa
pemberian itu adalah sedekah yang ikhlas dari penderma atau
penderma-penderma asing.
Cerita Menteri Dalam Negeri bahawa kita tidak terikat apa-apapun dengan
penderma atau penderma-penderma itu bukan sahaja tidak dipercayai oleh
orang-orang yang bersekolah, malah yang tidak bersekolah pun
mentertawakan ini apatah lagi orang Melayu yang berpegang kepada "Ada
ubi ada batas, ada budi ada balas"
Boleh juga difikirkan mungkin negara-negara Arab yang memberikan sumbangan ini adalah proxy kepada kuasa-kuasa besar. Dari sejak sebelum dan sesudah merdeka pun Malaysia adalah proxy kuasa
Barat tetapi tidaklah didedahkan sumbangan mereka dalam bentuk
kewangan sebaliknya dilindungi oleh dasar kemanusiaan dan ketenteraan.
Pendedahan RM2.6 Billion oleh Najib Perdana Menteri Malaysia dan
Presiden UMNO Ini adlah suatu pendedahan yang sekaligus dianggap sebagai
melibatkan penjualan maruah bangsa dan negara dan menjustifikaksikan
kepada rakyat perbuatan rasuah secara terang terangan.
Jika seorang pemimpin negara yang berkuasa mencorakan dasar luar negara
dan ekonomi boleh menerima sumbangan dari negara asing untuk
kepentingan parti maka apakah salah jika pegawai tinggi kerajaaan
menerima sumbangan berjuta ringgit atas alasan untuk membantu pemimpin
negara mendapatkan sokongan pegawai-pegawai dibawahnya.
Tidaklah boleh dinafikan bahawa UMNOlah yang menjuarai ketulusan dalam
menerima sumbangan pilihnarya dari luar negara walaupun dahulu
disembunyikan dengan menuding jari kepada orang lain.
Rakyat masih berada dalam prasagka atas tuduhan terhadap parti-parti
pembangkang menerima sumbangan dalam pilihanraya dari luar negara
tetapi UMNO mendedahkan perbuatanya yang niat asalnya mahu disembunyikan
tetapi menjadi kes terlalu berat apabila dikaitkan dengan 1MDB.
Saya tidak tahu apakah Perdana Menteri Dr.Mahathir juga pernah menerima
sumbangan untuk dana pilihanraya dari luar negara tetapi kecendorongan
untuk mengungkit kesilapan dan keburukan Tun Mahathir bagi menutup atau
menjustifikasikan kesilapan Najib tidak akan dapat mempengaruhi rakyat
kerana jasanya sangat besar kepada negara dan agama yang menyebabkan
rakyat tidak mahu melihat dosanya.
Dasar bebas luar negara Tun Mahathir yang dipelupori oleh Tun Abdul
Razak telah menggoncangkan dunia dan Malaysia dihormati walaupun berada
dalam blog Barat. Dalam keadaan ini pun ekonomi negara maju terus
berbanding dengan sekarang walaupun menjadi anak emas baru US.
Dari dulu hingga sekarang dasar negara tetap menentang gerakan militan
tetapi tidak terlihat kerana menerima bantuan kewangan dari
negara-negara Arab yang menjadi proxy Barat tetapi sekarang
sokongan kita telah jelas kepada dunia terutama kepada puak militan
kerana kita disogokkan dengan wang dan bukan kerana dasar asal atau
kejatian diri kira.
Maka itu kita menjemput bahaya yang besar kepada keselamatan negara
kerana imej kita setaraf dengan negara-negara Arab yang menjadi alat
kepada dasar Amerika.
Kebijaksaan, kehalusan dan ketertiban diplomasi telah runtuh dan maruah
sebagai sebuah negara bebas dan berkecuali telah musnah kerana kerakusan
dan ketamakan.
Inilah harga yang sedang dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah
hilang perhitungan maruah dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Kepintaran Allahyarham Tun Abdul Razak dan keberanian kecekalan Tun
Mahathir dalam membina maruah bangsa tinggal sebagai kenangan untuk
ditangisi oleh anak anak bangsa.
Daripada : zainudin maidin