Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 17, 2013

Anwar PM Ke-7, Kalimah Allah Halal Untuk Bukan Islam. PAS perlu KELUAR daripada Pakatan tanpa Ragu-ragu.


Meminjam kata-kata Anwar Ibrahim, “jika hari ini menang Putrajaya, esok saya akan turunkan harga minyak !” dalam perkembangan politik terkini, kiasan sama mungkin boleh dipakai untuk kalimah Allah.

“Jika hari ini berjaya tawan Putrajaya, esok, saya akan berikan kalimah Allah kepada penganut Kristian !”
Karpal Singh, Pengerusi DAP dalam kenyataan terbaru mengulangi pendirian partinya menegaskan Anwar Ibrahim adalah bakal Perdana Menteri (PM) ke-7 sebab dia adalah calon paling layak.

Ironiknya, tokoh yang sama juga pernah menuduh Anwar kurang layak dan tidak bersih sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997.

 

Dalam kenyataan terbaru itu, Karpal turut mendakwa Pas juga akan menyokong Anwar menjadi PM ke-7.
Kata Karpal : “DAP memilih Anwar untuk memegang jawatan berkenaan dan yakin pada akhirnya, keputusan ini akan disokong oleh Pas dan PKR kerana beliau merupakan calon paling layak untuk memimpin negara.

“Mengenai Anwar ditolak Majlis Syura, saya berpendapat perkara itu tidak ada kepastian kerana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menafikannya.”

Seterusnya, tentang kalimah Allah, Karpal berkata isu itu telah selesai kerana Majlis Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 8 Januari 2013 telah bersetuju membenarkan penggunaan kalimah itu kepada bukan Islam.

Kata Karpal : “Isu kalimah Allah telah dibincangkan dalam pertemuan pada bulan lalu dan itulah pandangan rasmi ketiga-tiga parti.

“Jadi perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu lagi kerana pendirian sebelum ini telah jelas.”

Kenyataan Karpal itu hampir sama dengan rumusan Ketua Pakatan, Anwar Ibrahim.

Siapa arahkan Pas buat pendirian 2010 ?

Jika Pas terpaksa menggugurkan slogan Negara Islam dan hudud dalam perjanjian sulit 18 Disember 2009 (yang kemudiannya dikenali sebagai dokumen Buku Jingga) kerana tiada kesepakatan bersama, namun berbeza dengan isu kalimah Allah, walaupun tiada kesepakatan bersama namun dengan cara tipu muslihat boleh digunakan untuk menjustifikasi ‘persetujuan bersama’.

Bukan setakat itu, malah dalam perjanjian sulit 2009 itu juga Presiden Pas, Abdul Hadi Awang turut bersetuju Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-7.

18 hari selepas perjanjian sulit Pakatan itu, pada 4 Januari 2010 Lajnah Politik Pas pun bermesyuarat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan untuk bukan Islam.

Asas utama Pas dalam menjustifikasikan kebenaran itu adalah menghormati kebebasan beragama yang termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Ketika itu, Majlis Syura Pas mendiamkan diri dengan keputusan parti, dan hanya Dr Haron Din turun padang di atas kapasiti peribadi menentang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Malah Pengerusi Majlis Syura, selaku Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat, dalam kenyataan sebelum 13 Januari 2013 bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

““Kita perlu buka ruang kepada mereka dan semoga dengan cara itu memberi peluang kepada golongan berkenaan mengenali Islam dengan lebih mudah.

“Di mana ruang yang dibolehkan itu kita sama-sama bincang nanti,”kata Nik Aziz pada 8 Januari 2013 sebagai menyokong kenyataan persetujuan Presiden Pas bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Enam hari kemudian, pada 13 Januari, pegangan Nik Aziz di atas berubah 360 darjah apabila bersama Majlis Syura Pas.

Muslihat DAP

Entah apa muslihatnya, walaupun pada tahun 2010, PAS, PKR dan DAP dilaporkan telah bersetuju dengan kesepakatan bersama berhubung kalimah Allah, namun Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP membangkitkan semula tahun 2012.

