Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, August 12, 2014

Mesej Whatsapp Bocor? Pertemuan Anwar-Hadi Awang Gagal

Mesej Whatsapp Bocor? Pertemuan Anwar-Hadi Awang Gagal

Misi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membincangkan isu Menteri Besar Selangor dikhabarkan gagal mencapai matlamatnya.
Anwar dikatakan bertemu dengan Abdul Hadi semalam bagi memujuk PAS agar menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.
Berita mengenai kegagalan itu kini disebar secara meluas melalui aplikasi bual Whatsapp.
Ia merupakan petikan skrin mesej yang bocor dikatakan daripada seorang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat hari ini.
Anwar dikatakan bertemu Abdul Hadi di sebuah hotel dekat Kuala Ibai, Kuala Terengganu hari ini.
“Pertemuan antara Anwar dan Abdul Hadi semalam gagal, tiada kompromi, senario yang dikemukakan oleh seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki dilihat mungkin akan digunakan,” kata ahli berkenaan dalam mesj Whatsapp itu. - Sumber

Anwar juga pernah membelasah@pukul Azizah (Bakal MB Selangor @ Mak Zizah Malang)

RAHSIA KEGILAAN ANWAR IBRAHIM MAKIN TERBONGKAR #langkahkajang #sultanmurka

Rahsia kegilaan Anwar Ibrahim makin lama makin terbongkar ekoran daripada keinginan beliau untuk menjadikan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Shah Alam kali ini nampaknya membongkar isu dimana Wan Azizah dipukul oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.


Mengikut apa yang ditulis oleh Khalid Samad dalam akaun twitter milik beliau jelas mengatakan bahawa Wan Azizah dipukul oleh suaminya tapi tak taulah kalau Wan Azizah mempunyai suami lain selain dari Anwar Ibrahim.

Mungkinkah Khalid Samad juga merasakan bahawa beliau perlu mendedahkan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebelum ni terhadap Wan Azizah?

Nampaknya kegilaan Anwar bukan sahaja memegang jawatan tapi juga kegilaan beliau dalam melayani isteri selama ini.

Tapi seperti biasa, ahli PKR tidak akan percaya dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan pendedahan yang dilakukan oleh Khalid Samad ini akan dikata sebagai fitnah.

 

Anwar@Bagai Anjing Tersepit.... Dulu suruh Budak PKR saman Tn Guru Hj Hadi.. Sekarang Meluut Di Tepi Gantang

Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu

sumber by on August 11, 2014 

faizul abasApabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa ‘Bagai melepaskan anjing tersepit“, demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS.
Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut.
Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu.
Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.
Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya ‘telanjangkan’ Tok Guru kita… memang ANJING!” TTIMES memetik komen tersebut.
anjing1
anjing2

Pemimpin & Penyokong Pas Mesti Baca: Kembali Kepada Allah, Penjelasan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Adun Bukit Payong)

SURAT TERBUKA UNTUK PEMIMPIN DAN AHLI PAS

Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,

Kita semua menyedari sebab utama penyertaan kita dengan PAS kerana PAS adalah jemaah Islam yang berusaha untuk mengumpulkan ummah untuk menegakkan tuntutan Islam dan syariat Allah. PAS bergerak di landasan yang bersumberkan rujukan asas Islam iaitu Al-Quraan, Hadis, Ijma dan Qias. PAS berpolitik yang didasari dengan prinsip-prinsip Syara’ dan kaedah-kaedah fekah. 

PAS sentiasa mengingatkan kita dengan firman Allah :
”Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An Nisaa : 59)

Kalam suci ini memberi panduan kepada jemaah Islam dan pendokong-pendokongnya untuk merentasi jalan perjuangan yang panjang dan mencabar ini. Segala kekhilafan dan perbezaan pandangan mampu diurus dan disatukan dengan kesediaan seluruh pemimpin dan ahli PAS untuk kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang diperkukuhkan dalam PAS. Majlis Syura Ulama merupakan satu badan yang berperanan untuk merealisasikan ajaran Al-quraan untuk seluruh pendokong Jemaah Islam. 

Setiap pemimpin dan ahli PAS mesti menjadikan panduan al-Quraan dalam memperteguhkan Jemaah dan menyatukan pendirian mereka.

Firman Allah :
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).(An Nisaa : 83)

Apakah sikap segelintir pemimpin dan ahli-ahli PAS yang mula mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh majlis Syura Ulama mula melupai panduan Al-Quraan ? Majlis Syura Ulama tidak pernah melanggari bidang tugasnya, khususnya dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sahabatku Pemimpin dan Ahli PAS,

Majlis Syura Ulama berhak untuk menyatakan keputusan dalam persoalan ini kerana ia tidak boleh dipisahkan daripada beberapa prinsip asas dalam politik Islam.

