Orang India pun tau respek Jalur Gemilang walapun asal usulnya bukan dari negara ini (maaf). Tapi yang menjadi kehairanan, orang yang lahir bumi sendiri pula yang beria-ria nak change bendera. Memang kita tak nafikan ia mrip seperti bendera Amerika tetapi pernah tak terfikir apa yang membuatkan bndera kita lain dari bendera US? Ada tak bendera US mempunyai warna kuning yang melambangkan sistem diraja? Ada tak bendera Amerika mempunyai bulan dan bintang tanda agama Islam agama sbg rasmi?
Saturday, August 31, 2013
Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya ( Bendrera PKMM)...
Orang India pun tau respek Jalur Gemilang walapun asal usulnya bukan dari negara ini (maaf). Tapi yang menjadi kehairanan, orang yang lahir bumi sendiri pula yang beria-ria nak change bendera. Memang kita tak nafikan ia mrip seperti bendera Amerika tetapi pernah tak terfikir apa yang membuatkan bndera kita lain dari bendera US? Ada tak bendera US mempunyai warna kuning yang melambangkan sistem diraja? Ada tak bendera Amerika mempunyai bulan dan bintang tanda agama Islam agama sbg rasmi?
[SERIUS] “Ada Peminjam PTPTN Pakatan Rakyat Mahu Bunuh Diri” Kalau mati sesat lagi menyesatkan .. Bodoh punya orang...
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkongsi sebuah kisah tragis yang ditemui dalam soalan terbuka kepada responden dalam kaji selidik Keberhutangan PTPTN yang bermula pada 23 Ogos lalu.
“Banyak jawapan yang saya terima, ada yang memberitahu tidak makan kerana mahu membayar pinjaman.
“Ada satu kisah nak bunuh diri kerana gagal membayar PTPTN,” ujar ahli parlimen Pandan itu ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di Perpustakaan MBPJ semalam.
“Pada mulanya saya gelak. Tetapi bila fikir balik, perkara ini sebenarnya serius,” katanya.
Menurut Rafizi, respon berkenaan diterima dalam soalan terbuka yang dikemukakan kepada peminjam bagi mengenal pasti apakah punca peminjam gagal membayar pinjaman.
“Kita tidak menyediakan pilihan. Sebab kalau tidak nanti orang ramai anggap kajian ini hanya bertujuan menepati kehendak KEADILAN sahaja,” katanya. -KDbr>
PKR lancar kaji selidik profail peminjam PTPTN
Parti Keadilan Rakyat (PKR) merintis jalan memahami masalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan melancarkan satu kaji selidik keberhutangan golongan itu.
Kaji selidik ini wajar disertai semua peminjam PTPTN dengan mengisi satu borang kajiselidik yang boleh dicapai di laman www.siasatptptn.wordpress.com yang akan disebarkan melalui laman sosial dan blog.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, keputusan kajian ini akan dibentangkan dalam satu perjumpaan ‘tweetup#PTPTN’ yang akan diadakan 29 Ogos ini, jam 8.30 malam di Perpustakaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.
“Semua peminjam, aktivis anti-PTPTN dan pemimpin masyarakat turut dijemput hadir dalam ‘tweetup’ yang bertujuan menyusun gerakan anti-PTPTN dalam sebuah pertubuhan rasmi yang lebih tersusun.
“Sudah masanya peminjam-peminjam PTPTN membentuk satu pertubuhan lobi yang berpengaruh supaya mana-mana pihak berunding dengan mereka terlebih dahulu sebelum membuat cadangan, bagi mengelak berulangnya peristiwa cadangan penyenaraian Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pagi tadi.
Rafizi berkata, sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memaklumkan sebarang kajian khusus untuk memahami apakah faktor yang menyebabkan majoriti peminjam PTPTN menghadapi kesukaran membayar pinjaman PTPTN.
Antara faktor penting yang perlu dikaji sebelum satu langkah tersusun yang tepat dapat diambil seperti, profil pendapatan bersih peminjam-peminjam PTPTN, profail kejayaan mendapat perkerjaan yang setaraf dengan kelulusan atau jurusan dan profail kualiti IPTS yang membawa kesan kepada kemampuan seorang pemegang ijazah mendapat kerja.
Mengulas cadangan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyenaraikan nama peminjam PTPTN ke dalam CCRIS, Rafizi berkata cadangan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan BN begitu terpisah dengan realiti kepayahan hidup golongan muda yang dibebankan hutang PTPTN.
“BN tidak pernah berminat mendalami masalah keberhutangan golongan muda ini dan mengambil pendekatan kasar dengan memukul rata kononnya semua peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab.
“PKR menggesa Datuk Seri Idris Jusoh supaya tidak lagi memandai-mandai mengumumkan langkah baru menekan peminjam PTPTN sehinggalah maklumat ini dikaji sepenuhnya dan dibentangkan di parlimen,” ujar Rafizi lagi.
Terdahulu pengumuman Idris untuk menyenaraikan nama peminjam yang gagal melunaskan bayaran pinjaman PTPTN di bawah CCRIS mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan.
Terdesak selepas menerima asakan teruk, Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam menolak cadangan tersebut. -selangorku
sumber
Label:
PTPTN
Friday, August 23, 2013
EKSKLUSIF !!! RAKYAT MALAYSIA DI MESIR DILARANG MEMAKAI GAMBAR PROFILE 4 JARI ??