Kali ini, nada DAP lebih keras, menuntut kalimah Allah dibenarkan penggunaannya dalam semua Bible berbahasa Melayu, dituntut pula pada masa yang tepat, 24 Disember 2012, ketika masyarakat Kristian menyambut perayaan Krismas.

Sebenarnya, DAP ada dua pilihan, pertama berdiam diri dan menerima pakai dengan keputusan rasmi 2010 dan melaksanakan agenda itu apabila Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Kedua, membangkitkan semula isu itu supaya rakyat akan mengingati semula persetujuan bersama yang dicapai tanpa liputan meluas media itu.

Mungkin dengan cara membangkitkan semula, DAP dilihat terkehadapan dalam menjuarai isu kalimah Allah, khususnya memancing undi semaksima mungkin pengundi Kristian dan bukan Islam.

Jika DAP tidak bangkitkan semula pada tahun 2012, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Pas juga sebenarnya turut bersetuju kalimah Allah dibenarkan kepada Kristian pada tahun 2010.

Walaupun ada pilihan pertama, namun DAP memilih kaedah kedua. Apa sebabnya ?.

Bermungkinan ini juga berkaitan dengan usul Dewan Ulama dalam Muktamar Tahunan PAS ke-58, 17 November 2012 yang mencalonkan Presiden parti mereka, Abdul Hadi sebagai calon PM, sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Barangkali menurut perkiraan DAP, pencalonan Abdul Hadi itu dianggap melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama pada tahun 2009 iaitu Pakatan termasuk Pas telah bersetuju mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

Seperti diduga, tuntutan Setiausaha Agung DAP itu disambut oleh Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pada 26 Disember 2012 yang berkata kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu kerana tidak tepat maksudnya.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim mencadangkan istilah istilah ‘God’ diterjemahkan sebagai ‘Tuhan’.

Keesokan harinya, pada 27 Disember 2012, Anwar Ibrahim tampil dengan kenyataan segera bahawa dia akan menggunakan kuasanya sebagai ‘ketua pakatan’ untuk memanggil satu mesyuarat khas berhubung isu berkenaan.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.

“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya yang dipercayai merujuk kepada keputusan 2010.

9 hari selepas kenyataan ketua Pakatan itu, tampil pula Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan membawa mesej yang dianggap sebagai menyokong kenyataan Anwar.

“Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang penganut selain Islam menggunakan kalimah Allah. Pas masih kekal dengan pendirian itu,” katanya pada 4 Januari 2013.

Kenyataan Mohamad Sabu itu melegakan pihak gereja, di mana Bishop Dr Paul Tan Chee Ing menganggap penegasan Timbalan Presiden Pas itu telah berjaya membatalkan keputusan pegawai Pas berpangkat lebih junior yang merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan Pas sebelum ini.

Kenapa Presiden Pas diwajibkan baca teks keputusan rasmi Pakatan 8 Januari 2013 ?

Jika tahun 2010, Presiden Pas boleh mengelak membacakan teks berhubung dengan pendirian parti tentang isu kalimah Alah dengan menyerahkan kepada Ketua Penerangannya, ustaz Idris Ahmad, namun pada 8 Januari 2013, Abdul Hadi tiada pilihan, apabila ketua pakatan, Anwar Ibrahim mengarahkannya supaya membaca sendiri keputusan tersebut.



Abdul Hadi membacakan teks, manakala teks yang sama turut disemak oleh ketua pakatan, Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kenyataan Abdul Hadi pada 8 Januari.

PAS adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah” pada bulan Januari 2010.

Kalimah “ALLAH” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Kalimah “ALLAH” tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Selepas Abdul Hadi membacakan teks di atas, Anwar turut menambah untuk memberi kefahaman jelas tentang keputusan Pakatan berhubung isu tersebut.

Kata Anwar : “Tuan Guru Hadi membentangkan kenyataan Pas, disambut baik dalam perbincangan dan ini jelas, kerana pendirian ini selari dengan pendirian Pas dan juga Islam.

“Oleh yang demikian, sementara kita (Pakatan) tidak menghalang, kita juga dalam mesyuarat menyuarakan keprihatinan kita supaya tidak ada pihak mempermainkannya.”

