Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, September 14, 2018

'Shafee teringin sangat jadi Peguam Negara' - Dr M balas 'serangan'


 
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa
beliau pernah melobi Datuk Seri Najib Razak agar melantik Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya dalam kes Liwat II Datuk
Seri Anwar Ibrahim.


"Shafee benar-benar mahu jadi peguam negara (AG). Dia datang jumpa
saya. Dia kata AG pada masa itu tidak boleh mendakwa (dengan
betul)...Mereka akan kalah kes itu. Dia (Shafee) kata dia boleh menang.


"Saya kata 'jika anda boleh menang, pergi beritahu Najib (perdana
menteri ketika itu)'. Pada masa itu, saya masih baik dengan Najib," kata
Mahathir dalam sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya,
hari ini.

Skandal 1MDB lebih buruk daripada yang dijangkakan

Skandal 1MDB lebih buruk daripada yang dijangkakan

ULASAN l Saya fikir saya tahu keseluruhan cerita isu 1MDB. Tetapi saya silap.



ULASAN l Seperti sebahagian besar
pembaca Malaysiakini, saya mengikuti skandal 1MDB selama bertahun-tahun
- bukan hanya di Malaysiakini, tetapi juga di laman web Sarawak Report yang dikendalikan oleh Clare Rewcastle-Brown, di The Edge (sebelum perdana menteri ketika itu Najib Razak cuba menutupnya), dan melalui The Wall Street Journal serta The New York Times.


Jadi saya tidak fikir saya akan mengetahui banyak apabila saya mendapat salinan awal buku 'Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World'. Saya fikir saya tahu keseluruhan cerita isu itu.


Tetapi saya silap.



SELANJUTNYA BACA DI SINI

Tok Mat Hassan Tak Layak Lawan Anwar Ibrahim - Zaharin


Thursday, September 13, 2018

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi': Bekas perdana menteri dedah surat dan dokumen pemindahan wang yang didakwa jadi bukti membersihkan namanya.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan beberapa
dokumen yang didakwa akan membersihkan namanya di tengah-tengah
pertuduhan terhadap beliau.

Najib memuat naik salinan sepucuk surat pada hantaran Facebooknya
yang dikatakan daripada putera Arab Saudi, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud
dan dokumen mesej "Swift" antara bank.

Beliau berkata Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah telah
menyediakan untuk dirinya dan Malaysia berbagai bantuan termasuklah
derma kewangan tetapi meminta hal tersebut dirahsiakan.

"Memandangkan saya bukan lagi perdana menteri dan Raja Abdullah telah
mangkat, saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen
berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

"Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi
dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian
besar darinya.

Derma Arab Saudi

"Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama," tulis beliau.

Najib berkata pada masa akan datang beliau bakal menjawab lebih
banyak isu-isu secara terperinci dalam wawancara media atau hantaran
Facebooknya, termasuklah wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank yang
sama pada 2013.

Ketika wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, beliau bertegas RM2.6 bilion di dalam akaunnya itu merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pada hantaran di Facebooknya itu, Najib menunjukkan sepucuk surat
dengan kepala surat bertulis pejabat peribadi “Prince Saud Abdulaziz
Majid al-Saud’s” tetapi bertandatangan “Prince Saud Abdulaziz
Al-Saud’s.”

Surat itu bertarikh 1 Februari, 2011 dan berjanji untuk memberikan
AS$100 juta kepada Najib bagi digunakan mengikut kesesuaian dalam
menghargai sumbangan bekas perdana menteri itu terhadap dunia Islam,
seperti memperkenalkan semula nilai-nilai Islam ke seluruh dunia dan
melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

Surat itu seakan sama dalam bentuk dan lenggok ayatnya dengan sepucuk surat yang didedahkan agensi penyiaran ABC Australia, tetapi surat yang ditunjukkan penyampai ABC itu bertarikh 1 November 2011 dan berjanji memberikan AS$375 juta.

Penyiaran ABC juga melaporkan Putera Abdulaziz Majid
telah berjanji berbagai jumlah tunai pada beberapa waktu, daripada
AS$100 juta pada 1 Februari 2011 kepada AS$800 juta pada 1 Mac 2013.

Dokumen lain yang dimuat naik Najib hari ini adalah empat mesej
perkhidmatan kewangan Swift yang memperincikan urusan transaksi pindahan
wang ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Banking pada 2011, berjumlah
hampir AS$100 juta.

Dua dokumen menamakan “Prince Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud”
sebagai pengirim wang, berjumlah AS$20 juta. Transaksi ini dibuat pada
23 Februari 2011 dan 10 Jun 2011, masing-masing sebanyak AS$10 juta.

Bagaimanapun, tidak jelas "Putera Faisal" daripada salasilah keluarga diraja Arab Saudi yang mana.

