Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, June 11, 2013

FAM MENAFIKAN KAUT KEUNTUNGAN atur program latihan dan perlawanan persahabatan di Australia? Jadi sape yang UNTUNG?

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal sekeras-kerasnya laporan akhbar tempatan bahawa mereka meraih keuntungan dengan mengaturkan program latihan dan perlawanan persahabatan di Australia.

FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata kunjungan Harimau Malaya ke Australia tidak sepatutnya timbul kerana apa yang dilakukan mendapat kelulusan pihak pengurusan tertinggi badan induk tanah air itu.

“Di peringkat pertama, permohonan untuk Kem Latihan di luar negara akan dikemukakan oleh Ketua Jurulatih dengan persetujuan Pengurus Pasukan  kepada Sekretariat FAM.

“Sekretariat FAM seterusnya akan mempersembahkan permohonan serta anggaran perbelanjaan kepada KDYMM Tuanku Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan-Pasukan Kebangsaan,  Sultan Haji Ahmad Shah untuk diperkenan Baginda

“Hanya selepas diluluskan oleh KDYMM Tuanku Presiden FAM, dan sesuai dengan kemampuan kewangan FAM, barulah pasukan berkenaan akan membuat persediaan selanjutnya untuk Kem Latihan di luar negara dan prosedur yang sama dipraktikkan untuk semua Pasukan-Pasukan Kebangsaan.

“Jadi, adalah sama sekali tidak berasas untuk mana-mana pihak mendakwa bahawa ada individu atau pihak tertentu membuat keputusan secara tersendiri dan mendapat keuntungan atau meraih habuan daripada program itu,” katanya.

Sehubungan itu katanya, mereka memohon kerjasama daripada pihak media untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada FAM sebelum melaporkan berita-berita yang berunsur negatif dan tidak berasas.

Ini kerana, berita-berita tidak berasas seumpama itu memberi tanggapan negatif  terhadap FAM.

Apa yang diperkatakan FAM itu reaksi mengenai dakwaan wakil PFSLJ, Alfadli Awaludin dalam laporan Arena Metro semalam bahawa ada pihak yang meraih keuntungan dengan mengaturkan program latihan dan perlawanan persahabatan di Australia.

Menurut Alfadli, pasti ada sesuatu yang tidak kena apabila FAM menolak mentah-mentah perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad juara Piala AFF 2012, Singapura dan memilih untuk ke Australia bagi bertemu kelab bertaraf ‘Liga Perdana’, Canberra FC, Sydney Olympic FC dan Marconi Stallion.

Untuk rekod, siri jelajah Australia itu merupakan persiapan Datuk K Rajagobal membentuk barisan terbaik sebelum berdepan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Oktober depan.

Ketika ini, skuad negara menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga mata selepas dikecewakan Qatar 0-2 sebelum kembali bangkit mengecewakan Yemen 2-1 di Stadium Shah Alam, 22 Mac lalu.

Harimau Malaya juga bakal berdepan Chelsea pada 21 Julai dan Barcelona (10 Ogos) dalam dua lagi aksi persahabatan sebelum menyambung misi dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...