Kenyataan Abdul Hadi di atas dengan sokongan Anwar itu ditafsirkan sebagai penegasan semula keputusan rasmi Pakatan pada tahun 2010, iaitu membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam.

Majlis Syura Pas bantah 

Jika pada tahun 2010, keputusan berhubung kalimah Allah diputuskan oleh Lajnah Politik Pas yang boleh ditafsirkan isu itu adalah isu politik.

Namun, pada 13 Januari 2013, bukan lagi Lajnah Politik Pas yang diberi mandat membuat keputusan, sebaliknya diambil alih oleh Majlis Syura Ulama Pas yang boleh ditafsirkan perubahan paradigma keputusan dari isu politik kepada isu akidah.

Menurut undang-undang Pas, Majlis Syura Ulama dianggap sebagai ‘supreme council’, merupakan badan tertinggi parti, yang boleh menghapuskan semua kuasa yang ada dalam Pas.

Ahli-ahli yang menganggotai Majlis Syura terdiri tidak lebih tujuh belas orang iaitu seorang Mursyidul ‘Am, seorang Timbalan Mursyidul ‘Am, seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak dan tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura ((termasuk empat orang daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimah).

Keputusan mesyuarat Majlis Syura 13 Januari yang ditandatangani oleh Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am menegaskan larangan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana terdapat unsur penyalahgunaan yang boleh membawa kekeliruan.

Menurut kaedah yang difahami ahli-ahli Pas, keputusan Majlis Syura, 13 Januari akan membatalkan keputusan Presiden Pas, 8 Januari dan keputusan Lajnah Politik Pas, 4 Januari 2010.

Kaedah teknikal dan tipu muslihat halalkan kalimah Allah

Pada 14 Januari, Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merupakan individu pertama cuba mengusik keputusan Majlis Syura Pas.

Shuhaimi yang dikenali sebagai ‘orang kanan’ Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PKR tetap berpegang kepada keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2010 bersabit isu kalimah Allah.
Usikan Shuhaimi dilihat sebagai benih-benih posisi PKR terhadap keputusan Majlis Syura Pas.

Pada 17 Jan, Azmin Ali, individu nombor 2 PKR dan orang paling kepercayaan Anwar muncul dengan kenyataan yang lebih jelas.



Menurutnya, keputusan Majlis Syura Pas bukan keputusan rasmi pakatan dan pakatan masih berpegang teguh dengan keputusan rasmi Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 8 Januari.
“Majlis Syura itu adalah struktur dalam organisasi Pas. Ia bukan kompenan dalam Majlis Pakatan Rakyat. Kita terikat dengan polisi Pakatan Rakyat yang kita telah bincang dan bersetuju.

“Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang dipersetujui secara koletif (bersama) dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan kita akan berpegang kepada pendirian itu.

“Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tidak boleh menyekat mana-mana pihak bersuara. Kita kena pertahankan hak demokrasi mana-mana individu dan institusi untuk menyatakan pendapatnya, namun Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita, (Keadilan, Dap dan Pas) terikat dengan polisi bersama yang telah dipersetujui bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat.

“Dan mesyuarat terbaru adalah 8 Januari. Jadi kita berpegang kepada pendirian yang sama. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari,”tegas Azmin.

Dua hari kemudian, pada 19 Januari, Pengerusi DAP, Karpal Singh tampil membuat gesaan agar Presiden Pas, Abdul Hadi agar mengubah semula pendirian Majlis Syura Pas yang dilihatnya sebagai bercanggah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, 8 Januari.

Akhirnya, pada 23 Januari barulah Ketua Pakatan, Anwar Ibrahim muncul dengan membuat rumusan bahawa pakatan hanya boleh menerima keputusan Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari kerana Presiden Pas tidak membawa semula bantahan Majlis Syura, 13 Januari untuk dinilai semula dalam Pakatan.



Kata Anwar : “Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu, meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan.

“Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa.

“Jadi (keputusan 8 Januari) adalah polisi Pakatan Rakyat.”

Sekali lagi, pada 2 Februari, Karpal Singh bangkit dengan menegaskan Pakatan hanya menerima keputusan rasmi 8 Januari, iaitu keputusan yang dibuat bersama antara Pas, PKR dan DAP, sebaliknya keputusan Majlis Syura, 13 Januari hanya dibuat di kalangan ahli-ahli Pas sahaja.