Terdapat Putera Faisal bin Bandar yang merupakan Gabernor Riyadh
sekarang dan Putera Faisal bin Turki, pengasas NGO alam sekitar pertama
negara itu, the Global Strategic Studies Institute, tetapi tiada rujukan
dapat ditemui berkenaan Putera Faisal bin Turkey bin Bandar Alsaud.

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam pemfailan saman di
mahkamah mendakwa bank akaun Najib menerima AS$10 juta pada tarikh yang
sama sebagaimana transaksi Faisal pada 2011 itu.

Bagaimanapun, DOJ berkata wang itu datang daripada bank akaun atas
nama “Saudi Associates 1 & 2” yang dimaklumkan sebagai warga negara
Arab Saudi yang merupakan rakan niaga kepada Low Taek Jho dan sekutu Low
serta proksi Eric Tan.

DOJ kata duit di dalam bank akaun di Arab Saudi itu berasal daripada
1MDB dan telah diselewengkan dalam tempoh skandal yang dijuluki "Fasa
Good Star."

Sementara itu, dua lagi dokumen yang disediakan Najib menamakan
Kementerian Kewangan Arab Saudi sebagai sumber danan itu, berjumlah
hampir AS$80 juta.

Najib berkata hadiah derma wang ini merupakan tambahan berbagai hadiah lain yang tidak ternilai seperti kain kiswah Kaabah.

"Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah - kain
kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja
Abdullah (gambar) pada 2010 di mana baginda turut meminta agar
ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya
dengan pembiayaan.

"Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat
2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara
sekutu Arab Saudi.

"Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak
membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang
banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling
tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

"Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu
kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga
negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

"Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011,
baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi
kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan,
sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan.

"Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan," katanya.



BACA:



SPRM: Putera Arab tak dapat buktikan 'derma' RM2.6 bilion



Dua Abdulaziz - 'penderma' Najib atau seorang pembunuh



Najib muncul dalam dokumentari BBC tentang korupsi Arab Saudi 



Operasi besar antirasuah di Saudi, 11 putera ditangkap 







Najib bertegas RM2.6 bilion 'dana luar jangka' dari raja Arab Saudi

Najib bertegas RM2.6 bilion 'dana luar jangka' dari raja Arab Saudi: Menurut wakil Almarhum Raja Abdullah, ia disalur secara berperingkat, sama ada dari akaun banknya atau sumber lain seperti Tanore Finance Corporation, kata Najib.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan wang berjumlah AS$681 juta
- atau RM2.6 bilion - dalam akaun peribadinya adalah daripada Almarhum
Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, dan bukannya bersumberkan 1MDB.


Beliau berkata wang tersebut dipohonnya sebagai "dana luar jangka"
atas tanggungjawabnya untuk mencari dan menguruskan dana Umno selaku
presiden parti itu.


Katanya, beliau memohon bantuan itu bagi berdepan risiko pembangkang
ketika itu membeli anggota parlimen BN pada PRU ke-13, seperti percubaan
gagal "16 September 2008".


"Saya menerima laporan bahawa setelah mentadbir Selangor dan Pulau
Pinang sejak PRU ke-12, Pakatan sudah mengumpul dana yang besar dari
sumber dalam dan luar negara.


"Oleh itu, saya bimbang bahawa peristiwa "916" (16 September 2008)
besar kemungkinan akan berulang pada PRU13," katanya dalam satu hantaran
panjang di Facebook, hari ini.


Justeru, katanya, beliau telah memohon bantuan Raja Abdullah pada awal 2013 dan beliau setuju.


Katanya, menerusi surat wakil Almarhum, Putera Abdulaziz Al-Saud,
bantuan tersebut akan disalurkan secara berperingkat sama ada daripada
akaun bank Raja Abdullah atau sumber-sumber lain, termasuk Tanore
Finance Corporation.


"Mengikut dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Wall Street Journal, wang daripada Tanore adalah dari 1MDB.


"Tetapi (menurut) Putera Abdulaziz inilah yang selama ini mewakili
Raja Abdullah bagi menyalurkan dana kepada akaun saya, termasuk pada
tahun 2011 dan 2012.


"Pada masa itu tiada sebab untuk saya atau bank menyoal atau
menyelidik sangat mendalam bagi mengenal pasti sumbernya, apatah lagi
wang itu diiringi surat wakil Raja Abdullah," katanya lagi.


Transaksi daripada Tanore - atau Fasa Tanore - dilaporkan berlaku
antara Mac hingga April 2013. DOJ mendakwa sumber dana Tanore daripada
bon ketiga 1MDB yang diraih pada 2013 yang dikatakan untuk satu usaha
sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).


Menurut DOJ, Tanore secara benifisiari dimiliki Eric Tan Kim Long,
dipercayai rakan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali
sebagai Jho Low. Low dipercayai menggunakan nama Tan sebagai aliasnya.



