[TERKINI Jam 5 PM] 52 PENGGANAS DITEMBAK MATI KESELURUHAN
Sebanyak 52 pengganas Sulu disahkan mati setakat ini, termasuk 32 orang dengan seorang berpangkat jeneral berjaya ditembak hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Walau bagaimanapun pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral itu masih belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu 
iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh 
Sabah.
Jumlah itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan 
keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung 
Tanduo di sini.
Pihak keselamatan berjaya menembak pengganas di sekitar kampung Tanduo dan beberapa kawasan sekitar.
Pihak keselamatan percaya masih ramai pengganas masih bersembunyi disekitar dan kampung Tanduo.
Pihak ATM 
mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Dato Sri
 Mohd Najib kerana melawat dan ini dapat meningkatkan lagi moral anggota.
Operasi akan diteruskan sehingga kesemua pihak pengganas menyerah diri.
Sumber : sini
 

 

 
 

No comments:
Post a Comment