 
        GAMBAR: Kesabaran Konstabel Muhalim Dicerca, Dimaki Terima Pengiktirafan PDRM!
Satu majlis diadakan 
untuk menghargai Konst Muhalim Osop yang terlibat dalam penugasan Ops 
Aman menangani Perhimpunan “Malam Solidariti Bersama Adam Adli”.
Secara 
profesional beliau berjaya mengekalkan sifat tenang, sabar, berbudi 
bahasa, tegas dan komited sehingga dapat mengawal keadaan daripada kucar
 kacir walaupun beliau telah dicerca, dimarah, disorak, ditengking, 
dihina dan dicabar oleh peserta-peserta perhimpunan.
Ini menggambarkan 
kefahaman dan kepatuhan beliau terhadap dasar semasa dan pendekatan 
pasukan dalam situasi ketenteraman awam dan sewajarnya dijadikan contoh 
kepada yang lain.
Tahniah Konstabel Muhalim!
* Gambar Konst. Muhalim dimaki hamun itu sempat dirakam oleh jurugambar Utusan Malaysia, Izham Jaafar.
 

 


 
 

No comments:
Post a Comment