Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, February 8, 2013

Siapa yang pasang video mirip Anwar ?

Pendedahan ekslusif oleh Zulkifli Nordin.., bekas peguambela Anwar dan juga Ahli Parlimen Kulim/Bandar Bharu...

  
Siapa yang pasang video seks mirip Anwar ? 

 
Pendedahan WAJAH SEBENAR Anwar Ibrahim PART 1 

 
Pendedahan WAJAH SEBENAR Anwar Ibrahim PART 2 




Pendedahan WAJAH SEBENAR Anwar Ibrahim PART 3


 


Isu Tabung Memali : Zainon Bongkar Isu Penipuan Mangsa Memali

Makan Duit Anak Yatim ... PAS PARTI AHLI NERAKA - CN Al-Afghani

Kerajaan Malaysia telah membayar gantirugi am khas serta faedah kos sebanyak RM300,000 kepada 14 orang waris mangsa yang terkorban dalam peristiwa Memali. 

  

Trajedi Memali belum selesai... Rupanya kepimpinan PAS ambil kesempatan kaut laba..


Satu laporan polis mengenai isu penipuan wang-wang balu dan kewangan yang melibatkan bengkel jahitan memali untuk balu-balu telah dibuat oleh penulis buku Kafirkah Aku? dan Air Mata Di Bumi Memali, Zainon Ismail semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani berkata kerajaan Malaysia telah membayar ganti rugi sebanyak RM21,428.00 setiap orang kepada 14 waris mangsa memali ketika peristiwa itu berlaku pada tahun 1985. 

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Senator Yusuf Husin Menikus Lagi Bila Cikgu Non Buka Mulut

Malam tadi, bertempat di KL International Hotel, C.N Al-Afghani penulis buku MAT SABU: AIR MATA DI BUMI MEMALI sekali lagi membuat sidang media, menerangkan rasional di sebalik laporan polis yang dibuatnya di IPD Dang Wangi pada sebelah siangnya. C.N Al-Afghani yang lebih dikenali sebagai Cikgu Non menimbulkan persoalan, mengapa PAS sehingga sekarang, masih enggan berterus-terang tentang Tabung Derma Memali yang jumlah duitnya puluhan juta ringgit tetapi pembahagiannya tidak pernah sampai ke tangan golongan yang telah mereka jadikan umpan untuk mengutip derma dari seluruh rakyat Malaysia, bahkan di seluruh dunia.


Dan setiap kali persoalan Tabung Derma Memali ditimbulkan, pasti ada seseorang yang sangat resah dan kelam-kabut.


po_15-1
Cikgu Non
Orang itu adalah SENATOR YUSUF HUSSIN, Ahli Dewan Negara yang berasal daripada seorang PEON SEKOLAH, tetapi berlagak seolah-olah dia bekas pengetua yang telah dibersarakan awal serta diberikan imbuhan besar bagi membolehkannya membeli sebidang tanah yang berharga mahal (pada waktu itu).

Yusuf Hussin adalah orang yang bertanggungjawab memberikan pelbagai maklumat palsu dan menakut-nakutkan pihak berkuasa dengan maklumatnya sehingga akhirnya tercetuslah tragedi Memali pada 19 November 1985. Dia bagaimanapun, berjaya melakonkan watak yang paling hebat, sehingga kemudiannya diangkat sebagai HERO dan kemudian diberikan pelbagai kepercayaan serta tanggungjawab termasuklah sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Kedah.

Mengapa Yusuf Hussin amat gentar apabila skandal dan penyelewengan Tabung Derma Memali didedahkan?

Sebabnya, dia adalah orang yang paling tahu, ke mana wang-wang berkenaan telah disonglap, mengapa balu-balu, anak-anak yatim dan ahli keluarga tragedi Memali tidak menerima wang yang didermakan oleh orang ramai, serta beberapa perkara yang berkaitan, termasuklah mengusulkan agar sesiapa sahaja dari kalangan PAS mempertikaikan tentang Tabung Derma Memali dipecat dari parti.

Cikgu Non adalah salah seorang daripada mangsa Yusuf Hussin. Lain-lain nama yang turut menerima natijah akibat keceluparan mulut mereka mempersoalkan tentang Tabung Derma Memali yang telah mengkayakan SENATOR YUSUF HUSIN termasuklah, Haji Najib Fahmi, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Taib Hj. Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Salahuddin Mansor, veteran PAS yang pernah ditahan di bawah ISA.

