Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, January 20, 2013

Kalimah: Pakatan jangan soal, kerjasama cuma politik .Tidak Ada Pusingan ‘U-Turn’, Al-Mursyidul Am Selari Dengan Majlis Syura

Kalimah: Pakatan jangan soal, kerjasama cuma politik - Harun


HARUN TAIB... Ketua Dewan Ulama Pas.
KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Dewan Ulama Pas menegaskan pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan hanya dalam soal politik dan bukannya agama.
Ketuanya, Datuk Harun Taib menjelaskan, selain persoalan politik untuk bersama-sama mencapai kemenangan dalam pilihan raya, persoalan yang menyentuh agama, Pas boleh membuat keputusan bersendirian.
"Kalau dia (Karpal) nak rayu atau desak juga (supaya Pas kaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu), dia punya pasal lah."
Harun menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia di sini hari ini ketika diminta mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130120/dn_31/Kalimah-Pakatan-jangan-soal-kerjasama-cuma-politik---Harun#ixzz2Ia61DU1M
© Utusan Melayu (M) Bhd


Haron Din:Undang-undang perlu lindung kalimah







Tidak Ada Pusingan ‘U-Turn’, Al-Mursyidul Am Selari Dengan Majlis Syura



Saya diarahkan untuk merujuk kepada laporan New Straits Times pada 15 Januari 2013 di muka hadapan yang membawa tajuk ‘NIK AZIZ MAKES U-TURN ON ‘ALLAH’ berkaitan dengan isu kalimah Allah yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Syura Ulama PAS Pusat pada 13 Januari 2013. Sebagaimana yang telah dimaklumi bersama, Mesyuarat Syura Ulama pada tarikh tersebut telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju kalimah Allah digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan GOD di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Amat dikesali apabila New Straits Times di dalam laporannya pada 15 Januari 2013 tersebut membawa pemberitaan yang salah dan boleh mengelirukan apabila membawa tajuk tersebut. Begitu juga dengan Utusan Malaysia hari ini yang juga menggunakan perkataan ‘u-turn’ apabila merujuk kepada pendirian YAB Al-Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura di dalam isu ini.

Suka untuk diingatkan bahawa tidak ada sebarang pusingan ‘u-turn’ khususnya yang melibatkan Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah ini. Ini dapat dilihat di dalam kenyataan awal beliau sebelum mesyuarat syura berlangsung bahawa non muslim perlu diberikan ruang untuk menggunakan kalimah Allah. Ini selaras dengan firman Allah SWT (yang bermaksud) :

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)…” -Surah al-Ankabut, ayat 63.

Ayat ini jelas mendatangkan isyarat daripada Allah SWT bahawa ada di kalangan non muslim yang menyebut nama Allah SWT sebagai Pencipta Langit dan Bumi dan ia tidak ditegah. Inilah yang menjadi pegangan YAB Tuan Guru dan beliau konsisten dengan pegangan ini. Dalam erti kata lain, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menutup ruang golongan non Muslim untuk menyebut nama Allah SWT dan merujuk nama tersebut sebagai Tuhan Semesta Alam dalam urusan seharian mereka.

Namun demikian, dalam isu terjemahan perkataan GOD daripada bahasa Inggeris kepada perkataan ALLAH dalam kitab Bible berbahasa Melayu, beliau sudah membuat penegasan awal bahawa isu ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat syura yang akan berlangsung pada 13 Januari 2013. Majlis Syura atas sifatnya sebagai badan tertinggi parti akan melihat dari semua aspek pro dan kontra berasaskan nas-nas al-Quran dan Hadis untuk membuat keputusan berkaitan isu ini.

Sikap YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am ini dapat dilihat dengan jelas melalui laporan berikut :

1. Laporan News Straits Times sendiri pada 9 Januari 2013, halaman 6 di bawah tajuk Opposition coalition defies sultan’s decree yang antara lain memetik kenyataan YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am. Laporan tersebut memetik In Kota Baru, Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said non-Muslims should have the opportunity to use the word Allah in their religion. “There are seven or eight verses in the Quran which relate to this situation, meaning that the use is not limited only to Muslims as it can also be used by non-Muslims,” he said after presenting appointment letters to municipal and district councillors here.

