PPIM mahu 'Yayasan' mencurigakan dedah sumber kewangan: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak sebuah Yayasan mendedahkan sumber kewangan bagi pr...
Persatuan 
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak sebuah Yayasan mendedahkan 
sumber kewangan bagi program geran dana usahawan anjurannya.
Ini 
kerana menurut Pengerusi Biro Undang-Undangnya, Datuk Hishamuddin Hashim
 seramai 300 ribu peserta telah menyertai program tersebut yang 
mengenakan yuran pemprosesan serendah RM150 hingga RM350,000.
Jelasnya, yuran itu dikutip bagi membolehkan peserta mendapat dana antara RM100,000 hingga RM400,000 secara percuma.
Hishamuddin
 berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua 
Aktivitisnya, Datuk Nadzim Johan di pejabat PPIM pagi tadi.
Hishammuddin menggesa pihak pengurusan tertinggi yayasan itu tampil menjawab aduan peserta yang semakin banyak diterima PPIM.
Read more at https://www.kinitv.com/video/64142O74#kccet191rQYO3DMj.99 
No comments:
Post a Comment