Keesokannya, kenyataan Karpal itu direspon oleh Nik Aziz dengan berkata,”Yang buat keputusan ialah Majlis Syura Ulama. Itu dia (Karpal) punya pasal. Dia tidak tahu mengenai Pas kecuali orang Pas, begitu juga DAP, tidak ada orang Pas tahu pasal DAP kecuali DAP.”

Namun, yang jelas, sekadar kenyataan ‘dia punya pasal’ tidak dapat mematahkan kehendak PKR dan disokong kuat DAP dalam merealisasikan cita-cita mereka.

Tips of the iceberg

Lim Guan Eng, berdiam diri dan tidak mahu memberi sebarang komen kepada media sejak dia mula mencetuskannya pada 24 Disember 2012.

Apakah dia sudah takut atau sebenarnya masih meneruskan agenda tanpa bersuara yang tidak difahami umat Islam ?

Jika Pas ada Majlis Syura, DAP juga ada Majlis Inter-Faith, MCCBCHST (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism).

Susur galur penubuhan MCCBCHS bermula pada tahun 1983, apabila penganut Kristian bergabung membantah polisi Islamisasi dalam kerajan.

Kemudiannya agenda MCCBCHS diteruskan dengan misi Inter Faith Council (IFC) iaitu berusaha mengikis kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia.

22 hari sebelum Guan Eng membangkitkan tuntutan isu kalimah Allah, pada 2 Disember 2012, Setiausaha Agung DAP itu sudah merasmikan program ‘MCCBCHST Penang Inter-Religious Goodwill Dinner’ di MBA, Burma Road. Klik di sini


Pada 1 Februari 2013, Guan Eng dirakamkan pengakuannya bahawa dia juga turut memberi bantuan kewangan kepada MCCBCHS untuk melaksanakan visi dan misi badan tersebut.

Diikuti dengan kenyataan media MCCBCHS pada 5 Februari yang mengkritik MAIS berhubung kalimah Allah.

Dr Hassan Ali dan MUAFAKAT membantah kenyataan MCCBCHS itu yang disifatkannya sebagai usaha campur tangan untuk menuntut kalimah Allah.

Nampak macam kompleks dan berasingan, sebenarnya semuanya ada perkaitan antara satu sama lain dan semua modus operandi itu menuju ke arah matlamat yang sama.

Dan sudah semestinya, DAP ada sebab paling kukuh mencalonkan Anwar sebagai bakal PM ke-7.






PENGUNDI LEMBAH PANTAI PROTES NURUL IZZAH ( KEBEBASAN MELAYU MEMILIH AGAMA/MURTAD). IMPORT PENGUNDI LUAR UNTUK MENIPU

SI NURUL IZZAH NI DAH MAKIN PANDAI!!!


Ye! Nampak gayanya Si Nurul Izzah ni dah semakin pandai. Pandai dalam bab menipu rakyat la. Bukannya pandai menjaga kebajikan rakyat.

Mungkin dia dah bosan dok buat kerja pandir hari - hari kot. Tu sebab la dia jadi pandai sikit dari biasa. Agaknya, dia dah serik diperbodohkan oleh Datuk Raja Nong Chik kot.

Sebelum ini, Si Nurul Izzah serta kroni - kroni dia kata Lembah Pantai masih lagi kubu kuat PKR dimana kerusi tersebut masih mampu dipertahankan oleh Si Nurul Izzah.

Bukti Video Nurul Izzah menyokong murtad 


Kalau betul la apa yang dijelaskan oleh kroni - kroni Si Nurul Izzah ni, menda kejadahnya dia nak import orang dari luar? Dah tak de ke orang Lembah Pantai nak pergi program dia?

Sudah la Nurul!!! Sedar la diri tu sikit. Orang kat Lembah Pantai tu dah bagi 'signal' yang cukup jelas. Takkan la itu pun dia tak faham - faham jugak. Kot kalau dia dah buta, tak tau la nak kata apa!!!
Berita Lembah Pantai - Hari ini ada ceramah Anwar Ibrahim di Bangsar. Kalau sebelum ini di Sentosa, iaitu satu lagi kubu kuatnya Pesta Ponggal yang dianjurkan PKR Lembah Pantai dan dihadiri Anwar hanya didatangi 500 orang.
Itupun selepas 4-5 jam Anwar menundakan kedatangannya, kali ini nampaknya anaknya Nurul Izzah dah pandai.