Nik Aziz said he would attend Pas’ syura consultative council’s meeting in Kuala Lumpur on Saturday where the party was supposed to officially decide on the matter. “If the council reaches a decision which is different from my personal view, I will adhere to its stand.”

2. Laporan Sinar Harian pada 9 Januari 2013, halaman 4 yang memetik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu. Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

Di dalam kedua-dua laporan tersebut yang dilaporkan oleh media massa bukan milik parti PAS, jelas menunjukkan sikap YAB Tuan Guru yang daripada awal lagi menyatakan persetujuan agar dibuka ruang kepada golongan bukan Islam untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam urusan mereka. Dalam masa yang sama, beliau juga telah menyatakan bahawa isu terjemahan GOD kepada perkataan ALLAH di dalam kita Bible akan dibincankan di dalam mesyuarat syura.

Justeru, tidak ada mana-mana pusingan ‘U-Turn’ yang dibuat oleh beliau. Ini diperkukuhkan lagi dengan keputusan Majlis Syura yang bersetuju nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Semoga dengan penjelasan ini, kekeliruan yang ditimbulkan oleh laporan New Straits Times dan Utusan Malaysia tersebut dapat dijernihkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 2 Rabiul Awwal 1433H bersamaan 16 Januari 2013M

Tubuh Undang-Undang Khas Pelihara Kalimah Allah.


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan

Apakah Haron Din akan dicadangkan oleh Azmin Ali untuk disingkirkan daripada PAS kerana kenyataan beliau ini? Azmin Ali tidak setuju dengan keputusan Majlis Syura dan masih lagi senada dengan Karpal Singh mahu membenarkan kalimah Allah digunakan dalam terjemahan Bible. Yang menjadi persoalannya, beranikah Hadi Awang dan Nik Aziz menentang kenyataan Azmin Ali yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura?


SHAH ALAM 20 Jan. - Sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah perlu diperkenalkan dalam Sistem Perundangan samada Enakmen mahupun di peringkat Persekutuan.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama.


"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang.


"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegasnya pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik.


"Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.


"PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,” tegasnya.

Dr. Haron menambah, umat Islam mestilah bersatu dalam mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat berhubung isu ini bagi memelihara kekuatan iman dari menegakkan perbuatan menyekutukan Allah.

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah.

"Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga,  nama Allah akan terpelihara. "Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak. Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa,” jelasnya.


Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu.


Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. 




pada 19-01-2013 12:01 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir



Post Pic

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mahu undang-undang diperkenalkan supaya penggunaan kalimah Allah hanya untuk Muslim dan tidak boleh digunakan dalam kitab agama bukan Islam. 
 
"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang,” kata beliau pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi. 
 
"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka,” tegas beliau.
 
Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu. 
 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu. 
 
Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung. 
 
Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam. 
 
Haron tidak mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura yang dianggotai beliau, namun berkata "orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.”
 
PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam. 
 
"Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar,” tegas beliau.
 
"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah,” ujarnya. 
 
Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga,  nama Allah akan terpelihara,” kata Haron. 
 
Haron kemudian mengupas rasional disebalik keputusan Majlis Syura Ahad lalu. 
 
"Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.
 
"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak,” jelas beliau.
 
"Allah tidak beranak, Allah tidak ada anak, Allah tidak diperanakkan, Allah tidak ada bapa dan tidak ada ibu...tidak mungkin Allah itu ada kumpulan atau pasangan,” katanya.
 
"Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa,” tambah beliau.  
 
Haron menegaskan bahawa konsep yang dipegang oleh agama-agama lain tentang Tuhan amat berbeza dengan konsep Allah yang diiman oleh orang Islam.
 
"Kalau orang Islam, Tuhan itu selama-lamanya Esa sedangkan dalam agama Hindu bila sebut Tuhan amat ramai Tuhan mereka.
 
“Tuhan dalam Kristian ialah Triniti iaitu tiga dalam satu dan satu dalam tiga iaitu bukan ada satu Tuhan, sekurang-kurangnya ada tiga,” kata beliau.
 
"Jika God yang mereka (orang bukan Islam) faham begitu diterjemahkan kepada Allah orang Islam pun rosak, mereka orang Kristian pun rosak," tegas beliau. 
 