Terdapat arahan supaya rakyat Malaysia yang berada di Mesir larang menggunakan atau memakai lambang Profile 4 Jari.. Lambang yang digunakan di FB hendaklah dihapuskan.. Jika tidak ditakuti ditahan di pintu keluar Mesir...
Bagi majoriti rakyat Mesir terutama yang tinggal di Cairo,simbol RABIA
adalah simbol kumpulan pemberontak dan pengganas yang mengganggu
kehidupan,perniagaan dan keamanan mereka.Mereka (Rakyat Mesir) tidak
suka campurtangan dari luar terutama dari Turki.Usahlah percaya pada
media antarabangsa terutama Al-Jazeera kerana masa Perhimpunan BERSIH
dulu pun mereka melaporkan perkara yang negatif terhadap Polis dan
Kerajaan Malaysia.Mereka lebih suka mendengar dari mulut
pembangkang.Simbol 4 jari pada simbol RABIA itu dicetuskan oleh Erdogan
dan ia adalah signifikan kepada perhimpunan BERSIH 4.0 yang akan
datang,warna pun kuning.
Kerana target mereka selepas ini adalah Malaysia.Seorang pemimpin utama
pembangkang juga dilihat semakin kerap mengunjungi Erdogan.Sebelum ini
pun dia pernah lari berlindung di kedutaan Turki kerana takut
ditangkap.Nama Erdogan selalu dijaja di setiap ceramahnya.Kebangkitan
pengikut Morsi semakin membuak-buak selepas Erdogan menyatakan sokongan
terhadap Morsi dengan seruan untuk mereka berjihad dari setiap penjuru
dunia.Himpunan Blackout ternyata GAGAL,tapi pemimpin utama pembangkang
ini bukan jenis yang cepat mengalah,bayangkan apa jadi jika BERSIH 4.0
nanti Erdogan melakukan seruan yang sama ?
Kesimpulannya,jangan terima sesuatu berita dengan bulat-bulat tanpa
melihat dari kedua-dua belah pihak. - Feldavoice
Label:
mesir
Penumpang Selamat Kata PEMANDU ????
Pemandu
bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas
di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod
kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport
Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua
rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008.
Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe (gambar kecil),
43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997
hingga 2009. Tujuh daripadanya telah dijelaskan.
Katanya,
antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju,
menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak
kuning dan tidak memakai topi keledar.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/ content.asp?y=2013&dt=0823&pub= Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm# ixzz2cqEjS1ia
Kerja mengangkat bas terhumban di KM3.5 Genting Highlands
GAMBAR BAS TERHUMBAN DIANGKAT DARI GAUNG
Klik di sini
Kerja mengangkat bas terhumban di KM3.5 Genting Highlands dimulakan pada jam 9 pagi tadi dan berakhir pada 12.50 tengahari. .
Kalimah Allah: Umat Islam disaran sujud syukur
SHAH ALAM: Umat Islam di negara ini disarankan mengadakan sujud syukur
bagi meraikan kemenangan pertama mereka apabila Gereja Katolik hari ini
gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah
keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald
menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu
kepada “God”.
Mengulas lanjut keputusan Mahkamah Rayuan itu, Timbalan Presiden JATI, Datuk Aidit Ghazali berkata ia adalah petanda awal kemenangan umat Islam dalam usaha kerajaan mempertahankan kesucian agama rasmi negara itu.
"Usaha ini perlulah kita sujud syukur kepada Allah SWT walaupun ini sekadar sesuatu rayuan untuk menangani usaha Kristian yang nak batalkan usaha kita, namun demikian ia adalah satu kemenangan besar bagi umat Islam," katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur, Murphy Pakiam untuk membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Ini bermakna Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan oleh kerajaan persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 yang membenarkan gereja itu menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguannya.
Rayuan itu akan didengar pada 10 September 2013.
Aidit yang turut mengikuti prosiding tersebut di mahkamah pagi tadi juga menyeru semua kepimpinan baik dari parti politik mahupun badan bukan kerajaan (NGO) agar terus menggembleng tenaga bagi memastikan permohonan pihak gereja tersebut gagal.

"Dan apa yang perlu dilakukan sekarang ialah umat Islam iaitu semua pemimpin umat Islam, majlis agama Islam, raja-raja Melayu, NGO, parti-parti politik yang mengaku diri mereka Muslim, semua kena menggembleng tenaga supaya kita akan menang seterusnya pada rayuan substentif pada 10 September depan.
"Jadi kini adalah masa bukan sekadar untuk kita 'work hard' tapi masa untuk kita 'work smart'. Dan saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana membuka pintu hati dan pintu hidayat ketiga-tiga hakim yang kebetulan beragama Islam untuk membuat sesuatu yang mana mereka boleh pertahankan di hadapan Allah dan bukan sekadar di hadapan manusia," ulasnya lagi.
Tambah Aidit lagi, meskipun beliau yakin keputusan mahkamah pada 10 September nanti akan berpihak kepada umat Islam, namun musuh agama rasmi negara itu pasti akan menimbulkan polemik lain bagi memecah-belahkan umat Islam.
Justeru katanya, dengan penyatuan dan sikap komited semua pihak yang berkepentingan dalam memelihara kesucian Islam, usaha dan hasrat musuh Islam ini pasti akan dapat digagalkan.
"Pihak-pihak Kristian ini mereka kena sedar bahawa mereka sekarang bukan sekadar berhadapan dengan ombak-ombak sahaja, (sebaliknya) mereka akan berhadapan dengan tsunami iman umat Islam," katanya lagi.

Kalimah Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)