Kejahatan Yusuf Husin bukanlah perkara baru. Di mana-mana sahaja tempat yang diduduki oleh Yusuf Husin, pelbagai masalah akan berlaku. Tak kiralah sama ada di Madrasah Islahiah Diniah yang telah dibangunkan oleh Ibrahim Libya, PAS Kawasan Baling, mahupun krisis yang berlaku dalam PAS Kedah semenjak tahun 2000 lagi. Semuanya ada tangan-tangan ghaib Yusuf Husin, seorang bekas peon atau budak pejabat sekolah yang bergaji cuma RM150 sebulan.

Yusuf Husin jugalah yang telah menutup Bengkel Jahitan untuk balu-balu Memali. Dia jugalah yang telah mematikan usahaniaga kilang pembuatan sos cili, sos tomato dan kicap serta bihun dan mee basah untuk membantu keluarga mangsa tragedi. Dia jugalah yang cuba memastikan Madrasah Islahiah Diniah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya sehinggakan madrasah tersebut hidup segan mati tak mahu. Malah dia juga orangnya yang menyebat duit pampasan daripada Kerajaan Malaysia untuk balu-balu Memali.

27 Julai 2000 merupakan kemuncak kejahatan Yusuf Husin terserlah apabila dia tidak sahaja menipu dan memperdayakan seluruh kepimpinan PAS Pusat, bahkan menipu pihak berkuasa dan rakyat Malaysia kononnya akaun Tabung Derma Memali telah diaudit dan diperiksa, sekaligus mendapati tiada sebarang masalah di dalamnya. Walhal Tabung Derma Memali tidak mempunyai sebarang akaun rasmi dan persoalan utama, mengapa wang dari tabung tersebut tidak diserahkan atau diagih-agihkan kepada tiga golongan yang dijadikan modal untuk mengutip derma, masih tidak dapat dijawab.


Perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian berhubung pertikaian Tabung Derma Memali, berlanjutan pada 29 Ogos 2000 di Madrasah Islahiah Diniah dengan dipengerusikan oleh Presiden PAS pada waktu itu, Fadhil Nor. Berasakan pertualangannya terbongkar, Yusuf Husin menghantar orang untuk membuat kacau dalam majlis berkenaan. Perasaan tidak puas hati di kalangan balu-balu, telah digunakannya untuk mencetuskan kekecohan.

Dan hasilnya, dia telah dilindungi oleh Fadhil Nor. Yang dipersalahkan adalah balu-balu Memali. Sehinggakan Mat Sabu datang berceramah dan mengingatkan balu-balu itu agar tidak jadi seperti kaum Nabi Nuh dan Nabi Lut yang telah dilaknati Tuhan.

Nah, sekarang, cerita Tabung Memali kedengaran lagi dari mulut orang yang sama. Sekali lagi Cikgu Non membuat laporan polis dan meminta agar polis melakukan siasatan secara lebih terperinci berhubung penyelewengan dan skandal kewangan PAS. Apakah kali ini Yusuf Husin akan keluar dari persembunyiannya atau sekali lagi, dia akan melarikan diri seperti tikus takut hujan?

Yang pastinya, PAS akan mencari-cari jalan untuk menyalahkan UMNO dan Yusuf Husin akan mengepalai gerakan menyalahkan UMNO kerana pendedahan tersebut.

Maka tugas kami pula adalah mendedahkan siapakah Yusuf Hussin dan mengapa dia cukup takut apabila Cikgu Non membuka mulut tentang tabung berkenaan. Dan Yusuf Hussin bukannya bersendirian dalam kes penyelewengan ini. Ramai pemimpin PAS lain yang turut terlibat dan sangat takut sekiranya penyelewengan mereka berjaya dibongkar oleh pihak berkuasa.




Thursday, February 7, 2013

Ceramah Zulkifli Noordin : Saya Kenal ANWAR IBRAHIM !!!







DEBAT RAKYAT
"Pembangkang Malaysia" AUTA dan BELIT
11 April 2012
Kg. Ampang Indah , Ampang

  




Nasharuddin Mat Isa bersama Dato Ahmad Talib dalam Bual Bicara di TV3

BILA AHLI PARLIMEN PAS MASUK TV3.


Semalam rancangan Bual Bicara di TV3. Rancangan yang diacarakan oleh Dato Ahmad Talib itu telah menjemput Nasharuddin Mat Isa.

Antara point-point menarik yang diutarakan Ustaz Nasha..