"Orang Islam rosak kerana telah mencemarkan nama Allah daripada Allah yang Maha Esa, Maha Tunggal kepada Tuhan yang ada anak jika dibenarkan mereka (bukan Islam menggunakan kalimah Allah) berbuat demikian,” kata Haron. 
 
"Dan mereka (orang bukan Islam) juga mungkin tidak sedar dikatakan bahawa Allah yang mereka faham selama ini iaitu Allah tiga itu disebut God dalam Allah, Allah jadi tidak ada anak untuk mereka (bukan Islam), rosak akidah mereka.

Isu kubur... Apa kes ni MB?

PENGERANG: Isu kubur... Apa kes ni MB? 



Ogos tahun lalu Menteri Besar Johor memaklumkan bahawa perkuburan Islam tidak dipindahkan untuk memberi laluan pembinaan projek Kompleks Besepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM60 bilion di Pengerang.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan negeri bekerjasama erat dengan persatuan-persatuan Cina untuk mencari penyelesaian terbaik bagi penempatan semula tanah perkuburan Cina.

Itu isu 5 bulan dahulu, adakah ianya dikotakan? Oleh kerana keperluan pengambilan tanah kubur terpaksa dilakukan juga maka suka atau tidak, tanah perkuburan terpaksa diambil bagi tujuan pembangunan Rapid.


Soalnya bukan isu tanah perkuburan itu diambil tetapi bagaimana cara pengurusan pengambilan tanah perkuburan itu yang menjadi mainan pihak pihak tertentu termasuk parti politik yang mengambil kesempatan seolah olah Kerajaan Negeri Johor memberi ruang kepada mereka (NGO yang pro pembangkang dan parti pembangkang) untuk memperlekehkan kepimpinan YAB Dato Seri Najib.

Adakah kah mereka yang di tugaskan mengurus pengambialihan tanah kubur dan memindahkan jenazah di lakukan dengan tertip dan mengikut adab tertip sebagai orang Islam. Adakah wakil dari JPDC (Johor Petroleum Development Corporation) tidak sesitif terhadap perasaan waris.

Tetapi apa yang berlaku adalah mereka ini ( kerajaan Johor) sengaja atau disengaja membiarkan parti pembangkang dan NGO mereka mengambil kesempatan ini untuk memalukan Perdana Menteri yang memperkenalkan slogan “Janji Di tepati”, akhirnya isu Tanah Kubur di Pengerang menjadi isu yang sengaja di hangatkan oleh pembangkang di atas kelemahan dan terlepas pandang kepimpinan Kerajaan Negri Johor.

Di pahamkan tidak ada seorang pun pegawai Agama Johor datang berunding dengan penduduk kampong yang terlibat untuk memberi penerangan, membuat penjelasan dan memaklumkan tatacara memindahkan kubur serta mendapatkan kata putus keluarga dan waris yang terlibat, mungkin kerana tidak di maklumkan atau tidak di arahkan untuk berbuat demikian.

Lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd. Dan kerja kerja kontraktor memindahkan jenazah dari tanah perkuburan lama telah di berikan kepada dua buah syarikat kontraktor yang mana ramai pekerjanya adalah di bawa dari tanah seberang, yang kita tidak tahu apa anutan agama mereka ini, dan tugas mereka juga tidak di pantau oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ).


Maka apabila tiadanya pemantauan dari pihak Perbadanan Islam Johor (PIJ), maka banyaklah kejadian kejadian yang memilukan hati waris jenazah mahu pun penduduk kampong yang melihat perkara tersebut, kontrator ini tidak lansung menghormati jenazah, malahan mereka ini melakuan pembukusan semula jenazah ( mengkafan) saperti membukus sampah sahaja. Sedangkan jenazah orang mukmin perlu di hormati.

Malahan penyediaan tanah kubur yang baru juga menjadi rungutan waris, di maklumkan tanah kubur yang baru hanya di gali sedalam tidak sampai 1 mtr. dan di kawasan yang mudah di naiki juga menjadi takungan air jika hujan, yang menyebabkan tanah kubur menjadi mendap dan tenggelam.