Baca: Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib



Kata Najib lagi, beliau memilih untuk memohon bantuan Arab Saudi
kerana enggan meminta bantuan taikun tempatan "sebagaimana dilakukan
perdana menteri keempat".


"Jika berbuat demikian maka mereka akan meminta balasan projek yang
bernilai jauh lebih tinggi. Saya tidak bersetuju dengan amalan
kronisme," katanya.


Beliau berkata sekian lama tidak mendedahkan sumber wang itu dan
tujuannya - walaupun ia menjadi senjata pembangkang ketika itu - sebagai
menghormati permintaan Raja Abdullah agar ia dirahsiakan.


"(Selain itu) Patutkah saya sebagai perdana menteri ketika itu
dedahkan kepada seluruh dunia bahawa ada aktiviti membeli ahli parlimen
dalam demokrasi Malaysia?" katanya lagi.

Tiada tuntutan keatas sitaan wang, barang berharga berkaitan Najib - Polis


 

2018-09-13 20:05:37

Pihak polis
belum menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak
berhubung sitaaan wang tunai bernilai RM114 juta dan barang berharga
yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan
Sri Noor Rashid Ibrahim.

Sebelum ini, Najib mendakwa wang tunai
berkenaan milik Umno dan sedang dalam proses dipindahkan kepada
kepimpinan baru berikutan peletakan jawatannya sebagai presiden parti.

Rashid
juga berkata bahawa unit anti pengubahan wang haram Bukit Aman telah
mengenal pasti beberapa beg dan jam tangan yang disyaki diperolehi
dengan menggunakan hasil daripada wang haram.

Dalam beberapa
serbuan di kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada awal bulan Mei,
polis merampas wang tunai, beg dan jam tangan aksesori mewah, yang
dianggarkan bernilai lebih RM1.1 bilion pada harga pasaran.


Walaupun
Najib mendakwa wang tunai itu milik Umno, kebanyakan barangan berkenaan
dikaitkan dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Walau
bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Rosmah pada Ogos lalu mendakwa
bahawa kurang daripada separuh barang yang disita itu adalah miliknya.

Read more at https://www.kinitv.com/video/65523O74#1qQayPK28iSteo0V.99

Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib

Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib: Wang itu - seperti diumum polis hari ini - termasuklah AS$681 juta atau lebih dikenali sebagai 'RM2.6 bilion', yang didakwa diseleweng dari 1MDB ketika fasa Tanore.



Nigel Aw  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

Polis mendapati sejumlah AS$972 juta disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri.


Polis berkata nilainya bersamaan RM2.973 bilion. Tetapi ia
berdasarkan kadar tukaran ketika transaksi itu berlaku iaitu daripada
2012 hingga 2013.


Namun berdasarkan tukaran semasa (AS$1 = RM4.10) nilainya mencecah RM3.985 juta.


AS$681 juta daripadanya diketahui umum, iaitu "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar tukaran ketika ia pertama kali didedahkan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai 2015.


Jumlah itu bernilai RM2.972 bilion hari ini.


Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), AS$681 juta itu
berasal daripada Tanore Finance Corporation, dan sumber dananya adalah
daripada bon ketiga 1MDB yang diraih pada 2013 yang dikatakan untuk satu
usaha sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).


Digelar sebagai "Fasa Tanore", transaksi itu berlaku antara Mac hingga April 2013.


DOJ menjelaskan bagaimana dana 1MDB berada pada Tanore dan perinciannya juga boleh didapati di laman mikro Malaysiakini bertajuk 'Stolen' 1MDB Funds: The DOJ Lawsuit Revisited.


Menurut DOJ, Tanore secara benifisiari dimiliki Eric Tan Kim Lonng,
dipercayai rakan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali
sebagai Jho Low. Low dipercayai menggunakan nama Tan sebagai aliasnya.


Bakinya pula dari mana


Jadi dari mana baki AS$291 juta itu datang?


Perincian tentang sumbernya didedahkan sedikit demi sedikit dan mendapat liputan meluas pelbagai media antarabangsa termasuk WSJ, Sarawak Report dan ABC News Australia.


Berdasarkan laporan itu dan penyiasatan pelbagai negara, boleh
dikatakan daripada AS$291 juta itu, AS$170 juta datang daripada
Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan lagi AS$120 juta daripada
individu dengan "Putera Faisal bin Turkey".


Menurut DOJ, dana Blackstone berasal daripada bon berganda 1MDB
bernilai AS3.5 bilion yang diraih dengan bantuan Goldman Sachs pada
2012, dikatakan untuk membeli aset tenaga. AS$1.367 daripada bon itu
didakwa telah diselewengkan.