Ustaz Nasha nampaknya konfius sama ada dia masih ahli PAS atau tidak sebab Nik Aziz kata dia automatik tak jadi ahli, manakala Presiden, Hj Hadi kata dia ahli biasa

Ustaz Nasha mengKOMFEMkan bahawa kenyataan yang dibuat Hj Hadi tentang kalimah Allah bersama Anwar dan Lim Kit Siang memang berbeza dengan apa yang diputuskan kemudian oleh Majlis Syura

Ustaz Nasha tak pernah dijemput untuk masuk UMNO oleh PM.

Ustaz Nasha pernah mewakili Speaker Parlimen di Persidangan Speaker Parlimen di Syria pada 2 tahun lepas - menunjukkan keterbukaan Kerajaan Barisan Nasional dalam perjuangan satu-satu isu terutamanya agama Islam

Ustaz Nasha juga nampak usaha yang dilakukan ketika lawatan ke Mekah bersama ulama-ulama disana adalah satu usaha yang besar...malah lebih besar dari percanggahan politik UMNO dan PAS.

Ustaz Nasha akui yang usaha beberapa pihak untuk membenarkan kafir menggunakan kalimah Allah adalah satu agenda jahat untuk menjahanamkan akidah umat Islam...dia memberi contoh yang agak baik: sepertimana yang diutarakan oleh pemimpin Pakatan yang perkataan Allah digunakan oleh non-muslim di Arab..tetapi Ustaz Nasha menjelaskan..perkataan ustaz digunakan oleh Pak-pak Arab untuk panggil orang-orang yang dihormati seperti Prof.. pemimpin, tokoh-tokoh dan sebagainya..berbeza dengan di Malaysia yang ustaz hanya khas untuk gelaran orang-orang yang ahli dalam agama Islam..

Di dalam facebook..ramai juga geng-geng Pakatan meroyan tak tentu arah...ada yang mengatakan Ustaz Nasha menjual agama lah dan macam-macam lagi..sedangkan PAS sendiri dah jual agama dengan benarkan kafirun pakai kalimah Allah...

MUAFAKAT Kutuk Tindakan Majlis Perundingan Agama.

Ismail Mina : MUAFAKAT Kutuk Tindakan Majlis Perundingan Agama.

alt
MUAFAKAT mengutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) baru-baru ini yang masih cuba mempertahankan keinginan pihak-pihak tertentu yang terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam untuk menggunakan Kalimah Allah bagi tujuan agama mereka.  
Pada masa sama mereka juga cuba mempertikaikan peranan MAIS dan pandangan Yang Arif Bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheik Abdul Halim yang konsisten tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam berdasarkan peruntukan yang telah sedia ada.


Sebagai warganegara Malaysia, Majlis MCCBCHST patut memikirkan kesan yang mungkin timbul  dari desakan mereka yang bertentangan dengan Perlembagaan itu. 
Kemarahan Umat Islam mungkin tidak dapat dibendung lagi melihatkan kepada respons masyarakat Islam melalui laporan-laporan polis, ceramah-ceramah umum, tunjuk perasaan dan majlis-majlis penerangan. Jika hal yang tidak diingini berlaku, maka MCCBCHST harus dipersalahkan.


Perlu disebutkan bahawa belum pernah timbul sebarang desakan oleh mana-mana penganut agama bukan Islam mahu menggunakan Kalimah Allah dalam kitab-kitab dan ritual keagamaan mereka. Malangnya, akhir-akhir ini, isu Kalimah Allah ditimbulkan secara  terancang yang dilihat sebagai bermotifkan politik murahan. 
Majlis MCCBCHST elok mengelakkan diri dari terjebak  dalam  percaturan politik destruktif ini. Sebagai golongan beragama yang mahukan keamanan, mereka sepatutnya  menasihatkan  pemimpin-pemimpin dan organisasi politik supaya berhenti dari bermain api  yang tidak berfaedah ini.


Sehubungan dengan itu, MUAFAKAT meminta NGO-NGO Islam memikirkan semula keanggotaan mereka dalam Jawatan Kuasa Mempromosi  Keharmonian Di antara Agama di bawah JPNIN kerana badan-badan bukan Islam itu ternyata  tidak jujur  dan tidak bersungguh-sungguh untuk mewujudkan keharmonian  kerana tidak menghormati asas dialog dan menggunakan Jawatan Kuasa ini, sebagai jalan belakang menjalankan fungsi dan objektif IFC, apabila mereka secara konsisten mempertikaikan kedudukan Agama Islam dan kedudukan serta peraturan agama sedia ada.


Hj Ismail Mina Ahmad
Presiden MUAFAKAT
Kuala Lumpur
7 Februari 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...