Ini telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk dan waris terlibat yang akhirnya memaksa Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor supaya menangguhkan sementara kerja-kerja pemindahan kawasan perkuburan masyarakat Islam di Pengerang.

Oleh kerana kahadiran Mufti adalah ibarat wakil kepada Baginda Sultan Johor, telah mengurangkan sedikit kemarahan penduduk dan waris terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Datuk Mufti johor sendiri mengakui bahawa tanah perkuburan yang baru ini belum siap sepenuhnya termasuk tidak mempunyai sistem perparitan, landskap dan pagar.

Tidak di ketahui mengapa begitu lemahnya Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor menangani isu tanah berhubung dengan pembangunan Rapid ini terutama tanah perkuburan yang melibatkan orang melayu dan Islam.

Walaupun isu pengambilan tanah untuk pembinaan projek Kompleks Besepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) berjaya diselesaikan dan ada yang telah pun menikmati agihan mereka, kini timbul pula isu tanah kubur, walaupun kita tahu pembangkang akan sentiasa mencari kelemahan, Kerajaan Negeri Johor sepatutnya mengambil jalan pro aktif dan bersedia untuk berdepan dengan mainan mereka bukan sudah teratuk baru terngadah.

Di maklumkan Anwar Ibrahim dan suku sakatnya akan turun ke Sungai Rengit,Pengerang, pada 25 Jan 2013 ini untuk mengadakan ceramah umum serta berkempen dan sudah pasti diantara isi ceramahnya sudah pasti akan berkisar pada isu tanah perkuburan ini,

Jika di lihat sekarang ini pihak pembangkang kerap mengadakan ceramah di Pengerang ini, sudah pasti ada sesuatu yang menarik di Pengerang malahan di Johor ini sendiri. Rakyat Johor terutamanya penduduk Pengerang melihat Menteri Besar Johor ini gagal membawa aspirasi sebenar rakyat Johor, jangan sampai rakyat Johor ‘berpatah arang berkerat rotan’ dan menjadikan Johor saperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu satu ketika dahulu.

Adalah amat menyedihkan jika YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang bertungkus lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu berpakat dari dalam untuk mensabotaj kepimpinan YAB Perdana Menteri, dengan mejahanamkan kepercayaan rakyat Johor terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Jangan marah jika tak rela, lepaskan dengan cermat agar pergi kita di iring dengan hormat dan akan sentiasa di ingat.


 Sumber:   http://ob21.net/?p=419   

Bible Versi Melayu: Apa Maksud Tersirat?




"Tiada tuhan Melainkan ALLAH S.W.T, 
Nabi MUHAMMAD S.W.A itu PESURUH ALLAH"

Merujuk berita Borneo Post Mac 2011, Sebanyak 31500 naskah bible berbahasa Melayu  (Al-Kitab) yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching ditarik balik.  Atas semangat  ‘Satu Malaysia’, kerajaan membenarkannya.

penyebaran bible kepada pelajar melayu

Persoalannya, atas tujuan apa bible dalam bahasa Melayu ini diimport sebegini banyak. Adakah dikhususkan untuk orang melayu?, adakah ramai orang Melayu yang beragama kristian?!, lagi bagus sekiranya Bible dalam bahasa Cina atau India yang diimport, lagi mudah difahami, kalau faktor  ‘faham’ yang dijadikan alasan.

Sebanyak 10 buah negeri kecuali Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai undang undang menghalang penggunaan kalimah ‘Allah’ baik secara lisan mahupun bertulis oleh agama lain. Bible versi Bahasa Melayu ni sudah jelas menterjemakan GOD sebagai ALLAH. Kenapa tidak terjemahkan GOD sebagai TUHAN sahaja?!

Dalam perbahasan beberapa minggu mengenai penggunaan kalimah Allah S.W.T. bagi penterjemahan Bible, pernahkah para ulama dan orang biasa yang menyokong penggunaannya membaca Bible dan faham akan akibatnya sekiranya perkataan "God" atau "Lord" dalam Bible itu diterjemahkan menjadi kalimah "Allah S.W.T."?

Mari saya tunjukkan sedikit ayat yang terkandung dalam Bible yang mengandungi perkataan "God" dan "Lord". Saya sertakan terjemahan seperti di dalam kurungan:

1) For God so loved the world, that he gave his only begotten Son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting health - (John 3:16).

