JOHOR
BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin (@khalednordin) menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Iskandar, bagi membincangkan tarikh majlis angkat sumpah dan senarai
Exco Kerajaan Johor yang baru.
Pertemuan itu bagai mengesahkan
desas desus sebelum ini, bahawa Khaled akan dilantik menggantikan Datuk
Abdul Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor ke-14.
Khaled
dilihat memasuki Istana Pasir Pelangi pada jam 2.50 petang sebelum
keluar kira-kira sejam kemudian sambil diiringi Setiausaha Kerajaan
Negeri, Datuk Obet Tawil dan Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor,
Datuk Abdul Rahim Ramli.
Pertemuan itu bagai mengesahkan desas desus sebelum ini, bahawa Khaled akan dilantik menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman sebagai Menteri Besar Johor ke-14.
Khaled dilihat memasuki Istana Pasir Pelangi pada jam 2.50 petang sebelum keluar kira-kira sejam kemudian sambil diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil dan Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.
No comments:
Post a Comment