Apa taktik? Bawak orang dari tempat lain lah, apa lagi. Ini bukti-buktinya.




Tahniah Nurul Izzah dan penganjurnya yang kuat memfitnah, Fahmi Fadzil. Dah pandai dah import orang ye? 

Patut lah lain macam je crowd kami tengok, tak rupa orang Bangsar rupanya import! Dengarnya dari PJ Selatan. Nantikan susulan siasatan kami! - seterusnya...

SUMBER 

Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru telah diadakan satu forum bertajuk "Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan" bagi mengupas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama seharusnya dilaksanakan secara sama rata termasuk merangkumi orang Melayu.

Forum ini dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) PERKASA dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JASA, Datuk Fuad Hassan manakala Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah pula bertindak sebagai moderator.

Antara ahli panel yang hadir ialah sahabat kepada Anwar Ibrahim iaitu Dr Yusri Mohamad dan Presiden MUAFAKAT, Ustaz Ismail Mina.

Turut hadir sama ialah bekas pemimpin PAS, Zulkifli Noordin dan bekas Naib Presiden PAS yang kini adalah Presiden JATI iaitu Dr Hasan Ali

Kira-kira 300 orang memenuhi Dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi, malah wakil dari portal pembangkang serta beberapa orang bloggers pro kerajaan juga kelihatan.

Jelas kelihatan hadirin tetap bersemangat mengikuti percambahan minda walaupun ada antaranya yang kesejukan kerana sebelumnya ditimpa hujan rintik-rintik selepas meletakkan kenderaan masing-masing sebelum ke dewan tersebut.

Pada 3 November lepas, Nurul Izzah yang juga adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mewakili PKR dalam satu forum anjuran OHSMi di sebuah gereja di USJ telah membuat kenyataan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhad pada orang bukan Melayu sahaja.

Maksudnya ia perlu dilaksanakan secara sama rata dan adil dengan turut memberikan hak bebas beragama meliputi sekali orang Melayu Islam.

Ustaz Ismail Mina yang diketahui rapat serta pernah berjuang bersama-sama Anwar ketika mengasaskan ABIM tegas menyatakan bahawa, "tiada kebebasan beragama di dalam kamus Islam. Jika pendirian sedemikian wujud ia memberi kesan ke arah murtad.

"Kumpulan ini jangan diberi peluang ke Putrajaya. Mereka hanya jual agama dan pemikiran ini di bawa aktivis politik yang jadi kontroversi."

Mengulas kenyataan berbahaya anak perempuan Ketua Umum PKR itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin pula menjelaskan kedudukan orang Melayu dari segi Perlembagaan Negara adalah wajib beragama Islam.

Menurutnya, dalam Artikel 160 (2) telah mentakrifkan "Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu".

Beliau juga turut mengupas kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara melibatkan Artikel 3 (1) di mana Islam adalah agama Persekutuan, bagi menepis tanggapan yang dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pemimpin DAP, Lim Kit Siang sebelum ini yang mahu Malaysia dianggap sebagai negara sekular.

Manakala dari segi hak perlindungan umat Islam dari anasir dan dakyah agama lain pula jelas tertulis dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan negara.

Berhubung ancaman Nurul Izzah yang mahu menyaman akhbar Utusan Malaysia berikutan isu kebebasan agama yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Zulkifli secara terbuka mengumumkan kesediaannya untuk membela kebenaran yang dibawa oleh Utusan Malaysia.

"Saya nak umumkan pada Utusan Malaysia, saya dan peguam kanan ini sedia jadi peguam untuk pertahankan Utusan Malaysia tanpa minta bayaran. Ini sumbangan kecil untuk pertahankan Utusan Malaysia."

Pengumuman itu disambut dengan laungan sokongan dari hadirin dan dewan hiruk piruk seketika.