"Kerana Allah kasihkan dunia, Dia mengurniakan satu-satu anaknya, agar sesiapa yang mempercayainya tidak akan musnah, tetapi akan mendapat kesihatan yang berpanjangan"- (John 3:16).

2) And lo, a voice from heaven, saying "This is my beloved Son, with whom I am well pleased" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

"Nah, suatu suara dari syurga, berkata "Inilah anak yang Aku sayangi dan sangat senangi" (Matthew 3:17; Mark 1:11).

3) Truly you are the Son of God (Matthew 14:33).

"Sesungguhnya engkaulah anak kepada Allah" (Matthew 14:33).

Lihatlah pada tiga ayat Bible di atas yang kesemuanya menyatakan bahawa "God" mempunyai "Son". Bila diterjemahkan perkataan God kepada Allah, maka ia bermakna Allah S.W.T. mempunyai anak. Ini adalah salah mengikut ajaran Islam dan boleh mencemarkan kesucian agama Islam.  

Sudah lupakah ulama yang menyokong penggunaan Allah untuk Bible kepada Surah Al-Ikhlas yang bermaksud antara lain bahawa "Allah S.W.T. tidak beranak dan tiada pula diperanakkan"?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130117/fo_01/Sesungguhnya-engkaulah-anak-kepada-Allah---Matthew-1433#ixzz2IXCwuYlY
© Utusan Melayu (M) Bhd









Gereja gereja di Eropah, mahupun Vatican City sekalipun tidak menggunakan kalimah Allah  bila menyeru tuhan mereka. Lihat saja filem filem biasa ataupun filem filem agama terbitan hollywood, jarang sekali mereka menggunkan kalimah Allah untuk menyeru tuhan, yang ada hanyalah GOD atau LORD sahaja.

Malangnya, di negara negara yang majoriti penduduknya adalah Islam seperti Malaysia, Indonesia dan Mesir, mereka memperjuangkan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai ganti kepada GOD. Untuk apa?!.  Nampak macam ada udang di sebalik batu. Apa agenda yang tersembunyi?!

Usah bicarakan dari sudut hukum (sebab terdapat khilaf tentang diperbolehkan dan tidak diperbolehkan menggunakan kalimah Allah bagi orang bukan Islam) mari lihat dalam konteks siyasah syar’iyah di Malaysia. Apa kesannya kepada masyarakat seandainya perkara ini dibiarkan berleluasa?!

Dengan lemahnya kefahaman orang Islam terhadap Islam dan galaknya missionaris Kristian menyebarkan agama mereka. Keadaan ini boleh dikatakan ‘membahayakan’ bagi umat Islam.

Kenyataan mufti Perak Dato Seri Dr. Harussani di RTM pada tahun 2008  juga wajar diberi perhatian (walaupun dipertikaikan oleh sesetengah golongan). Seramai  250,000 orang murtad dan menunggu untuk menukar agama. Jangankan 250,000 orang, seorang murtad pun sudah sepatututnya kita marah.

16 Mac 2011, Presiden persatuan gereja Sarawak meminta kerajaan menubuhkan port folio baru untuk menjaga kebajikan majoriti non-muslim di negeri Sarawak (lihat sini). Bagi saya, setakat ini, kebajikan non-muslim di Sarawak sudah cukup terjaga. Orang Melayu banyak  jadi kuli’. Kuli kedai ‘pomen’. (maaf, agak kasar bahasa).

Saya menghargai keharmonian rakyat pelbagai kaum di Malaysia, cuma jangan kerana terlalu ‘menjaga hati’, bangsa dan agama Islam tergadai. Pepatah Melayu ada menyebut  ” kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan” . Jangan sampai agama, bangsa dan negara tergadai atas nama TOLERANSI.
Wallahua’lam
Tidak takutkah saudara-saudara Islamku apabila melihat kepada tajuk tulisan ini yang menyatakan Allah S.W.T. mempunyai anak?

Inilah terjemahan kepada ayat di dalam Bible sekiranya kalimah Allah S.W.T. diterjemahkan untuk menggantikan "God" atau "Lord".