Pertama : Adakah Hukum Islam membolehkan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan wanita ?

Kedua : Adakah hukum Islam membenarkan kita melucutkan jawatan seseorang pemimpin tanpa apa-apa sebab atau apakah sebab-sebab yang dibenarkan oleh syara’ untuk melucutkan jawatan seseorang yang telah dibaihkan untuk memerintah dan memimpin sebuah kerajaan ?

Menteri Besar Selangor bukan Menteri Besar untuk ahli-ahli PKR sahaja tapi ia adalah Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri dan rakyat Selangor. PAS tidak boleh berpolitik dengan menafikan ajaran Rasulullah, walaupun ajaran ini dilupai dan tidak diendahkan oleh orang lain. Rasulullah bersabda :

Tidak sesekali akan berjaya sesuatu kaum yang melantik pemimpin mereka daripada kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmizi, Nasai dan Ahmad dari Abu Bakrah).

Apakah jawatan Menteri Besar setaraf dengan wizarah tafwidh atau wizarah tanfiz ? Dalam merealisasikan Rahmat Untuk Semua, PAS mahu menyelamatkan rakyat dan wanita Islam agar jangan melupai dan menceroboh ajaran Nabi untuk kebahagiaan akhirat kerana kepentingan jawatan dan politik semata-mata di dunia. 

Sahabatuku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,

Kita tidak boleh melupai pengajaran para ulama. Imam Muslim telah menyebut satu tajuk dalam kitab Imarah/Kepimpinan iaitu bab wajib memenuhi baih/taat setia pada khalifah yang pertama dan seterusnya. Imam Muslim meriwayat beberapa hadis yang sepatutnya menjadi panduan dalam isu pertukaran Menteri Besar. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

"Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka". (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

Kenapa Rasulullah membimbing kita dalam melantik pemimpin untuk mentadbir dan mengurus rakyat dengan panduan ini ? Kenapa pemimpin tidak boleh dilucutkan jawatannya dengan sewenang-wenangnya, setelah berbaih untuk negeri dan rakyat ? Jawatan Menteri Besar bukan milik kekal tapi pertukarannya mesti dibuat berasaskan undang-undang dan panduan Islam. Jawatan Menteri Besar tidak layak untuk seseorang yang jahat, zalim dan salahlaku tapi kejahatan, penyelewengan dan salahlakunya mesti dibukti dan disabitkan kesalahannya. 

Kita membela Dato Seri Anuar Ibrahim yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan alasan yang tidak dibuktikan dan dizalimi tanpa perbicaraan yang adil. PAS boleh membiarkan DS Anuar Ibrahim dipecat dan dipenjara oleh pemimpin BN yang lebih mengenali DS Anuar Ibrahim dan melibatkan isu dalaman BN tapi PAS tetap menyakini segala alasan itu bohong dan pemecatan itu zalim dengan sebab tiada pembuktian yang kukuh dan adil. PAS terus membela dan mengajak rakyat membela Timbalan Perdana Menteri yang dizalimi dan ditukar tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Sewajarnya, kita jangan menzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim dengan memecat jawatannya melainkan dengan pembuktian yang kukuh dan adil. Kita tidak boleh berkompromi dengan kezaliman sebagaimana kita juga tidak boleh mempertahankan salahlaku dan penyelewengan yang terbukti dan sabit yang dilakukan oleh seseorang pemimpin. 

Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,

PAS tidak boleh memisahkan perjuangan dan pergerakkannya daripada sifat WALA’. 

Firman Allah dalam surah al-Maidah :
¨Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan Allah itulah yang tetap menang.¨(Surah al-Maidah ayat 55 dan 56)

Sesiapa yang wala’ kepada Allah, rasul dan orang-orang beriman, maka jemaah mereka akan akan mengalahkan musuh Islam. Kerana dalam hizbullah, ketiga-tiga wala’ ini adalah teras kepada kemenangan dan Allah membantu hizbullah kerana wala’ ini dan jika tiada wala’, maka jemaah itu bukanlah jemaah Islam. Syarat wala’ mestilah benar iaitu beraqidahkan dengan syariat Allah dan bukannya kepada ideologi-ideologi yang menyesatkan seperti sosialisme, komunisme dan sebagainya.