Sebelumnya, bekas Presiden ABIM yang ke-6, Dr Yusri Mohamad mengakui salah satu faktor kerenggangan hubungannya dengan Anwar bermula dari kes murtad Azlina Jailani ataupun Lina Joy.

Katanya, dalam satu wawancara dengan sebuah media asing, Anwar telah menyatakan adalah merupakan hak Lina Joy untuk murtad.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali pula mengecam pemimpin PAS, Mujahid Yusof Rawa yang mewakili PAS yang turut bersama Nurul Izzah menyertai forum yang diadakan di gereja itu.

"Pemimpin PAS kaku, bisu, beku bila kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah. Siapa sebelah Nurul Izzah? Pemimpin PAS. Beliau seorang doktor berpelajaran tinggi, pemimpin PAS pusat, hebat.

"Tapi akhirnya dia antara manusia yang bertepuk tangan meraikan Nurul Izzah. Atas nama kekuasaan tadi, kehadirannya sendiri meragukan kita."

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Siti Zabedah Kasim telah menyuarakan kekecewaannya apabila Nurul Izzah tiba-tiba berubah sikap dan tidak mempertahankan kenyataannya sendiri bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu

Siti yang juga adalah ahli Majlis Peguam merupakan individu yang bertanyakan soalan berkenaan kepada Nurul Izzah berkenaan samada kebebasan agama perlu juga merangkumi orang Melayu ketika forum tersebut diadakan di di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Sabtu lalu.

Pemimpin PAS sanggup menipu ahli & penyokongnya?

PAS sanggup menipu ahli & penyokongnya? KLIK baca ni!

HARI-HARI kita boleh membaca kemelut dalaman parti yang mendakwa parti yang mendokong Islam.

Namun daripada laporan yang dibaca, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) itu kini semacam hilang keyakinan dalam kalangan ahlinya sendiri. Kumpulan-kumpulan atas pagar yang menyokong Pas selama ini pun sudah nampak berubah angin. Mereka tak macam dahulu dan kini semakin terbuka membidas kepimpinan Pas Pusat.

Ternyata ada yang marah secara diam dan ada yang tidak dapat menahan marah dan bosan dengan cara pemimpin Pas menangani tindakan DAP yang banyak menyanggah keputusan yang dibuat oleh Pas terutama perkara berkaitan Islam.

Kerana menjaga hati atau takut pada DAP, Pas sanggup mengorbankan dasar asas perjuangan, semata-mata mahu menjaga kesatuan pakatan pembangkang dalam mengejar misi menawan Putrajaya.

Alhamdulillah, PAS Sedia dan Tidak Ragu-Ragu KELUAR Pakatan Rakyat



KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.


Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam.

 “Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Sambil menyatakan rasa kesalnya bahawa kerajaan Umno-BN menjadikannya satu isu polemik dengan menggunakan media arus perdana, apabila mereka (Umno dan BN) tidak faham dan ini menyebabkan ketegangan penduduk pelbagai agama dalam masyarakat majmuk.

Habis luluh harapan ahli dan penyokong Pas melihatkan perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud terkulai apabila menerima tekanan DAP dan PKR.

Hakikat yang tidak boleh disembunyikan lagi ialah banyak ahli Pas seluruh negara kecewa apabila DAP dan PKR nampak lebih dominan dalam pakatan pembangkang. Kemuncak sakit hati ahli Pas apabila pemimpin DAP dan PKR terus berdegil dalam isu kalimah Allah tanpa mempedulikan pendirian Pas yang merupakan rakan sekutu mereka.

Apa yang patut ahli dan penyokong Pas lakukan dalam kemelut ini? Ada pihak minta Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan apakah hukum membantu DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, adakah mengundi kedua-dua parti itu meletakkan mereka dalam keadaan kekufuran?

Hakikatnya DAP dan PKR menjadi faktor pencetus utama perpecahan dalam masyarakat Melayu/Islam. Kalau ahli Pas dan penyokongnya membantu kemenangan DAP dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang, kemungkinan besar Islam akan diperlekehkan.

Sebab itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada golongan ulama, guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan baru-baru ini bahawa memberi undi kepada Pas dalam pilihan raya umum akan datang adalah haram.