Sedarlah saudara-saudaraku bahawa ada golongan yang tidak arif dalam agama Islam tetapi berlagak seperti arif dan tindakan mereka boleh menyesatkan kita.

Menyatakan bahawa Allah S.W.T. mempunyai anak adalah sesuatu yang kufur. Sedarlah tentang bahaya penggunaan nama Allah dalam terjemahan Bible. Kita semua perlu bersatu mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkotak-katikkan.

Allahuakbar!

Perjanjian Sulit 18 Disember 2009. PAS terus diperkudakan oleh DAP dan PKR??

Perjanjian Sulit 18 Disember 2009 Hadi, Kit Siang & Anwar


Penulis buku kontroversi C.N Al-Afghani mendedahkan 18 hari sebelum Pas membuat keputusan membenarkan kalimah Allah dikongsi kepada penganut Kristian pada Disember 2009, Pas telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam dalam partinya.

Menurutnya, perjanjian sulit itu dibuat di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Hudud & Negara Islam Digugur

Perjanjian sulit Pakatan dibuat pada 18 Disember 2009, manakala Lajnah Politik PAS Pusat membuat keputusan membenarkan kalimah Allah kepada penganut Kristian dibuat pada 4 Januari 2010.

“Umat Islam masih kabur dengan status pemerintahan sebenar andainya Putrajaya berjaya ditawan PR. Apa yang jelas PR telah menolak hudud untuk dilaksanakan kerana Buku Jingga tidak menyentuhnya.

“Juga telah termaktub dalam perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang pada 18 Disember 2009, bahawa tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan pelaksanaan hudud sebagai agenda bersama,”dedah Al-Afghani dalam buku terbarunya, “Kafirkah Aku”

Anwar Disepakati Jadi PM

C. N. Afghani, nama pena kepada Zainon Ismail yang juga bekas Exco Dewan Pemuda PAS Kedah turut mendedahkan dalam perjanjian sulit itu, Anwar Ibrahim disepakati bersama untuk dicalonkan menjadi Perdana Menteri (PM).

“Tidak ada seorang pun ahli Pas sebelum 2008 mahu PM selain Datuk Seri (Abdul Hadi) andainya PR menguasai Putrajaya pada PRU 12 dulu. Ahli-ahli Pas berkorban semata-mata menjuruskan kepada cita-cita itu.

“Bagaimanapun, cita-cita yang menggunung ini berkecai apabila Datuk Seri selaku Presiden Pas turut bersetuju untuk memilih DSAI sebagai PM jika PR menguasai Putrajaya dalam PRU 12 yang lalu.
“Hal ini diakui oleh Lim Kit Siang, KM Pulau Pinang, ketika sesi debat dengan Chua Soi Lek, Presiden MCA pada 8 Julai 2012 yang lalu,”dedahnya.

Anwar Al-Juburi

Menurutnya, pencalonan Ketua Umum PKR itu bertentangan dengan prinsip moral Anwar yang disebarkan di kalangan ahli-ahli Pas sebelum ini.

“Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antara istilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’ dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’.

“Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap kenyataan Mohamad Sabu itu.

“Ini bermakna Pas pusat mengakui kebenaran dari ucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu. Kalau tidak benar, Mohamad sabu wajib tarik balik ucapanya dan memohon maaf kepada DSAI.

“Sejarah telah membuktikan DSAI yang satu ketika dahulu menjadi Presiden ABIM telah lari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai Umno. Dengan tidak memilih Pas, saya fahamkan DSAI tidak menjiwai perjuangan Islam.

“Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah DSAI diberi kepercayaan sebagai PM.

Mahukah Pas sekadar menjadi batu loncatan kepada DSAI dalam mengejar cita-citanya.

“Pendedahan Datuk S Nallakaruppan terhadap DSAI berhubung isu biseksual adalah serius. Logiknya, Datuk S Nallakaruppan membantu DSAI memenangkan PR sebab DSAI bakal jadi PM.

“Sebagai kawan rapat tentu Datuk S Nallakaruppan boleh mengharapkan sesuatu. Oleh itu, selagi Pas tidak tubuh jawatankuasa khas menyiasat isu ini bermakna Pas masih mengamalkan sikap pilih kasih,”dedahnya lagi.

 -AIDCNews 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...