DOJ menyifatkannya sebagai "Fasa Aabar-BVI"
dan perincian bagaimana wang 1MDB boleh berada pada Aabar Investments
PJS (British Virgin Islands) dan kemudiannya Blackstone boleh dilihat di sini.


Bagi AS$120 juta daripada Putera Faisal pula, Najib berulangkali
menggunakannya untuk mendakwa semua wang yang diterima adalah "derma"
daripada keluarga diraja Arab Saudi.


Putera Faisal dan ahli perniagaan Tarek Obaid adalah pengasas bertama
Petrosaudi International. Tarek juga sekutu utama Jho Low dalam dakwaan
pengubahan wang 1MDB.


Dinamakan sebagai "Saudi Associate 1 dan 2" dalam dokumen DOJ, dana
1MDB disalurkan ke akaun mereka selepas pelaburan syarikat itu yang
bernilai AS$1.03 juta dalam usaha sama dengan PetroSaudi International
dialihkan ke Good Star Ltd, syarikat yang dikawal Low.


Good Star kemudian memindahkan wang itu kepada Tarek dan Putera Faisal.


Perincian tentang bagaimana dana 1MDB dipindahkan ke Good Star dan
kemudian disebarkan kepada sejumlah pihak - dinamakan sebagai "Fasa Good Star" - boleh dilihat di sini.


Menariknya, ada dua transaksi berjumlah AS$80 juta yang memang datang secara langsung daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.


Transaksi itu berlaku antara Ogos dan November 2011. Polis tidak menyebut perkara itu dalam pengumumannya hari ini.


Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk wang AS$80 juta itu datang daripada sumber yang tidak sah.


RM2.97 bilion masuk akaun Najib - Polis


 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Siasatan polis mendapati sejumlah AS$972 juta (RM2.973 bilion)
dipindahkan ke akaun bank AmIslamic milik bekas perdana menteri Datuk
Seri Najib Razak.


Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata
jumlah itu disalurkan melalui tiga fasa membabitkan firma Good Star,
Aabar dan Tanore.


Sehingga kini katanya, sebanyak 132 transaksi melibatkan hasil
daripada aktiviti haram telah dikenalpasti dan siasatan lanjut sedang
dijalankan.


Rashid berkata polis telah merekodkan keterangan daripada 64 orang, termasuk Najib dan anak perempuannya Nooryana Najwa.


Beliau juga berkata lebih ramai individu akan dipanggil bagi membantu siasatan.


Angka RM2.973 bilion dikira berdasarkan kadar pertukaran wang ketika pelbagai transaksi berlaku.


Bagaimanapun, AS$972 juta jika berdasarkan kadar pertukaran hari ini adalah berjumlah RM3.985 bilion.


Bercakap dengan pemberita kemudian, Rashid berkata polis juga telah
mengenalpasti 50 individu yang menerima wang daripada transaksi itu.


Ditanya berapa ramai daripadanya adalah ahli politik, beliau
menjawab: "Ya, berkaitan dengan politik. Saya tidak ingin komen lebih
lanjut."


selain itu, Rashid juga ditanya tentang lokasi ahli perniagaan Jho
Low, yang merupakan salah seorang watak utama dalam skandal 1MDB.


"Saya tidak boleh sahkan di mana dia sekarang. Tentulah kita ada
maklumat, tetapi ia melibatkan kedaulatan negara lain yang kita perlu
hormati.


"Kita tak boleh hantar pegawai ke negara lain dan membuat tangkapan
di sana. Kita perlukan bantuan, kelulusan dan kerjasama daripada negara
berkaitan," katanya.


Ditanya jika Jho Low berada di Asia, Rashid hanya ketawa dan membalas: "Saya sudah beritahu tak akan komen sehingga itu."


Monday, September 10, 2018

'Cakap tu fikirlah panjang-panjang, umur dah lanjut'


 
Published on Sep 9, 2018

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan pihak yang menyeru 'kebangkitan Melayu' seperti yang dijadikan tema dalam Himpunan Bangkit Melayu di Pekan Kampung Gajah, Perak, awal bulan ini.

Ahmad Faizal berkata, Melayu hari ini telah lama bangkit dan ia terbukti dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu.

"Pada pandangan saya, memang betul Melayu perlu bangkit. Melayu perlu bangkit daripada kelayuan, perlu bangkit daripada mimpi-mimpi indah. Tetapi Melayu mana yang mana belum bangkit ini?" soalnya.

Kata Ahmad Faizal, jika ada sekali pun orang Melayu yang belum bangkit, ia hanyalah Melayu yang terus-menerus menyokong pimpinan yang melakukan kemungkaran seperti yang terdapat dalam Umno-BN.

hmad Faizal berkata demikian mengulas Himpunan Bangkit Melayu di Pekan Kampung Gajah, Perak 1 September lalu yang dianjurkan Tajuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...