Berat sungguh perisytiharan itu. Kumpulan daripada Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita menegaskan ‘hukum’ itu berdasarkan perjuangan menentang Pas adalah jihad. Ini kerana mengundi parti itu juga bermaksud menyokong DAP yang terang-terang menolak negara Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pas sepatutnya menentang DAP yang dilihat bebas menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga perkara berkaitan akidah pun mahu dicampurinya.

Lihatlah bagaimana beraninya pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan Karpal Singh bersuara dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Sebahagian dari ahli PAS Pasir Gudang membuat bantahan secara aman berhubung isu kalimah Allah di Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat Johor Bahru, semalam.
Sebenarnya banyak pihak ‘malu-malu’ membangkitkan isu undi Pas adalah haram dalam konteks semasa.

Namun pengisytiharan kumpulan NGO tersebut memberi tamparan hebat kepada Pas yang sebelum ini mendakwa undi mereka akan mendapat pahala serta masuk syurga.

Keadaan ini menyaksikan golongan ulama dan ahli agama mula hilang kepercayaan kepada Pas. Sesungguhnya ada banyak ‘dalil kenapa haram undi Pas’.

Dalam ceramah politik Pas, tiada seruan kepada perpaduan ummah sebaliknya yang dicanangkan ialah hapuskan UMNO yang dituduhnya sekular. Hakikatnya Pas adalah ejen pemecah belah umat Islam di Malaysia kerana parti itu selalu menolak usaha penyatuan umat.
Dulu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan ‘amanat’ mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MIC dan MCA. Sekarang, mengapa Abdul Hadi tidak mengeluarkan ‘fatwa’ yang sama terhadap DAP.
Janganlah kerana undi, Pas sanggup menipu penyokong mereka, sedangkan menyokong DAP yang anti negara Islam, hukumnya haram.

Di Kedah ,Tindakan Haji Salleh yang meminta agar orang PAS tutup mulut dan berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH, dilihat sangat bertentangan dengan kata-katanya kononnya perlu memilih PAS dalam PRU13 kerana bimbang anak cucu tidak kenal Islam pada kemudian hari. Walhal tindakan menutup mulut dan enggan memperkatakan tentang kebenaran itu, sebenarnya lebih teruk berbanding menjadi anjing Guan Eng dan Anwar Ibrahim secara berterus-terang.  

TOK GURU SEKOLAH PONDOK NI SURUH AHLUL PAS TUTUP MULUT ISU KALIMAH ALLAH?
Mungkin menyedari kepincangan Tok Guru Haji Salleh yang semakin nyanyuk dan semakin jauh daripada matlamatnya untuk menyebarkan Islam, sebaliknya hanya untuk mencapai kemenangan dalam PRU13 tanpa memikirkan natijah yang akan diterima oleh generasi muda Islam, maka sekumpulan masyarakat di Sik, telah mengadakan demonstrasi berhubung KALIMAH ALLAH.

Ketika membuat bacaan kitab berhubung keperibadian dan mukjizat Nabi s.a.w, seperti biasa, dia akan turut menyentuh atau seboleh mungkin untuk mengaitkan dengan politik Malaysia. Atau lebih tepat lagi, buruknya UMNO dan baiknya PAS. Cuma kali ini, Haji Salleh menambahkan sedikit ramuannya iaitu kehebatan Pakatan Rakyat dan perlunya PAS kepada sokongan serta redha DAP dan Lim Guan Eng.


Hj Salleh telah menyeru semua orang agar berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH kerana menurutnya, yang dipentingkan sekarang adalah kemenangan dalam PRU13.

Seperti yang semua sedia maklum, isu KALIMAH ALLAH muncul dan kembali menjadi kontroversi selepas Lim Guan Eng yang terdesak kerana skandal penyelewengan kuasa dan tanah, membuat tuntutan agar kerajaan membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible versi Bahasa Melayu.

Pada 14 Januari 2013, Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam walau dengan apa cara sekalipun.