Dalam kita berjemaah, kita mesti ada pemimpin, pengikut dan manhaj kita. Jangankan dalam organisasi yang besar, bahkan ketika kita bermusafir tiga orang atau lebih, kita mesti melantik pemimpin salah seorang daripada tiga orang itu. Begitu juga contoh ketika solat. Setiap pergerakan imam, kita mesti mengikutinya satu persatu. Pengikut dibenarkan memberi pendapat mereka tetapi mesti patuh dengan pimpinan jika pendapatnya ditolak dan keputusan pimpinan itu tidak bercanggah dengan hukum qate’I, sehinggakan jika sekiranya ada khilaf sekalipun, kita masih perlu mengikut pimpinan kerana ijtihadnya walaupun salah, akan mendapat satu pahala.

Tidak timbul persoalan yang mengatakan wala’ itu seperti memaksumkan pemimpin, malah wala’ itu sebenarnya datang dari orang yang maksum iaitulah rasulullah saw. Bagindalah yang menyuruh pengikut sesebuah jemaah Islam mentaati ketua, walaupun pemimpin itu hanyalah seorang hamba abdi. Taatilah dia dalam perkara ma’ruf, samada kamu suka ataupun benci. Contoh yang baik berkaitan wala’ ini jelas ditunjukkan oleh dua tokoh besar Islam iaitu Saidina Abu Bakar dan juga Saidina Umar apabila dalam satu peperangan yang diketuai oleh Amru bin al-Ash, Amru melarang tenteranya menyalakan api ketika dalam kesejukan malam. Tetapi kedua mereka menurut arahan itu, dan hanya mengadu ketika bertemu rasulullah. Apabila ditanya oleh rasulullah kepada Amru tentang hal itu, maka dia menjawab, itu adalah strategi peperangan bagi mengelak musuh dapat melihat mereka kerana cahaya api itu. Atau kita ingin mengikuti jejak langkah bani Israel yang menolak Talut sebagai pemimpin yang Allah telah pilih untuk mereka semata-mata kerana dia miskin?

Sahabatku Pemimpin dan Ahli-Ahli PAS,

Adakah masuk akal jika ada perkataan yang dikeluarkan oleh ahli iaitu dia hanya mahu memberikan ketaatan lebih kepada parti berbanding kepada Presiden sedangkan Presiden tidak melakukan dosa yang qate’i? Apakah maknanya jemaah jika Presiden tidak mahu dihormati dan ditaati? Bukankah jemaah dibentuk dengan adanya pemimpin dan pengikut? Terkadang ada rahsia yang tidak boleh diketahui oleh orang lain, hanya pemimpin sahaja yang mengetahuinya. Jika kita sebagai pengikut tidak menghormati ketuanya sendiri, adakah kita mengharapkan ahli jemaah lain menghormatinya? Jangan kita salah membezakan antara kewajipan dan keharusan. Ketahuilah, tahaluf itu tidak wajib dan bukan wala’. Ianya adalah alat. Jika ia menguntungkan, kita teruskan.

Dalam jemaah juga, kita wajib menjaga rahsia. Kisah Hatib ibnu Balta’ah yang membocorkan rahsia tentera Islam yang mahu menyerang Mekah setelah musyrikin Mekah mengkhianati perjanjian dengan orang Islam dan dia hampir dipancung oleh Saidina Umar, sepatutnya menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada kita kerana Hatib diselamatkan hanya kerana dia seorang yang berjuang didalam Perang Badar. Jika tidak, pastinya dia dihukum sebagai pengkhianat. Begitu juga jika ahli jemaah berkhianat membocorkan rahsia jemaah kepada pihak yang tidak sepatutnya, maka dia wajar dibuang dari jemaah. Kita mengambil contoh dari sirah nabawi kerana golongan sahabat adalah generasi terbaik yang telah disahkan oleh Allah melalui firmanNya dalam al-Quran. Sahabatlah sumber terbaik dalam kita mencari contoh bagi menjadikan kita sebagai pengikut yang taat disamping mengangkat pemimpin yang baik dan seterusnya menjulang jemaah kita sebagai yang terbaik di sisi Allah.

Oleh itu sahabatku pemimpin dan ahli-ahli PAS, sayugialah kita kembali kepada makna sebenar wala’ yang telah dibuktikan oleh golongan sahabat dan kita menghapuskan fitnah yang sedang berlegar dalam jemaah kita.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Ketua Penerangan BPPNT/Adun Bukit Payong
15 Syawal 1435 bersamaan 11 Ogos 2014

 Psumber

Sunday, August 3, 2014

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali@Pas akan lenyap di Selangor??

Tony Pua hanya syok sendiri - Pas?


Kenyataan kononnya Pas akan lenyap di Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan ekoran krisis dalam kalangan pakatan pembangkang berhubung kedudukan pucuk pimpinan negeri Selangor gagal diselesaikan merupakan kenyataan 'syok sendiri.'

