Kita memerhati dengan penuh dukacita akan perkembangan konflik di Tanah Melayu Sabah.
Kita
 berdoa semoga para anggota penjaga keamanan yang terbunuh ketika 
mempertahankan Tanah Melayu diterima Allah subhanahu wata'ala sebagai 
para syuhadaNya, amiin birohmatika Ya Arhamaroohimiin !.
Kesultanan Sulu sudah lama kehilangan hak mereka keatas Sabah. 
Ini
 adalah kerana Kesultanan Sulu sudah bertindak melampaui amanah dan 
tanggungjawab pemerintahannya dengan menyerahkan Tanah Melayu Sabah 
secara pajakan kekal kepada kuasa Yakjuj Makjuj Imperialis Barat. 
Kesultanan Sulu sepatutnya sedar bahawa Kerajaan dan Jajahan Takluk yang
 pernah berada dibawah pemerintahan mereka diketika itu adalah merupakan
 sebahagian hak amanah Khilafah dan Ummat Islam yang tidak boleh 
diperlakukan sesuka hati dan kemahuan nafsunya. Amanah itu adalah untuk 
menzahirkannya sebagai satu Wilayah yang tunduk kepada Allah subhanahu 
wa ta'ala dan SyariatNya. 
Kesultanan Sulu hanyalah merupakan amir atau wali kepada Khalifah dan Ummat Islam di ketika itu. 
Apabila
 Tanah Melayu Sabah dibiarkan pemajakannya oleh Kesultanan Sulu ini 
kepada pihak musuh Khilafah, tindakan sebegini adalah merupakan satu 
pengkhianatan besar terhadap Khalifah dan Ummat Islam. 
 
Perhatikan
 perbedaan diantara kesetiaan dan keteguhan hati Sultan Abdul Hamid 
rahmatuLlah 'alaih yang menolak pemajakan Tanah Palestin kepada Yahudi 
Antarabangsa berbanding pengkhianatan Kesultanan Sulu ini, tambah lagi 
mereka ini kemudiannya bersekongkol pula dengan musuh-musuh Khilafah 
bagi mempermudahkan penguasaan mereka di Wilayah-Wilayah Islam di 
sebelah Timur.
Manusia
 khianat sebegini sudah lama kehilangan hak mereka untuk menjadi amir 
atau wali Khilafah dan Ummat Islam. Sebarang urusan mereka selepas 
berkhianatnya mereka itu adalah tidak sah dan terbatal.       
Jika
 ada usaha dari pengkianat sebegini untuk menuntut kembali suatu yang 
dikira sebagai hak mereka ianya wajib ditentang sesuai dengan apa sahaja
 cara yang dipergunakan oleh mereka.
WalhamduliLlaahi Rabbil 'alamiin !
TokPakirKD
 

 

 
 

No comments:
Post a Comment