Tindakan Haji Salleh yang meminta agar orang PAS tutup mulut dan berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH, dilihat sangat bertentangan dengan kata-katanya kononnya perlu memilih PAS dalam PRU13 kerana bimbang anak cucu tidak kenal Islam pada kemudian hari. Walhal tindakan menutup mulut dan enggan memperkatakan tentang kebenaran itu, sebenarnya lebih teruk berbanding menjadi anjing Guan Eng dan Anwar Ibrahim secara berterus-terang.

Demonstrasi tersebut telah dilakukan pada 15 Februari 2013, hari Jumaat dari jam 2:15 petang bertemat di Masjid Ar-Rahman, Sik. Masjid Ar-Rahman sememangnya amat terkenal sebagai sebuah masjid yang dikuasai dan menjadi sarang puak-puak PAS.

Lebih tepat lagi, demonstrasi tersebut telah dianjurkan oleh PENAWAR 1MALAYSIA Daerah Sik. Demonstrasi tersebut telah disertai seramai lebih kurang 50 orang ahli Penawar DAerah Sik serta Setiausaha Agung Penawar, Syukir bin Tahir.

Sebanyak 12 bunting serta gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP telah dipijak dan dikoyakkan.

Hasil daripada tinjauan, demonstrasi tersebut mendapat sambutan yang cukup baik. Bagaimanapun, sebilangan ahli PAS yang hadir di masjid berkenaan, dan dipercayai merupakan pengikut kuat Tok Guru Haji Salleh, mencemuh tindakan tersebut.

Sumber: Kedahan69ers 
Kerana DAP juga, Pas hingga kini belum memberi kata putus tentang persetujuan penggunaan kalimah Allah untuk dipakai oleh penganut Kristian.

Pas semakin teruk dan hilang fokus hingga tergamak mengotori dan mengeksploitasi ajaran Islam.

Hakikatnya Pas terang-terang menyalah guna Islam demi tujuan politik. Pas mengamalkan politik kebencian. Parti itu juga mendakwa merekalah paling Islamik sedangkan yang lain tidak.

Pengundi boleh meneliti bahawa Pas lebih mementingkan tujuan politik berbanding dakwah Islam yang sebenar.
Renungkan dengan mendalam, patutkah umat Islam terus menyokong DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud di negara ini.

Kalau ulama dan ahli agama mengatakan perbuatan itu adalah haram dan berdosa, adakah kita masih meraguinya? Atau umat Islam tunggu ceramah politik daripada ‘ulama’ ciptaan Pas yang sering membuat keputusan bertentangan dengan hukum syarak? - Artikal Rencana dari Utusan Melayu (M) Bhd 

PAS PERLU KELUAR DARIPADA PAKATAN RAKYAT ( PR) SEKARANG JUGA .. PR TELAH MERUGIKAN ISLAM.  KERANA PR , PAS TELAH :_
1. KEHILANGAN KEPIMPINAN BERWIBAWA SEPERTI HASAN ALI, ZULKIFLI NORDIN, USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA DAN BANYAK LAGI..
2. BERDASARKAN AMANAT HJ HADI, PAS TELAH KAFIR KERANA TERANG2 MENYOKONG KAFIR DAP DAN DIPERKUDAKAN.
3. PAS JUGA MENYOKONG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH ORANG BUKAN ISLAM W/PUN IA BERTENTANGAN DENGAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS.

Artikal berkaitan KLIK SINI...
Tok Penghulu PAS kelam kabut tingkah lakunya.Bercakap biarlah berkhemah sikit....Bergini kah ahli PAS dikatakan perjuangan Islamnya....

'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan 8/11/2012

Video Penuh : Forum Yang Bertajuk 'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan.Forum yang Dipengerusikan oleh Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),Dr Ridhuan Tee Abdullah membariskan ahli panel Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),Ustaz Ismail Mina,Presiden ISIS,Dr Yusri Mohamad,Presiden Jalur Tiga (Jati),Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Yang Juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Nordin.Forum Ini Diadakan Di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,Kuala Lumpur


Video Penuh : 'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan 8/11/2012 


Nurul Izzah : LGBT & Kebebasan Agama

 Zulkifli Nordin Balun Kenyataan Nurul Izzah Berkenaan Dengan Kebebasan Beragama


20121108 Kenyataan Izzah tak penting bagi PAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...