1- INI kes berat dan sesat, yang perlu pihak berkuasa bertindak segera. Kisahnya, isteri pengasas Al Arqam Ashaari Muhammad, Khadijah Aam mendakwa suaminya tidak mati sebaliknya ghaib dan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi bagi mengerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.
2- Menurut Khadijah atau dipanggil Bonda Ummu Jah, Ashaari atau lebih dikenali dengan nama Abuya yang meninggal dunia pada 13 Mei tahun lalu akibat jangkitan paru-paru tidak mati sebaliknya hanya ghaib sahaja dan akan menjelma semula “sedikit masa lagi”.
3- Sila baca dan dengar video dengan fikiran terbuka supaya tidak terpesong dengan Al-Arqam.
Naib Presiden kelab itu ialah Dr Rohaya Mohamad, isteri kepada Fakhrul Razi, anak sulung Abuya.
Kelab itu bikin heboh ‘satu Malaya’ kerana dakwa isteri patut jadi macam pelacur melayan lelaki melayan suami agar suami tidak mencari pelacur lain.
Beralik kepada kisah Ummu Jah, menurut beliau, sebelum Abuya pergi ke alam ghaib (mati), Abuya telah mengajar beliau cara-cara untuk berkomunikasi dengan Nabi Muhamad SAW.
“Caranya diberi salam kepada baginda Rasul macam dalam sembahyang, dalam tahiyyat ” Assalamualaika ya ayyuhannabiyyu “.
"Maka dengan izin Allah, Rasulullah hadir dalam bentuk cahaya. Jadi saya pun berdialog dengan hati ke hati dengannya, dan itu BUKAN SYAITAN!” katanya dalam temubual dalam video sepanjang 51 minit dan 33 saat itu yang dirakam di Mekah pada bulan Mac lalu.
Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya dalam penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud - Dr Mahathir.
Dengan ini jelas perjuangan PAS hanyalah untuk matlamat menghalalkan cara. Oleh kerana sekarang ini perjuangan PAS hanya untuk Negara Kebajikan bukan kerana Penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud .Dengan ini Kepimpinan PAS seharusnya memohon kemaafan secara terbuka akan hal fatwa2 yang dikeluarkan kepada rakyat dan kepada Barisan Nasional kerana pelbagai fatwa dikeluarkan semasa PAS bercita2 untuk menubuhan Negara Islam kepada mereka yg tidak mengundi PAS hinggakan bab kafir-mengkafirkan.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan langkah PAS ubah slogan perjuangannya kepada ‘Negara Kebajikan’ sebagai tanda kejayaan perjuangan Karpal Singh menentang hajat parti itu untuk mendirikan Negara Islam di Malaysia.
“Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.
“Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan,’kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan terbaru du laman blognya di Chedet Selasa.
Berikut ialah tulisan penuh Dr Mahathir:
SIAPA MENANG SIAPA KALAH
1. Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan jarang menghasil keputusan "Menang Menang", dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas - terdapat yang menang dan yang kalah.
2. Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas.
3. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan.
4. Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS - iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan.
5. Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal. Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.
6. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya. -7/6/2011
PENJELASAN DARI KERAJAAN BN-UMNO TENTANG ULASAN DARIPADA RAFIZI RAMLI AGAR RAKYAT LEBIH FAHAM TENTANG IPP
Sunday, May 29 @ 08:00:30 CDT
“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” kata bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli. Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.
Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga akhirnya beliau terpaksa meletakkan jawatan.
TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.
Petronas pula diarah menjual gas pada kadar lebih murah daripada harga pasaran kepada IPP biar pun mereka membeli pada harga yang lebih tinggi daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.
Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli dan dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.
Rafizi yang juga pengarah strategi PKR turut mendakwa syarikat petroleum negara itu terpaksa membeli setong minyak dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.
Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.
“Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.
Menjaga kroni
“IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat Kota Bharu malam semalam.
Hadir sama pada ceramah itu bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sobri Safii, pegawai penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani, Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun dan Ketua Pemuda PAS kawasan, Wan Azimin Wan Adnan.
Rafizi berkata mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.
Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.
Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.
“Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.
“Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun,” katanya.
Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).
Bertahan semusim saja
Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.
“Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani,” ujarnya.
Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi memujuk perdana menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.
Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
“Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri,” katanya.
Tidak dapat dinafikan kenaikan tarif elektrik bermula 1 Jun ini, menurut kerajaan :
Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Kesan- kesan dari kenaikan tarif elektrik : 1. 7% kenaikan tariff letrik - berapa pula % kehilangan undi BN di sebabkan letrik naik? Dalam situasi begini kerajaan BN harus bersedia penolakan rakyat semasa PRU13. Justeru itu, kerajaan mesti menjelaskan secara tersusun dan penuh strategi agar rakyat boleh menerima kenaikan tarif elektrik.
2. Akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara. kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga eletrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain. Kenaikan tarif elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain.
3. Harga barangan pasti naik atas alasan kenaikan kos. Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik. Industri pengeluaran makanan juga menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna.
4. Tekanan hidup bagi rakyat berpendapatan rendah. Kenaikan Tarif elektrik memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.Ia mungkin tidak signifikan namun ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan. Jika sekiranya mereka yang menggunakan bawah RM20.00 , akan percuma. Jika tarif elektrik naik maka akan naiklah penggunaan elektrik dan pembayaran bil elektrik.
Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.
Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.
“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.
“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.
“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.
Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.
“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.
“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.
Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”.