Sambil menempelak kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah terus memperlihatkan Pas tetap bertahan, akan tetap kuat dan bangkit dengan jenteranya yang semakin meluas di semua peringkat.

Katanya, rakyat menilai setiap orang bertanding berdasarkan parti, peribadi, bakti mereka dan persoalan Pas akan lenyap merupakan suatu yang amat mustahil kerana Pas terbukti bertahan di negara ini sejak 51 tahun lalu.

"Pas tak mungkin lenyap dan sentiasa boleh bertahan. Di Terengganu, kita jatuh pada 2004, tapi kita bangkit sekarang, tinggal dua kerusi lagi untuk kita kuasai.

"Kita ada jentera di mana-mana sahaja. Yang tak ada jentera ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR). DAP hanya ada jentera di peringkat elit sedangkan rangkaian Pas di peringkat akar umbi, di semua tempat.

"Itu terpulang kepada Tony Pua untuk memberi amaran namun istilahnya adalah 'syok sendiri'," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor dilaporkan mendakwa pakatan pembangkang berisiko kalah, manakala Pas pula mungkin lenyap kerana kehilangan banyak sokongan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Seri Abdul Khalid.

Amaran itu dibuat berikutan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada minggu lalu yang menyokong Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar yang boleh menimbulkan perpecahan ketara pakatan pembangkang.

Dr. Mohd Khairudin berkata, sekiranya pakatan pembangkang tewas, PKR seharus dipersalahkan sebagai punca dan bukannya Pas kerana mencetuskan konflik ini.

"Pas hanya berpegang kepada pendirian asal, kita bersetuju dengan Menteri Besar Selangor sedia ada, tetapi yang timbulkan masalah adalah PKR," katanya.

"Kalau jatuh sekali pun, sebabnya adalah kerana PKR. Pas hanya mempertahankan Abdul Khalid supaya rakyat boleh melihat pakatan pembangkang sebagai sebuah parti yang telus dan memang berkhidmat untuk rakyat kerana setakat hari ini tak ada satu hujah yang kuat untuk menurunkan dia," ujarnya.

Katanya, selagi tidak ada bukti-bukti penyelewengan dikemukakan terhadap Abdul Khalid, maka adalah menjadi tanggungjawab Pas sebagai pemimpin ummah untuk terus mempertahankan Abdul Khalid.


Friday, August 1, 2014

Mereka ni (DAP), rakyat Malaysia Atau rakyat Singapura?

Kenapa lah ada lagi rakyat malaysia mcm nyonya ni... klu dah tak setuju tak payah lah duduk dlm Malaysia pergi je duduk dkt singapura tu.... Singapore kutip duit dkt kenderaan dari malaysia boleh pula... kenapa kita tak boleh buat perkara yg sama....



DAP MENYALAK DEMI EKONOMI SINGAPURA

Bas kilang mogok tak nak masuk Singapura kerana kenaikan tol CIQ? Bagus le.... suruh pengusaha bas kilang tu mintak kilang kat Singapura bayarkan tol mereka. Kalau tidak, biarkan kilang dan perusahaan mereka tak ada pekerja.

Menyedari sektor perindustrian di Singapura bakal mengalami kesan ekoran kenaikan caj tol di CIQ Johor Bahru, maka berlumba-lumba wakil rakyat DAP yang dipilih oleh rakyat Malaysia tetapi bekerja untuk warga Singapura mengeluarkan kenyataan untuk menyalahkan kerajaan kerana menaikkan caj tol tersebut.


Patutnya wakil rakyat DAP ni bukannya menyalahkan kerajaan yang menaikkan caj tol, tetapi mereka sepatutnya pergi ke Singapura dan berunding dengan pengguna perkhidmatan bas kilang ini agar bayaran sewa mereka dinaikkan dan pihak Singapura sepatutnya bukan sahaja membayar tol tetapi juga VEP di Singapura bagi pihak pengusaha bas tersebut.

Eloklah kalau tiap-tiap hari pengusaha bas ini tak mahu melalui CIQ, tetapi jangan pulak parking bas kat lorong CIQ sampai menyusahkan pengguna lain pulak. 

Kalau lama pengusaha bas kilang ni buat perangai, pasti kilang dan lain-lain perusahaan di Singapura akan tutup. Pelaburan yang berasaskan tenaga kerja yang ramai pasti takut nak melabur di Singapura dan pasti masalah ini akan diselesaikan oleh pemerintah Singapura demi kepentingan ekonomi mereka.

Maka wakil rakyat DAP, sedarlah, kamu mewakili pengundi di negeri Johor dan kebanyakan warga Malaysia yang bekerja di Singapura itu majoritinya adalah datang dari luar Johor!!! Maka siapa yang kamu wakili???
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...