Tunku Ismail memberi jaminan bahawa kawasan hutan paya bakau itu, akan terus menjadi sebagai sebuah taman.
Diterbitkan   | 
   
-  Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini tampil 
 menjelaskan bahawa pembatalan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara
 yang dilindungi adalah supaya membolehkannya diklasifikasikan sebagai
 tanah kesultanan.
 Baginda juga memberi jaminan bahawa Pulau Kukup,
 kawasan hutan paya bakau yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, akan
 terus menjadi sebagai sebuah taman.
 Diterbitkan |
 
  
 
- "Sebelum ini, beberapa taman negara telah diswastakan. Di Johor, Kebawah
 Duli Yang Maha Mulia mempunyai visi yang berbeza. Untuk melindungi
 semua taman negara, baginda bertitah bahawa semua taman negara akan
 diubah menjadi tanah kesultanan.
 
 (Raja). Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah status, dasar dan
 penggunaan taman berkenaan. Ia terus kekal sebagai status sebuah taman
 negara," kata baginda dalam beberapa siri tweet hari ini.
  
- Selain Pulau Kukup, lima taman negara yang dimiliki oleh Johor 
 adalah: Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Gunung
 Ledang dan Taman Laut Sultan Iskandar.
 Pulau Rawa, yang terletak di Taman Laut Sultan Iskandar, dimiliki oleh keluarga diraja Johor.
-    
- Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997.
 Warta pembatalan itu dilaporkan dibuat ketika mesyuarat exco pada 24 September lalu dan hanya dikeluarkan pada 25 Oktober.
 Rancangan akan datang terhadap kawasan itu belum diketahui.
 Selain dikenali dengan hutan paya bakaunya, sebahagian besar kawasan pulau itu tidak berpenghuni.
 

 

 
 

No comments:
Post a Comment